Wednesday 15 August 2012

Pengisian 2.0

Pada 9 Ogos 2012 yang lalu, kami telah mengikuti pengisian kali kedua bersama Ustaz Shukeri bin Mohamad. Berikut antara input-input yang dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama:

MUQADDIMAH:
Sebagai Muqaddimah, Ustaz memilih untuk membincangkan mengenai manusia.
Seperti mana mesin memerlukan bahan-bahan seperti motor dan tenaga elektrik untuk berfungsi dengan baik, begitu juga dengan manusia. Manusia juga memerlukan bahan-bahan untuk menggerakkannya dari segi fizikal, mental dan rohani.

Kadar bahan yang diperlukan pula mestilah sederhana, tidak boleh kurang dan tidak boleh berlebihan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada sebuah mesin yang hanya boleh menampung 200-220V tetapi disalurkan kepadanya punca elektrik 300-340V kononnya dengan alasan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisyen berbanding kebiasaannya? Sebagai akibat daripada penyaliran tenaga elektrik yang berlebihan, rosaklah mesin itu. Tidak seperti sangkaan si pengguna untuk menjadikannya lebih baik, malah ia menjadi bertambah buruk – rosak dan tidak dapat berfungsi lagi.

Dari sudut fizikal, manusia memerlukan makanan dan minuman untuk mengoptimumkan fungsi tubuh. Sebagaimana bahan-bahan yang lain, makanan dan minuman ini juga tidak boleh diambil dalam kadar yang sangat sedikit mahupun berlebihan. Makan dan minum terlalu sedikit boleh membawa kepada mudharat seperti keletihan, penyakit gastrik atau ulser perut. Tidak terlepas juga sekiranya makanan/minuman diambil berlebihan, ia dapat menyebabkan perut senak. Selain itu, ia juga boleh membawa kepada obesiti yang seterusnya meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung dan sebagainya.


Balanced Diet according to Food Pyramid
Jadi, bagaimana pula ceritanya dengan makanan kerohanian ? Sekiranya kekurangan, kita sendiri boleh fikirkan akibatnya. tetapi sekiranya berlebihan, adakah ia akan membawa mudharat ?

Baiklah, sebagai contoh, Ustaz kemukakan mengenai Zikir yg mana berperanan untuk mendekatkan diri kepada Allah (تقرّب إلى الله) – mengingatkan mereka terhadapNya.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa jika terlalu-lalu-lalu banyak berzikir, seseorang itu akan jadi Panas. Panas ? Apakah ? O_o’ Sememangnya kata-kata ini ada buktinya yang tersendiri, tetapi ketahuilah bahawa ‘Zikir yang menyebabkan seseorang itu kePANASan jika diamalkan secara berlebihan’ adalah Zikir yang diamalkan tidak mengikut cara dan menyalahi undang-undang Allah.

------------------------------

SYUKUR / KUFUR ?

Tanda Syukur: menggunakan nikmat yang diberikan mengikut fungsinya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Tanda Kufur (memandangkan ia merupakan inverse kepada Syukur) : tidak menggunakan nikmat yang diberikan mengikut fungsinya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Contohnya, menggunakan nikmat pancaindera untuk benda yang salah. --> KUFUR.

Dan jika kita kufur nikmatNya, layakkah kita serta tidakkah kita merasa malu untuk meminta syurgaNya ?
-Lu Pikir Lah Sendiri-

Surah Ibrahim (14:7) – m/s 256



“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

> Akibat kekufuran manusia terhadap nikmat Allah, maka akan timbullah kerosakan di bumi - الفساد

Sebagai contoh, nikmat Allah berupa 'Pengaruh Kuasa'.
Untuk mensyukuri nikmat ini, seseorang yg diberikan pengaruh kuasa hendaklah:
1)    Melaksanakan perintah Allah
2)    Menjunjung Hukum Allah (Undang-undang Syari’ah)

Maka, jika berlakunya kekufuran terhadap nikmat ini – tidak melaksanakannya mengikut fungsi yg Allah tetapkan. Akan timbullah الفساد sepertimana yang kita dapat lihat dalam dunia masa kini.

------------------------------


Selain itu, Ustaz juga mengajar kami method untuk mengkaji isi Al-Qur’an supaya kami mendapat ilmu yang telah diproses dan dianalisa.

Hal ini kerana,
          Maklumat mentah – susah nak hayati dan tak boleh bagi tindak balas.
[Same macam Makan Nasi – kunyah & digest sampai halus – baru boleh bagi Energy]

Begitulah keadaannya dengan Ilmu-ilmu yang terdapat dalam Al-Qur’an. Ia perlu diproses supaya menjadi molekul kecil supaya ia mudah meresap ke dalam hati untuk dihayati dan difahami. Al-Qur’an itu bukanlah seperti membaca tulisan-tulisan yang biasa kerana Al-Qur’an itu sebuah Mukjizat yang luar biasa. Maka kita kenelah merujuk tafsiran untuk memahami erti tersirat di sebalik setiap ayat yang terdapat di dalamnya.

Bercakap mengenai ilmu, suka ingin saya ulang kembali mengenai pengisian tubuh manusia. Tetapi kali ini berkisar mengenai mental manusia yang mana memerlukan ilmu sebagai bahan pengisiannya. Sepertimana yang kita tahu, bahan pengisian manusia secara generalnya tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih. Tetapi ada pengecualian untuk kes-kes tertentu sebagaimana pengisian rohani. (sila scroll up kalau tak ingat)

------------------------------



Jadi bagaimana ceritanya dengan ilmu yang berperanan sebagai pengisian mental manusia ?

Teringat lirik lagu Alif Ba Ta yang dinyanyikan sewaktu penulis bersekolah rendah sepuluh tahun yang lalu:

          ILMU ITU CAHAYA,
          JAHIL ITU MERBAHAYA,
          INGATLAH INGAT SEMUA,
JADILAH INSAN BERGUNA

Baris pertama rangkap yang dipetik – ILMU ITU CAHAYA

Baiklah, sebagai pelajar APIDS yang bersifat ingin tahu dan suke bereksperimentasi, mari kita buat satu kajian untuk membuktikan pernyataan ini;

‘Ilmu sebagai makanan minda tidak akan membawa sebarang kemudharatan sekiranya diambil secara berlebihan’.

------------------------------

Sediakan dua buah balang kaca (sama saiz, bahan, kapasiti, serta segala ciri yang ada padanya), tiga liter air serta tiga lampu picit.

Tuangkan air ke dalam balang tersebut sehingga kesemua 3 liter air digunakan.

Hasil Situasi 1:
Ketika kita baru sahaja menuang kira-kira 1.7 liter air, balang sudahpun hampir penuh. Walau bagaimanapun, sebagai memenuhi syarat eksperimen, kita menuruti prosedur yg disediakan di mana kesemua 3 liter air harus dituang ke dalam balang tersebut. Akibatnya, air di dalam balang melimpah keluar dan menimbulkan masyaqqah di mana para eksperimentor perlu mengelap semula air yang melimpah.

Langkah seterusnya, suluhkan lampu picit ke dalam balang yg kedua. Gunakan kesemua lampu picit untuk menyuluh bahagian dalam balang.

Hasil Situasi 2:
Ketika menyuluh menggunakan sebuah lampu picit, keseluruhan bahagian dalam balang diterangi dengan cahaya daripada lampu tersebut seolah-olah satu lampu picit sahaja sudah cukup untuk menerangi balang tersebut. Dan apabila kesemua tiga lampu picit disuluhkan ke dalam balang, adakah cahaya yang berlebihan itu melimpah keluar dari balang ? adakah jumlah cahaya yang memenuhi balang menyebabkan balang itu pecah ? sudah tentu tidak. Dan ia juga tidak LANGSUNG memberi sebarang kesan kepada para eksperimentor.

Di sini dapat disimpulkan bahawa sifat ilmu yang merupakan cahaya itu tidak akan memudharatkan manusia yang menjadikannya sebagai makanan mindanya walaupun diambil secara berlebihan.

Tahniah kepada para eksperimentor kerana telah berjaya membuktikan teori ini ^^



“ISLAM itu hebat dari segi penyelidikan dan kajian. Di mana aspek tersebut merupakan asas kepada Islam”
-Ustaz Shukeri-

------------------------------

APLIKASI METODE MENGKAJI AL-QURAN

Berdasarkan ayat daripada surah An-Nahl (16:78) – m/s 275


newborn baby
Point 1:
“dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu ..”

Dari sudut zahiriahnya, kita lahir dari perut ibu. Akan tetapi, hakikatnya Allah yang mentadbir segalanya.
Apabila sampai masanya, maka Allah mengeluarkan kita dari perut si ibu.

Point 2:
“.. dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun ..”

Keadaan kita ketika itu – bodoh, jahil, tidak tahu apa-apa, tidak ada pakaian, tidak ada ilmu.

Point 3:
“.. dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani ..”

Disediakan untuk kita tiga alat yang membawa kepada ilmu – pendengaran, penglihatan dan hati. Tanpa ketiga-tiga alat ini, kamu tidak akan tahu apa-apa.
Maka, kita perlulah FOKUS dalam mendapatkan ilmu supaya kita dapat keluar daripada kejahilan.
Ibu segala Ilmu – Mengenal Allah (معرفة الله) kerana Dia yang menciptakan kita.

Point 4:
“.. agar kamu bersyukur ..”

Wajib ke atas kita bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan – menggunakannya mengikut fungsi yang telah Allah tetapkan.

Overall:
Eksperimen (علمُ التَّجرِبَة) bergantung kepada ketiga-tiga alat yang diberikan oleh Allah untuk mendalami ilmu.
Penemuan Sains > bagaimana kita menemuinya ? > لعلّكم تشكرون
Ia datang dari Allah. Manusia takkan mampu buat. Sebab itu dinamakan ‘penemuan’. Manusia hanya menemui Sains, mereka tidak ‘membuat dan merekacipta’ Sains.

Buktinya: siapa yang reka bahawa 2+2=4 ?

Maka hendaklah kita semua bersyukur atas segala ilmu yang Allah pertemukan dengan kita. Jangan KUFUR, jangan SOMBONG, dan jangan BERLAGAK !


------------------------------

SCIENCE & ISLAM

Example 1:
Al-Anbiya’ (21:30) – m/s 324


“dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman ?”

“Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one Unit of Creation), before We clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?”

Science do agree with above statement where Science states that;
          Water is the main component of living things.

Pertanyaan di akhir ayat : “maka mengapa mereka tidak beriman ?” – bukti keimanan.



Example 2:
Al-‘Alaq (96:15-16) – m/s 597




“Sekali-kali tidak ! Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka) [15] (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan durhaka. [16]”

Hud (11:56) - m/s 228


"Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu, tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus (adil)"

mengapa Allah menyebut tentang ubun-ubun ? apa istimewanya ubun-ubun ini sehinggakan orang yang menderhaka akan kehilangannya ? 

berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh orang bukan Islam, bahagian ubun-ubun amat penting bagi mengawal fungsi manusia. ancaman Allah untuk mencabut ubun-ubun orang yang menderhaka adalah supaya mereka hilang arah dan pedoman.



Example 3:
Ar-Rum (30:48) – m/s 409 


"Allah-lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira."

ayat di atas menerangkan step-by-step kejadian hujan.


dikirim angin > digerakkan awan > dibentang di langit > digumpalkan > diturunkan hujan

wap-wap air yang membentuk awan ditiup oleh angin sehingga awan itu digerakkan ke suatu tempat dan dibentangkan. awan yang dibentang di langit digumpalkan sehingga menjadi berat dan turunlah hujan dari celah-celah awan.

"tiba-tiba mereka bergembira" ..

hujan yang diceritakan dalam ayat ini adalah hujan yang tidak disertai oleh petir, guruh dan kilat di mana ia merupakan jenis hujan yang paling disukai oleh manusia. kerana itulah mereka bergembira.

------------------------------

di sini kita dapat lihat bahawa penemuan-penemuan sains yang ditemukan beberapa ratus tahun yang lepas sebenarnya telah disebut terlebih dahulu oleh Allah 1400 tahun yang lalu.


Jadi, masihkah kita meragui kebenaran AL-Quran ?

Friday 10 August 2012

Our First Programme - FIFA

FIFA – Fight Israel Free Al-Aqsa / ضدّ اليهود فلاح فلسطين


Pada 8 Ogos 2012 yang lalu, Sahabat APIDS dengan kerjasama drpd Aman Palestin Berhad telah mengadakan Program FIFA sempena Ihya’ Ramadhan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri.

Antara agenda yang diadakan ialah pelancaran tabung Aman Palestin yang telah digerakkan bermula 5 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos bersamaan tarikh penutup program Sham’un / شهر المغفرة والعبادة 2012.

Walaupun kami mengalami sedikit huru-hara dan kelam-kabut sewaktu mengadakan persiapan memandangkan jadual kuliah yang agak padat dan beberapa kesulitan lain yang tidak dapat dielakkan, Alhamdulillah, kami dapat mengatasinya dengan baik.

Program FIFA dimulakan sebaik sahaja selesai solat Isya’ dan Tarawih berjemaah. Program yang bertempat di Dewan Johor ini mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada para siswa dan siswi APIUM.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis merangkap Presiden APIDS – Muhammad Amir Syauqi bin Mad Sukri diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Abdul Muadz bin Azhari. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah FIFA – Muhammad Ridzuan bin Dolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah APIUM – Prof Madya Dr Mohd Muhideen bin Abd Rahman. Selepas itu, kami menyajikan hadirin dengan sedikit tayangan video ringkas sebagai pengenalan kepada program FIFA supaya para hadirin dapat memahami objektif program ini diadakan.

Seterusnya, bermulalah agenda utama program ini iaitu ceramah mengenai Isu Palestin yang disampaikan oleh penceramah jemputan – Ustaz Mohd Azrin bin Samsudin yang bertugas sebagai Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad. Beliau turut memegang jawatan sosial sebagai Perunding Aman Palestin dan Penceramah Isu-isu Palestin selain bertugas sebagai Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam.

Selain ceramah, jualan dan pameran turut diadakan di ruang legar di hadapan Dewan Johor. Jualan yang diadakan bertujuan bagi mendapatkan dana untuk disalurkan sebagai bantuan kepada saudara-saudara muslimin di Palestin. Jualan dan Pameran juga dilanjutkan sehingga 14 Ogos bagi memberi peluang kepada siswa dan siswi untuk menyumbang lebih banyak kepada saudara-saudara Palestin.

Sebaik selesai ceramah pada malam itu, pelajar ikhwah APIDS mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama semua tetamu jemputan. Turut diadakan sesi fotografi APIDS bagi mengenang program formal pertama yang dikendalikan oleh APIDS di mana ia melibatkan seluruh warga APIUM Nilam Puri.
Kami juga menikmati saat-saat akhir program dengan menjamah sedikit jamuan bersama-sama.

Sememangnya program FIFA ini merupakan satu cabaran dan pengalaman bagi kami. Selain itu, ia juga telah berjaya mengeratkan lagi ukhuwwah sesama sahabat APIDS. Kami berharap agar sebarang kelemahan kami sepanjang program ini dapat diberi penambahbaikan pada masa akan datang.

#tidak sabar menanti Seminar Falak – cabaran seterusnya buat sahabat APIDS ! :D

ikhwah APIDS
akhowat APIDS
    

Monday 6 August 2012

TOBUR Majmu'ah 7

ehem, ehem ! Muqaddimah X)

Pada hari rabu lepas, 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H, majmu’ah 7 telah terpilih utk mengadakan tobur. Walaupun persiapan dibuat ‘agak’ last minute, tetapi kami bersyukur kerana telah diberi peluang utk menyampaikan kisah mengenai hadis Nabi. Mungkin keadaan ketika itu SEDIKIT *krikkrik* tapi kami berharap sekurang-kurangnya penonton akan dapat sedikit-sebanyak pegajaran dr persembahan kami. Biarpun pelbagai perkara telah berlaku, namun Alhamdulillah, semua itu ujian Allah, pasti ada sesuatu yg lebih baek utk kami, harap dapat terus memberi sokongan utk APIDS.


take one

take two

take three ! :]

Thanks For Enjoying Our Performance ! :D

Mood : Waiting for Tobur Majmu'ah 8. ^^

Mid-Semester Test - Semester I


Sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing pada ambang Ramadhan yg lepas, kami telah diingatkan agar membuat persiapan untuk subjek-subjek yg mempunyai peperiksaan pertengahan semester. Dan antaranya adalah subjek kritikal bagi pelajar APIDS - FJAX 0111: Algebra & Geometry dan FJAX 0112: Calculus. Sepanjang cuti pertengahan semester, kami sibuk menyiapkan assignment Calculus di samping bersengkang mata mengulangkaji tajuk-tajuk lepas sebagai persiapan menghadapi Mid-Semester Test. Masing-masing cube menyelesaikan tutorial dari PASUM dan tak lupe juga, di luar rancangan kami – pelajar APIDS telah mengadakan Midnight Class yg menyebabkan kami semua tidak tidur utk beberapa malam. Itulah dahsyatnya dunia universiti. ^^

Pulang daripada kampung untuk meneruskan minggu kuliah seperti biasa, kami mendapat informasi mengenai tarikh peperiksaan bg kedua-dua subjek kritikal tersebut yg mane diselaraskan mengikut UMKL. Peperiksaan Algebra & Geometry diadakan pada hari Selasa bersamaan 31 Julai 2012. Pagi sebelum ujian bermula, kami sempat lagi mengadakan sedikit tutor sehingga terlalu asyik menyebabkan kami melangkaui waktu yg sepatutnye – 9.30 pagi [sepatutnya ujian sudah bermula tapi baru hendak bergerak]

Hari Khamisnya pula, bersamaan 2 Ogos 2012, kami ditakdirkan untuk berhadapan dgn peperiksaan Calculus. Tutor bg persediaan ujian ini telah diadakan pada Rabu malam, sekitar jam 11-12 malam. Kami berusaha memerah otak memandangkan masing-masing terpinga-pinga melihat soalan yg belum dipelajari, namun begitu, kami terus menembak dengan penuh keyakinan. ><

Selain itu, bg subjek API pula, kami baru sahaja menghadapai peperiksaan Usus Al-Aqidah di mana soalannya hanya 10 dan 5 drpdnya hanya soalan tanda betul atau pangkah sahaja. :P 

teruskan usaha untuk subjek-subjek seterusnya ! ke arah melahirkan generasi Ulama' 'Ulum ! APIDS the best ! :D

AHLAN - Tautan Hati Keluarga APIDS


AHLAN - A Harmonious Linkage Among Novices
--> Sebuah Perhubungan Penuh Harmoni Dalam Kalangan Orang-orang Baru
#cehh, macam salah je translation ni =_=

memori :]
...........................................................

pagi kami disegarkan dengan announcement dr senior APIDS - [di pihak akhowat]

ativiti pertama kami ialah mengisi nama di peta Malaysia mengikut negeri asal masing-masing.

setelah mengisi nama, kami diarahkan berkumpul mengikut negeri. mana-mana negeri yg dicabut daripada undian hendaklah menghantar seorang wakil dan bercerita ttg kelebihan negeri masing-masing. negeri-negeri lain juga dibenarkan mencelah semasa sesi penerangan dibuat untuk membantah mana-mana hujah atau pernyataan pembentang. namun, mungkin kerana masih pagi, maka bangkangan tidak berlaku dgn begitu meriah kerana kami masih dilanda virus *krikkrik* X)

selepas selesai slot negeri. kami pula diarahkan menanggalkan sebelah sliper kami dan meletakkannya di tengah-tengah bulatan. kami kemudian diarah memejamkan mata sementara sliper-sliper kami disembunyikan oleh senior-senior APIDS. #nakal juga mereka ni. 
selepas itu, kami diberi sedikit masa untuk mencari semula sliper masing-masing dgn bertanyakan kepada senior APIDS sambil menceritakan ciri-ciri selipar kami. dan pada waktu yg sama juga, kami dapat bertaaruf dgn mereka secara tidak langsung.

beberapa org pelajar tidak dapat menyelesaikan tugasan 'mencari selipar' tersebut. jadi, mereka diminta untuk berdiri di hadapan. senior APIDS meminta wakil dari kedua-dua belah pihak - yg pakai-due-belah-selipar dgn yg separa-berkaki-ayam untuk menceritakan perasaan mereka menjejak-kasih selipar masing-masing. ada yg gembira, dan ade yg sedih. tapi ia sungguh memberi pengajaran yg besar buat kami semua.
.................................................

selepas bersarapan, program diteruskan dgn slot 'Sharing Moment' tentang organisasi APIDS. setelah bertaaruf secara ringkas dgn jawatankuasa APIDS daripada kedua-dua pihak - senior dan junior; kami diarahkan berkumpul mengikut exco masing-masing untuk mengadakan sedikit perbincangan - atau lebih molek lagi - PERKONGSIAN.
dalam slot ini, kami berbincang mengenai cadangan, masalah berbangkit, mendengar pengalaman mereka serta meminta tips untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti kerja kami.
kami juga diperkenalkan dgn organisasi ASIS/SGPI iaitu organisasi selepas APIDS - bg program Ijazah Sarjana Muda.

selepas tamat slot tersebut, kami makan tengahari secara berjemaah di padang berhadapan dengan Kolej Al-Malik Khalid.
menu kami : nasi kukus + air sirap . beralaskan tikar, berbumbungkan langit dan berteduhkan awan, kami makan bersama-sama sambil hati masing-masing mula mencipta lukisan ukhuwwah antara generasi APIDS :)


program diteruskan dengan game BIJAK - Bina Ikatan Jalinan Antara Kita
permainan ini adalah untuk menguji sejauh mana kami mengenali sahabat-sahabat APIDS. dalam permainan ini , tiada kumpulan yg berjaya bertemu di pertengahan kerana kesuntukan masa. walau bagaimanapun, game ini mengajar kami bahawa masih banyak lagi yg kami belum tahu tentang sahabat-sahabat kami walaupun sahabat-sahabat dalam APIDS sendiri.

petang itu, kami mengadakan slot heart-to-heart di musolla AMK memandangkan cuaca hujan tidak mengizinkan kami untuk beriadhah. dalam slot ini, kami bertanya mengenai pengalaman senior APIDS semasa di nilam puri, program-program yg pernah mereka kendalikan, cara-cara hidup di PASUM, dan tak lupe juga, perkongsian hati-ke-hati yg telah menyebabkan pecahnya empangan di beberapa tempat. :')
selepas hujan (yg sebenar) berhenti, kami meneruskan kembali slot yg tergendala iaitu riadhah yg diadakan dlm bentuk senamrobik.

malam itu , selepas solat secara berjemaah di Dewan Kuliah 1, masa senggang diisi dengan slot 'Tazkirah Berantai'- di mana setiap org akan memberi sedikit tazkirah sebagai pengisian rohani.

Namun begitu, ada beberapa sahabat APIDS yg tidak dapat mengikuti slot pada malam tersebut kerana terlibat dgn pertandingan sempena kempen cakna akademik yg dianjurkan oleh MPP/JTK APIUM Nilam Puri.

di akhir program, kami sama-sama menyanyikan lagu tema program AHLAN - Seiring Sehaluan - UNIC
sungguh, lagu itu telah memberi impak yg besar kepada kami kerana setiap kali mendengar lagu ini, hadirnya rasa rindu akan ukhuwah yg terbina antara sahabat-sahabat APIDS.

dan sebagai penutup program, kami sekeluarga mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan pertemuan pertama kami dengan para senior. ia sememangnya satu kenangan yg cukup indah untuk disematkan di dalam hati kami semua - warga APIDS

keesokan harinya, jadual pelajar APIDS dipenuhi dgn kelas, maka kami tidak bersama-sama lagi dgn para senior. mereka bertolak pulang pada malam itu selepas menyaksikan sebahagian drpd majlis penutup kempen cakna akademik - sambil tidak lupa mengirim kata-kata semangat dan sokongan mereka buat kami.

akhirnya, mereka pun pulang ke Kuala Lumpur, meninggalkan kami dalam kerinduan menantikan AHLAN 2. semoga bertemu kembali :')
.............................................

boys

girls
AHLAN II - Prepare For The Next ! ^^