Saturday 22 September 2012

Liqa' Wida' Semester I | APIDS


Pada hari Isnin bersamaan 17 September yang lepas, sebaik sahaja selesai Kuliyyah Tafaqquh Kitab Bulughul Maram bersama Dr Muhideen, sahabat APIDS telah mengadakan Liqo’ wida’ (last time) untuk Semester 1 yang bertempat di BK 6.

First sekali, Liqo' dimulakan dgn tazkirah ringkas oleh Presiden APIDS, tak lain tak bukan - Muhammad Amir Syauqi bin Mad Sukri. byk perkara yg disenaraikn oleh Presiden untuk dibincangkan pd malam tue. Selepas tazkirah ringkas, Ketua Exco Sukan & Kedinamikan, Muhamad Hafiz Fahmi bin Ahmad Sukri - membentangkn usul rehlah yang akan diadakan bile habis Paper untuk subjek API nanti. Namun begitu, keputusan masih tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan.

Lastly, sesi luahan perasaan.

Dimulakan dengan Presiden dan diikuti dgn yg laen-laen. 

Antara kata-kata Presiden, 
"kita jangan tikam ketua kita dari belakang, kerana dia anggap kita sahabat yang sanggup tolong dia selama ni"
Seterusnya ucapan dan luahan daripada Timbalan Presiden I, Timbalan Presiden II, serta Mas’ul & Mas’ulah Majmuah 7 & 8.

Nurul Ain a.k.a Azuma Nurul yang lebih dikenali sebagai ‘kakak’ dalam APIDS memberi nasihat sebagai seorang yang lebih matang daripada kami. memang sangat berharga nasihat dari seorang kakak tu, jadi ambillah sebagai pedoman dan jangan sesekali anggap kita ni dah cukup sempurna. 

dan ingatlah alangkah indahnya ukhuwwah itu jika kita saling bertolak ansur dan memaafkan antara satu sama lain.

*walupun namanya liqo' wida', tp rasenye, ad lg kot liqo’ lepas ni, huhu.

{Skuad Multimedia APIDS}

Hari Malaysia dan APIDS


Assalamualaikum, Ni hao !

Ni hao ma ? Wo hen hao .. [Ok, sedikit merepek]

Oklah, entry kali ini adalah berkaitan dengan Hari Malaysia.
Bila hari Malaysia? 16 September kan?
Yeah!Tepat sekali.

Pada 16 September 2012, bersamaan Ahad lepas, sahabat APIDS (akhowat sahaja) telah beriadah bersama dengan bermain futsal. Di mana? Of course la di court futsal APIUM je. Takkan nak pergi kat stadium lak an. Kami berfutsal bersama-sama dengan Ukhti Ainina Mardhiyyah a.k.a penasihat APIDS. 

Sewaktu perlawanan berlangsung, bermacam ragam dan reaksi ditonjolkan. Hebat-hebat jugak rupenye akhowat-akhowat APIDS berfutsal ye. Sampaikan bola dah ‘out’ pun dikejarnye. Hikhik. Nampak kesungguhan mereka di situ. Ramai juga yang berbakat menjadi striker. Tapi, almaklumlah, bila akhowat dah turun futsal mulutnye yang lagi lebih banyak beraksi daripada kakinye. Haha. 
Kadang-kadang terlintas di hati ini, macam mana la ikhwah main futsal ek? Senyap je. Mungkin hanya hentakan kaki dan seretan kasut je yang berbunyi. Hadoi.. Untungla tak bisingkan~ Hehe. Tapi takpe la, bende-bende macam ni lah yang lagi memeriahkan suasana kan? 

Alhamdulillah, sepanjang beriadah tidak ada seorang pun pemain yang tercedera. Cuma adalah juga antara pemain yang seringkali terjatuh. Mungkin juga sebab ringan sangat. Hehe.

Selesai je main futsal, kitorang pun menikmati kudapan yang disponsor oleh tabung APIDS. Menunye kuey teow goreng, milo panas dan sirap ais. Sedap.. Terima kasih, Xie xie, Kumawo, dan Syukran kepada bendahari APIDS yang tolong bayarkan semua hidangan-hidangan tersebut. Hehe. Maka dengan selesainye bersarapan bersama sahabat-sahabat APIDS kami pun pulang ke asrama masing-masing. [macam la asrama lain-lain] - i mean, bilik masing-masing. hehe. Terbakar jugaklah sedikit kalori yang ada. Haha.

Tamatlah sudah entri kali ini. Sekian. :)
Brilliant Khairu Ummah. ;)

#katenye ikhwah APIDS nak buat program AKTIF [Akif + Atif] pagi tu, tapi tak dengar ape-ape cerita pun.

{Skuad Multimedia APIDS}

editted. tambahan untuk info program AKTIF :)


Ikhwah APIDS juga x dilupakan, dengan program AKTIF hasil cetusan idea mas'ul m7 dan m8 (Akif+Atif). Antara tentatif AKTIF yang dirancang ialah joging serta senaman ringan dan onLAN CS. AKTIF mendapat sambutan agak "hangat2" drpd ikhwah apids memandangkan pengarah2 program lambat imform walaupun dah agak lame idea AKTIF ini tercetus..(hanya 3 org yg sertai) Lebih "hangat" lg apabila sorang drpd pengarahnye terlebih "hibernate" (cam knal) dlm hendak menyertai AKTIF. Alhamdulillah, joging dan senaman dpt dilaksanakan dgn semangatnya oleh peserta yg komited dgn program yg dirancang (thanks to Fakhri and Amir). "Cumenye kami(pengarah 1) xdpt nk onLAN cs memandangkan yg len masih hibernate".. Insyaalah AKTIF siri II (masih dlm perancangan) akan diadakan dgn pnyertaan semua ahli M7 dan M8 (jika mendapat persetujuan)..

Thursday 20 September 2012

Pengisian 4.0

Masa : 15 September 2012 / 28 Syawal 1433H
Tempat : Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Penceramah : Ustaz Syahru Ramadhan bin Satirin
Tajuk : Dakwah

DEFINISI DAKWAH

Dari segi bahasa, dakwah berasal dari perkataan

دعى , يدعو \ نادى , ينادي \ طلب
yang bermaksud; menyeru, mengajak, meminta

Dari segi istilah, dakwah ialah

 تبليغ الإسلام للناس ، وتعليمه إياهم ، وتطبيقه في واقع الحياة
Menyampaikan Islam kepada manusia, dan mengajarkannya kepada mereka, serta mengamalkannya/mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Takrif di atas adalah takrif yang dipersetujui secara umum. takrif mengikut pandangan tokoh-tokoh Islam boleh rujuk sini --> *click me for more ILMU ! :)*

HUKUM DAKWAH

اتّفق العلماء في وجوب الدعوة , واختلف في نوع وجوبه (وجوب العين \ وجوب الكفائي)
Ulama’ bersepakat dalam hukum WAJIB berdakwah, tetapi berlaku khilaf dalam menentukan jenis WAJIB (Fardhu ‘Ain / Fardhu Kifayah)

[Processing --> Penjelasan dalil wajib berdakwah]

CIRI-CIRI DAKWAH

# Ciri I : ربّانيّة  – bersumberkan daripada Allah.

Pengisian dakwah hendaklah dengan merujuk kepada Al-Quran, Hadith serta apa yang telah disepakati oleh para Ulama’.

Mengapa kita perlu merujuk kepada ‘Panduan’ ini ?
Baiklah, kita lihat di sekeliling kita. Melihat kepada sebuah kilang yang menghasilkan sesuatu produk. Bukankah produk itu didatangkan bersama MANUAL pengguna yang WAJIB ada bersama setiap produk yang dihasilkan ?

Jika anda masih kabur, kita bercerita pula tentang kereta.
Encik Imran baru sahaja membeli sebuah Mercedes pada tempoh hari. Dia membelek-belek manual pengguna Mercedes tersebut. ‘Haishh, susah betul nak faham manual ni !’ dia bermonolog sendiri. Sebagai jalan mudah, Encik Imran membaca manual Proton Prevѐ milik isterinya yang baginya lebih mudah untuk difahami.

Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi kepada Mercedes Encik Imran jika dia menggunakannya dengan stail penggunaan sepertimana yang dia baca di dalam manual Proton Prevѐ ?

Tak perlu saya jelaskan, anda sendiri pasti tahu apa yang akan berlaku. Begitulah juga manusia, Allah memprodukkan manusia dengan menyertakan bersama kita ‘manual’ sebagai panduan hidup kita, dan ‘manual’ kita sudah tentu adalah – Al-Quran dan sumber-sumber lain yang datang dariNya seperti Hadith dan Ijtihad para Ulama’. Jadi jika kita rasa payah menggunakan ‘manual’ yang sedia ada dan mengambil keputusan untuk menggunakan ‘manual kehidupan’ yang dicipta oleh manusia, pasti kita akan jadi seperti Mercedes yang menggunakan stail Proton Prevѐ tadi. Bukan sekadar ‘Tidak Menjadi’ , tetapi kita juga akan Rosak !

# Ciri II : شموليّة  - sempurna.

Islam yang disampaikan menerusi proses dakwah merupakan suatu 'benda' yang syumul. sangat sempurna ! jika kita melihat Islam, Islam memenuhi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial, aqidah, akhlak, syariah, politik, dan lain-lain. segala aspek dalam Islam juga dikira dari segenap sudut secara lengkap. dari peribadi/individu, keluarga sehinggalah ke peringkat masyarakat dan ke atas.

#Ciri III : عالميّة – global.




Islam. adakah ia hanya untuk bangsa Arab sahaja ?
inilah perbezaan antara Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain yang diutuskan sebelum baginda. Nabi-nabi sebelum baginda diutuskan kepada kaum tertentu dan masa tertentu, tetapi, Nabi Muhammad SAW tidak begitu. Baginda diutuskan untuk sekalian manusia, sepanjang zaman. walau apa pun bangsa seseorang tu;
"SELAGI MANA DIA ADALAH MANUSIA, MAKA KITA KENA SAMPAIKAN DAKWAH ISLAM KEPADANYA"

 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH

Peribadi seorang Da'ie merupakan perkara penting yang mempengaruhi keberjayaan sesebuah dakwah itu sendiri. Peribadi yang terbaik untuk dicontohi adalah peribadi nabi kesayangan kita yang dicintai dan dirindui, Nabi Muhammad SAW.

Berpatah balik kepada peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman dahulu di Tanah Melayu, tentang bagaimana permulaan tersebarnya Islam di tanah air kita. 
Islam di Tanah Melayu datang daripada para pedagang. dan yang uniknya, Islam itu tersebar di Tanah Melayu kerana masyarakat tertarik kepada peribadi para pedagang Islam.
Di sini, dapat disimpulkan bahawa PERIBADI pedagang-pedagang Islam telah menarik perhatian para penduduk di Tanah Melayu untuk lebih mendekati dan mendalami ISLAM.
  
10 MUWASSAFAT TARBIYYAH

1)      Aqidah yang Sejahtera / سليم العقيدة

      Aqidah berasal daripada perkataan Arab عقد yang bermaksud ikatan (ikatan yang kemas). jika digunakan dalam konteks haiwan, ia bermaksud tali yang mengikat mereka (binatang) daripada terlepas. kenapa kita perlu kepada aqidah ?

      saya datangkan satu contoh bagi memudahkan penghadaman anda. 
      Pak Abu membela seekor kambing. jirannya, Pak Dolah mempunyai kebun sayuran yang sangat besar. setiap hari, Pak Abu akan memastikan kambingnya yang hiperaktif itu diikat kerana dikhuatiri kambingnya akan memasuki kebun Pak Dolah dan merosakkan tanamannya. bayangkan jika suatu hari Pak Abu lupa untuk menambat kambingnya ? sudah tentu tanaman Pak Dolah akan rosak dan mereka berdua akan bergaduh.
   
      dapat disimpulkan di sini, 'IKATAN' yang mengikat kambing Pak Abu itu menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup berjiran antara Pak Abu dan Pak Dolah.
      begitulah juga keadaannya dengan AQIDAH. Aqidah merupakan sesuatu 'ikatan' yang memastikan kehidupan kita aman dan damai jika kita berpegang teguh dengannya.

kambing yang kami jumpa sewaktu beraya di Besut XD
2)      Ibadah yang Sahih / صحيح العقيدة

      Ibadah yang Sahih dan diterima oleh Allah merupakan salah satu peribadi seorang Da'ie. Syarat diterima Ibadah ada dua - Ikhlas dan Bertepatan dengan Syarak (merujuk Sunnah Nabi dan para sahabat)
      jika hilang salah satu, ibadah itu tidak lengkap dan tidak diterima.

3)      Akhlak yang baik / متين الخلوق

      akhlak yang baik, terpuji dan 'comel' merupakan satu aset dan tarikan yang paling besar bagi seorang Da'ie. ia menghadirkan rasa hormat masyarakat kepada golongan Da'ie dan memudahkan masyarakat untuk menerima apa yang disampaikan olehnya.

4)      Pengetahuan yang luas / مثقّف الفكر

      Da'ie juga perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan peka terhadap isu semasa. dan 'Thaqafah' itu bukan hanya di dalam bilik kuliah, malah ia harus dikuliahkan di dalam medan masyarakat. 

5)      Tubuh badan yang sihat dan kuat / قوّة الجسم

      teringat sebuah pepatah Arab - العقل السليم في الجسم السليم (Akal yang cerdas itu terletak pada tubuh yang sihat) sebagai seorang muslim, kita hendaklah menjaga kesihatan agar dapat memastikan kelangsungan dan kelancaran ibadah kita. tubuh badan yang kuat amat penting bagi seorang Da'ie dalam memikul amanahnya menyampaikan tugasan Islam. Tubuh yang sihat dan kuat juga membolehkan kita untuk bekerja dan memajukan diri ke arah yang lebih baik.

      suatu persoalan yang datang tiba-tiba. Mundurkah orang yang belajar agama ? kalau betul mundur, dan tidak mampu mencapai kemajuan, cuba kira, berapa ramai para Da'ie yang kebulur ?


sukan !!
6)      Bersungguh-sungguh melawan nafsu / مجاهد لنفسه

      المؤمن بين خمس شدائد ، مسلم يحسده ، ومنافق يبغضه ، وكافر يقاتله، و شيطان يضله ، ونفس تنازعه
      The believer is between five hardships, Muslim who envy him, and a hypocrite who hates him, and an unbeliever who fights him, and the demon leads him astray, and Nafs disputed him. *betul ke tak ni ...*

      Nafsu merupakan musuh dalaman dalam diri kita. dia juga sering membawa kita lari jauh dari landasan. oleh itu sebagai seorang Da'ie, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu kita supaya kita tetap berada di landasan yang betul.

7)      Berdikari / قدير على الكسب

      BERDIKARI = BERdiri DI atas KAki sendiRI.
      ini .... anda boleh jelaskan sendiri .. *semakin kehilangan idea*

8)      Menepati masa / حريص على الوقت

      seorang mu'min perlulah bijak menyusun masa, menjaga dan menepatinya. 
      saya tak ingatlah ini sebuah hadis atau pun hanya sekadar kata-kata. yang saya ingat ia dikongsikan oleh ayah saya sewaktu sekolah rendah dahulu. katanya;
      "bodohlah orang yang tidak dapat membahagikan masanya kepada 4 perkara --> [1] bermunajat kepada Allah. [2] melihat ciptaan Allah (tadabbur alam) [3] mencari rezeki [4] muhasabah diri.



9)      Tersusun dalam urusannya / مناظم في شؤونه

      sebagai Da'ie yang juga seorang pelajar, kita hendaklah pandai menyusun dan membahagikan antara dua urusan iaitu antara Akademik dan Aktiviti-aktivit lain seperti aktiviti dakwah itu sendiri.
      Jika seseorang itu gagal dalam pelajaran dan dia menyalahkan aktivit-aktiviti nya yang memenuhi jadual kehidupannya, sebenarnya, dia ada masalah dengan penyusunan urusan dia. bukan bende-bende tu yang buat dia gagal, tetapi kegagalan dia menyusun dan merancang itu yang menggagalkan dia. *mcm berbelit pulakk ayat*

10)   Bermanfaat kepada orang lain / نافع لغيره

       bermanfaat kepada orang lain ada bermacam cara. ikutlah kemampuan kita. jika kita dapat meluangkan masa untuk memberi manfaat kepada orang lain, korbankanlah masa. jika tidak mampu korbankan masa, mungkin juga boleh korbankan harta. semata-mata untuk memberi manfaat kepada sekalian manusia. boleh juga memberi manfaat daripada sumbangan tenaga atau mungkin juga hanya sekadar memberi perkongsian ilmu. InsyaAllah, manfaat yang berterusan itu juga akan diberi ganjaran yang berterusan.

PERINGKAT / MARHALAH DAKWAH

1)      Taaruf - adakan hubungan silaturrahim dengan mad'u. bina jambatan hati. cuba mengenali dan memahaminya dengan mendalam.

2)      Ta’lif qabla taklif - melembutkan hati dan membangunkan iman yang luntur dalam jiwa. menjinak-jinakkan dahulu mad'u dengan Islam yang sebenar. tunjukkan peribadi/sahsiah yang baik. kemudian, baru ke proses memberi didikan Islam kepadanya. (didikan ringan dulu sebelum bergerak ke didikan yang berat)

3)      Targhib wattarhib - galakan dan ancaman. menggalakkannya untuk berbuat kebaikan dan mengancamnya supaya tidak berbuat kejahatan. juga [Basyira wa Nadzira] - memberi berita gembira tentang ganjaran yang akan diberi oleh Allah dan memberi peringatan tentang azab yang akan diberi oleh Allah atas setiap apa yang dilakukan.

الحق بلا نظام = الباطل بالنظام
*sekadar renungan*

"Jika bukan sekarang, bila lagi ? Jika bukan di sini, di mana lagi ? dan Jika bukan KITA, siapa lagi ?" 

Wednesday 19 September 2012

KARPeSKI


Alhamdulillah, pada hari Jumaat 14 September yang lalu Exco Multimedia dengan kerjasama Exco Kehohanian telah berjaya mengadakan malam Kerabat APIDS Resting in : Penghayatan Sains mengikut Kacamata Islam (KARPeSKI). Program tersebut dmulakan dengan solat Maghrib berjemaah di Surau Al-Qasr bagi ikhwah dan musalla AMK bagi akhawat. Waktu yang terluang antara solat Maghrib dan solat Isyak diisi dengan program solat hajat serta bacaan Yasin berjamaah, juga di surau masing-masing.

-->Pada pukul 9.00 malam pula, setelah selesai solat Isyak berjamaah, Exco Multimedia memainkan peranannya untuk mengadakan tayangan untuk pelajar-pelajar APIDS. Ia merupakan tayangan yang pertama diadakan berikutan beberapa masalah serta kesibukan kami dalam menganjurkan serta menyertai beberapa program sepanjang semester ini. Sebelum tayangan bermula, kami telah mendengar input yang berguna daripada Mr. Presiden, Saudara Amir Syauqi. Begitu juga setelah tayangan ditamatkan. Tayangan yang diadakan merupakan ceramah Dr. Zakir Naik yang bertajuk "Islam and the 21st Century". Ceramah beliau kebanyakannya berkisar tentang salah faham masyarakat moden pada zaman ini terhadap Islam. Selain itu, isi ceramahnya yang paling menarik perhatian kami adalah berkenaan pembuktian bahawa Al-Quran adalah kata-kata sebenar daripada Tuhan melalui fakta-fakata sains yang disebutkan dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu. Semua fakta tersebut hanya dapat ditemui oleh ahli sains seawal-awalnya 100 tahun setelah Al-Quran diturunkan.



Berikut adalah link untuk video tersebut: 


Ini pula merupakan ayat-ayat Al-Quran yang disebutkan oleh Dr. Zakir Naik berkenaan sains (ayat-ayat yang tidak disebutkan merupakan tambahan daripadaku):

Astronomy
-Big Bang= Al-Anbiya'(21:30)
-Sky was the Smoke= Al-Fussilat(41:11)
-Shape of Earth= An-Naziyaat(79:30)
-Light on The Moon= Al-Furqaan(25:61)
-The Moving of the Sun and the Moon=Al-Anbiya'(21:33)
-Iron is Formed in Space,not Earth= Al-Hadid(57:25)

Geology
-Water Recycle= 
Az-Zumar(39:21),
Ar-Room(30:24)
Al-Mu'minun(23:18)
Al-Hijr(15:22)
Nuh(24:43)
Al-A'raf(7:27)
Ar-Ra'd(13:17),
Al-Furqaan(25:40&49)
Al-Faatir(35:9)
Yasin(36:34)
Al-Jatsiah(45:5)
Qaf:(50:8-9)
Al-Waqiah(56:60-70)
Al-Mulk(67:30)
At-Thariq(86:11)
-Mountain Pegs og Earth=An-Naba'(78:6-7)An-Nahl(16:15)
-Barrier between Salt and Sweet Water=Al-Furqaan(25:53)
-Two See Meet not Trangress=Ar-Rahman(55:19-20)
-Deep Seas and Internal Waves=An-Nur(24:40)

Biology
-Development of Human=Al-Mukminun(23:11-15)
-Living Things are Created from Water =Al-Anbiya'(21:30)
-Fingertip=Al-Qiyamah(75:3-4)
-Human from Various of Skin Color and Race=Al-Hujurat(49:13)
-Cerebrum=(96:15-16)

Botany
-Sex of Plants(Male and Female)=Taha(20:53)

Zoology
-Animal Live in Community=Al-An'am(6:38)
-Bee=An-Nahl(16:60&69)
-Spider=Al-Ankabut(29:41)
-Lifetime and Communication of Ant=An-Naml(27:17-18)
-Ants Obey Their Queen(no King)= An-Naml(27:18)

Medicine
-Honey=An-Nahl(16:60&69)

Renung, Fikir dan Zikir...

Monday 17 September 2012

TOBUR Majmuah 8

Pada 12 September 2012 bersamaan 25 syawal 1433H, majmuah 8 telah terpilih untuk tobur… krenye last majmuah la untk sem nie… walaupun persiapan memang last2 minute, so kami harap apa yg ingin disampaikan itu, dpt dicapai oleh semua pihak… kami harap agar kerjasama seprti ini dpt dikekalkan dan lagi mantap untuk program pd masa akn dtg… semoga kenangan ini sentiasa terpatri di hati… 

majmuah kami mengisahkn tntg seorang saintis muda yg tidak berpegang teguh kpd ajran agama… dan akhirnya kembali ke pangkal jalan stlh disedarkan oleh sahabatnya yg tdk jemu menasihatinya…  semoga kita semua di dalam barakahNya… amin… :)

relieved :)
Aksi belakang tabir - Behind the scene
[sorry pic blur]
experiment time !!!
Starring .....

sape nak download video persembahan tobur silakan tekan sini :)

Monday 10 September 2012

Minggu Apresiasi Seni


Assalamualaikum smile


Tarikh: 2 – 6 September 2012... (fuhh.. cam formal plak)

5 hari di dalam bulan syawal ini telah mencatat sejarah dan kenangan indah kepada semua sahabat-sahabat APIDS (sebab ramai yang menang). Pada minggu tersebut telah berlangsungnya Minggu Apresiasi Islam yang dimana ia merupakan salah sebuah program besar-besaran yang diadakan di APIUM Nilam Puri. Program ini special jugak disebabkan beberapa faktor:

1.Semasa malam pembukaan program ini, para pelajar dihidangkan dengan persembahan ekslusif daripada pelajar program khas yang didatangkan daripada Sabah, Sarawak dan Thailand. Lakonan sketsa, pendeklamasian sajak dan persembahan seni mempertahankan diri (pelajar Thailand - ni yang paling special malam tu) telah dilaksanakan dengan jayanya.. meriah sunnguh malam tu

2.Semasa malam penutup, lagi meriah dengan kedatangan kumpulan nasyid terkenal iaitu unic yang telah menghangatkan lagi majlis penutupan pada malam itu.. (dah macam konsert nyanyian..)

Program ini telah disertai oleh semua pelajar Apium Nilam Puri yang dibentuk di dalam beberapa kumpulan dengan menggabungkan 2 majmuah dalam satu kumpulan. ni kumpulan untuk APIDS:

Majmuah 7 + Majmuah 2 sem 3
Majmuah 8 + Majmuah 6 sem 3

Sepanjang program ini dijalankan, beberapa pertandingan telah dianjurkan seperti Tilawah Al-Quran , Hafazan, Nasyid, Khutbah, Komik Islamik, Video Islamik dan Khat..

Alhamdulillah,pelajar APIDS telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan dan memenangi beberapa pertandingan (memang diorang ni semua berbakat)

Pencapaian gabungan APIDS + sem 3 sepanjang Minggu Apresiasi Islam:

Tilawah Al-Quran (Akhowat) : Johan & Naib Johan
Hafazan (Akhowat) : Naib Johan
Nasyid (Ikhwah) : Naib Johan
Komik Islamik (Akhowat) : Ketiga

Tahniah kepada semua pemenang (Nur Fatin Nabilah, Nurul Ain, Zakiyyah & ikhwah utk nasyid *x dpt maklumat utk nasyid) kerana telah berusaha keras untuk melakukan yang terbaik (walaupun ada yang jadi bidan terjun je, tp menang jugak :P) dengan bantuan sahabat-sahabat APIDS yang lain

Saturday 8 September 2012

Pengisian 3.0


Peranan Mahasiswa Sebagai Pendakwah
Oleh: Dr. Syed Khalid

Tugas dakwah merupakan tugas yang sangat besar. Tugas ini juga bukan sahaja tugas asatizah tetapi ia merupakan tugas bagi semua umat Islam.
#Perlu diingatkan bahawa KERJAYA UTAMA  kita di dunia ini ialah DAKWAH.

1. Dakwah ini perlu kepada ILMU.
- Orang yang berilmu, perwatakannya berbeza dengan orang yang tidak berilmu.
- Islam ini memerlukan kepada kefahaman. Oleh itu, seorang pendakwah memerlukan ilmu untuk menyampaikan dakwahnya kepada orang lain dengan lebih baik
Firman Allah s.w.t. di dalam  Al-Quran : [Surah Az-zumar :9]

بسم الله الرّحمن الرحيم
}قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَاب{

Maksudnya: Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”, Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima pelajaran.

#Suasana universiti merupakan suasana yang amat kondusif dan ideal untuk menjamin pembelajaran yang terbaik kepada mahasiswa kerana mereka dikelilingi oleh golongan intelek atau golongan yang mempunyai tahap IQ yang tinggi dan stabil. Suasana ini mampu mengajar kita untuk terjun ke dunia yang sebenar.

#Hal ini kerana, sistem pembelajaran di universiti menggalakkan kita agar mencari sesuatu ilmu itu dengan sendiri. Suasana ini juga mengajar kita supaya mengaplikasikan ilmu kita kepada masyarakat yang berada di dunia luar. Hasilnya, mahasiswa itu akan menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu yang dikajinya.

#Samalah halnya dalam bidang dakwah. Kegigihan mereka dalam mendapatkan pencerahan bagi sesuatu cabang ilmu secara tidak langsung, dapat menjadikan seseorang itu pakar dalam bidang agama.

2. Dakwah untuk menegakkan kalimah Allah.
- Setiap manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi ini. Setiap kerja yang kita lakukan haruslah disertai dengan niat kerana Allah. Hal ini kerana, tujuan utama kita hidup di dunia ini ialah beribadah kepada Allah.
Firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56:


Mafhumnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah  kepada-Ku.

- Sijil Degree, Master mahupun PhD merupakan nilai tambah atau ‘added value’ dalam dunia dakwah.
- Begitu juga halnya dengan isteri dan anak-anak. Mereka juga merupakan ‘added value’ untuk misi dakwah kerana mereka mampu memberi sokongan kepada seorang daie.

3. Pelaburan yang paling berharga.
Firman Allah dalam surah As-Saff  ayat 10-11:

}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ{(11)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? {10} (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jka kamu mengetahui.
-         ‘Bisnes’ ini merupakan ‘bisnes’ yang paling menguntungkan bagi setiap manusia kerana ganjarannya ialah bebas daripada azab api neraka.
Syarat untuk mendapat keuntungan ini amat mudah:
1.  Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan iman yang sebenarnya.
2.  Berjihad pada jalan Allah dengan menggunakan pelaburan harta dan jiwa (tenaga).
Oleh itu, kita semua digalakkan agar bersama-sama merebut peluang ini untuk memastikan kesejahteraan kita di akhirat kelak.
# INGATLAH  jikalau jalan dakwah ini merupakan jalan yang MUDAH, pasti ramai yang akan melalui jalan ini dengan SAMBIL LEWA. Akan tetapi, jikalau jalan ini dipenuhi duri dan HALANGAN (perjuangan yang sangat susah) pastilah jalan ini dilalui oleh orang yang berani dan penuh TELITI.
{SKUAD MULTIMEDIA APIDS}

Friday 7 September 2012

Ziarah Raya Rumah Prof Wan


Pada 31 Ogos yang lalu, kami telah menjalankan Ziarah Raya ke rumah Prof Madya Haji Wan Fauzi bin Wan Mamat di Palekbang.

Kami ke sana dengan menaiki bas Cityliner bernombor pendaftaran NBY 7357 dengan angkatan seramai 36 orang pelajar.

Sebaik tiba di rumah Prof, kami berbual kosong sementara menunggu giliran menjamu selera. Selepas selesai menjamu selera, kami mengambil gambar kenangan di hadapan rumah prof dan bergerak ke Kota Bharu bagi memberi laluan kepada para ihwah untuk menunaikan Solat Jumaat. Kami sampai dengan selamat di hadapan UMNP kira-kira jam 3.00 petang.

Our Ride
Ketibaan Rombongan
Foods :9
US with HIM :)

Saturday 1 September 2012

Sham'un 2012

Berikut adalah pencapaian Sahabat APIDS dalam Ihya' Ramadhan - Sham'un 2012



Iftar Ramadhan 2.0


Pada 14 Ogos yang lalu, sahabat APIDS telah mengadakan Iftar Jamaie sempena Ramadhan di hadapan Istana Nilam.

Iftar ini diadakan bagi memenuhi program Exco Kerohanian iaitu Iftar Bulanan. Alhamdulillah makanan mendapat tajaan daripada pihak yang ingin dirahsiakan identitinya.

Menu Iftar Ramadhan adalah seperti berikut:
Nasi + Ayam Masak Merah + Murtabak + Akok + Tembikai + Air Oren, Sirap, Oren+Sirap

Berikut merupakan gambar kenangan sepanjang iftar berlangsung:

setting Iftar Ramadhan
antara menu yang disediakan :)
ucapan Presiden APIDS
muka-muka ceria menanti waktu berbuka :]
Makan Time !! :D
Keriangan Berbuka :P
semoga dengan program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama Sahabat APIDS di samping menguatkan kerohanian masing-masing agar lebih rajin menunaikan ibadat wajib dan sunat. ^^