Monday 15 October 2012

AKTIF 1.5 and AKTIF II

Pada 9 Oktober 2012, iaitu pada malam sebelum kami gi Ganu, satu program yg tidak dirancang telah diadakan di blok Al-Ghazali oleh ikhwah APIDS. Malam tersebut dinamakan AKTIF 1.5. #rancangan yang terpaksa akibat perut menyanyi2...

Kami memulakan malam tersebut dengan program MNM  - Masak Nasi n Maggi + Sardin + Vico. Kerjasama yang diberikan oleh semua yang hadir amat memuaskan. Semua proses memasak dan membancuh air dilakukan di Bilik Mas'ul Majmuah 7, Akif Fakhree. Hasilnya amat mengejutkan, kami tidak pernah menyangka kami ada bakat jadi chef.#se'eh perut aku kedaroh nasi nge maggi#

Preparation to be a flash chef

Seterusnya, malam tersebut diserikan lagi MULTI - Muvie Lambat Tido, iaitu program tayangan filem thriller yang cukup kejam. Dengan penuh kesabaran kami menonton filem tersebut dalam keadaan berhimpit, berpeluh dah kepanasan. Berkat kesabaran kami, dapat juga kami menghabiskan filem tersebut dan kami dikejutkan dengan shocking ending yang tak berapa nak shock.#x ngeri mane pon filem tu, aku rase nk tido jer#

Setelah tayangan tersebut tamat dalam pukul 1 pagi, kami merelakan sahaja mata-mata kami terpejam sehingga kami tidak lagi berada di dunia nyata. Sedang kami melayan mimpi yang tak sempat habis, tiba-tiba berkumandanglah azan subuh-Assolaatu khoirun minann naooom. Walaupun mata ini tidak merelakan dua kelopaknya terbuka, namun takkan kami biarkan nafsu dan godaan syaitan meresapi dan menguasai hati dan jasad kami. Seusai sahaja menunaikan solat Fajar berjamaah, kekuatan ukhuwah kami dikuatkan lagi dengan misi pencarian bas untuk rehlah yang cukup untuk membuatkan tingkap ALGA ini berkecai. Namun IMAN ternyata lebih kuat dari NAFSU.

Sebagai kesinambungan kepada AKTIF 1.5, kami telah merancang AKTIF II semasa brunch di Kedai Nasi Kukus Nilam Puri dua hari selepas kami pulang daripada rehlah di Terengganu Impianku. Pulang sahaja dari kedai tersebut, kami menyerbu makmal komputer di blok ALGHA bagi melaksanakan perancangan bidan terjun kami. Perlawanan Counter Strike Xtreme antara dua majmuah amat sengit. Tetapi, memandangkan dua orang ahli Majmuah 7 baru berjinak-jinak dengan CS, kami akur dengan kekalahan 16-19 di tangan terrorist Majmuah 8. Permainan berterusan sehingga azan solat Asar dikumandangkan.

Solat Asar yang khusyuk dan khudu' kami dirikan dengan mengharapkan penerimaan di Sisi Allah SWT. Kasut disarungkan setelah stokin dipakai-kami bergerak ke court futsal bagi meneruskan perlawanan saing tradisi Majmuatain. Exco Multimedia, sebagai goal keeper telah berjaya menyelamtkan gawang Majmuah Tujuh, namun beberapa shoot telah menembusi kekebalan goal tersebut. Walaupun, gawang Majmuah 7 ditembusi beberapa kali, ia tidak bermakna mereka tewas, sebaliknya goal M8 ditembusi banyak kali bukannya beberapa kali. Masul M8 yang menunjukkan muka kecewa seorang goli terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi. Perlawanan diakhiri dengan 2 gol berbalas 4. Bendahari APIDS telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam permainan tersebut.

Bola yang dilihat seperti terbang dengan sendirinya

Akibat letih yang amat dasyat, kami beralih ke gelanggang takraw. Perlawanan yang berlangsung tidaklah begitu sengit memandangkan kebanyakan dari kami budak baru belajar. Latihan takraw sebenarnya telah dianjurkan sehari sebelum perlawanan diadakan iaitu pada petang Jumaat. Pada malam tersebut pula diadakan program solat Hajat serta bacaan Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk. Program diconduct oleh Exco Kerohanian, Abdul Muadz dan diadakan selepas Solat Maghrib. Setelah bacaan surah-surah tersebut, kami telah berkongsi fadhilat-fadhilat yang kami tahu tentang surah tersebut.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam progaram tersebut. Mungkin ini merupakan program AKTIF yang terakhir untuk IKHWAH APIDS kerana pada sem depan ia akan dinamakan MANDIZ mungkin#muadz + andi...

Sunday 14 October 2012

OHANA APIDS


Pada hujung minggu yang lalu, bersamaan Hari Sabtu, 13 Oktober 2012. Pihak Akhowat APIDS telah menjalani suatu program yang dinamakan – Ohana APIDS

Program Ohana APIDS dimulakan dengan aktiviti MULTI – Mukhayyan Littaqarrub Ilallah. Aktiviti Pra-MULTI adalah bermalam beramai-ramai di bilik-bilik yang berdekatan dengan Airport bagi memudahkan kemuncak MULTI iaitu Qiyamulail di Airport AMK.

Walaupun mengalami sedikit kelewatan pada pagi 13 Oktober memandangkan ramai yang tidur lewat, MULTI dapat dijalankan dengan baik. Qiyamulail pagi itu diketuai oleh Aishah binti Abu Hassan sebagai Imam. Oleh kerana waktu Subuh masuk awal, maka kami meneruskan dengan Solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat Subuh, kami membaca Surah Al-Fath dan Ma’thurat bersama-sama.

Langit mula membiru, kami mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan matahari terbit dengan menetap di Airport sambil beramai-ramai memandang ke langit, melihat burung-burung yang berterbangan, mula mencari rezeki.

Jam 7.30 Pagi;
kami bergerak ke gelanggang futsal APIUM untuk menunaikan solat sunat Dhuha bersama & bermain baling sliper. Pada asalnya kami ingin bermain futsal tetapi stor sukan dikunci pula.
Riadhah dimulakan dengan Warm-Up & Stretching yang diketuai oleh Timbalan Presiden APIDS - Nurul Nabihah binti Ahmad.

Dhuha :')
Warm Up Time !
Selepas penat berkejar-kejaran, kami teruskan dengan permainan ‘Pisang Goreng’. Kreatif-kreatif nampaknya otak budak-budak APIDS ni. Keputusannya seri.
Kemudian, aktiviti diteruskan dengan pengisian daripada Exco Kerohanian dengan permainan ‘Miming’ di mana salah seorang akan membuat gaya dan yang lain akan meneka. Kumpulan yang paling banyak meneka dengan betul akan menjadi pemenang.

Tapi, kesemua permainan kami memberi keputusan seri. Maka, semua adalah pemenang. :)

Selepas puas memanaskan badan, kami pun bersarapan jama'ie dengan roti canai yang telah ditempah dan makan bersama-sama di dalam talam, di bawah pokok besar padang APIUM.
Air Sirap Ais ditaja oleh Exco Kebajikan. ^^

Masing-masing berehat sebentar.

Program diteruskan dengan Solat Zohor secara berjemaah dan bacaan Surah Luqman di Musolla AMK. aktivit seterusnya adalah ENick iaitu Exclusive Nicknames. Setiap orang diminta mencipta nama panggilan masing-masing yang tidak pernah digunakan di mana-mana sama ada dalam family, kawan-kawan, sepupu, sekolah rendah, tadika, sekolah menengah, dan sebagainya. khas untuk APIDS sahaja. dan setiap nama ditambahkan perkataan Ohana di depannya.

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan Truth or Dare. sesiapa yang dituju oleh handphone tahan lasak yang diputarkan akan diberi soalan cepumas dan diberi pilihan untuk 'tell the Truth' atau 'Dare to take Challenge'. Nampaknya Ohana APIDS semuanya berani-berani belaka untuk confess segala soalan cepumas yang ditanya.

Selepas itu, Ohana APIDS diberi peluang untuk keluar membeli makan kerana semua kelihatan lapar.

Selepas menunaikan Solat Asar secara berjemaah, kami berkumpul di Airport untuk membaca Al-Ma'thurat bersama-sama. selepas bacaan Al-Ma'thurat, aktiviti diteruskan dengan permainan Magic Fist. 
3 Steps to Play : Press, Twist, Pull --> Then You;ll Find The Love :')
Such a sweet game ! :D

Our Love Message in Magic Fist 
Next, game diteruskan dengan Cupcakes Message. setiap orang diberikan sebiji cupcake yang telah ditetapkan pemiliknya dan diminta untuk menyelesaikan mesej yang ingin disampaikan melalui Cupcakes tersebut. Dalam masa kurang 5 minit, mereka telah berjaya menjumpai perkataan 'OHANA APIDS' & Ukhuwwah. saki-baki huruf masih ada, masing-masing cuba meneka sampaikan ada yang mencadangkan perkataan TOBUR. tidak berapa lama kemudian, barulah perkataan sebenar dijumpai --> ROBITUL.
dan hasilnyaa ....
Robitul Ukhuwwah OHANA APIDS 12/13

masing-masing diminta mengambil semula huruf dan membuat bulatan. suapan pertama diberikan kepada kawan di sebelah kanan dan yang kedua untuk kawan di sebelah kiri, kemuadian barulah dihabiskan oleh diri sendiri masing-masing. terdapat juga cekodok dan kuih raya yang dibawakan khas oleh Ohana EmmaWatson.
sedikit pengisian diberikan sebagai pengajaran daripada permainan Cupcakes Message di mana perkataan yang paling susah diselesaikan adalah ROBITUL yang bermaksud IKATAN. benda yang bukan mudah nak dibentuk dan bukan mudah nak dapat. jadi, kami perlulah menjaga ikatan yang ada ini sebaiknya.

Ya Allah, peliharalah ikatan hati kami. :)


dan satu aktiviti di luar jangkaan dan perancangan - JUTA : Jaulah Ukhuwwah Tawaf AMK.
kami mengelilingi AMK melawat kawan-kawan yang tidak dapat join Ohana APIDS kerana ada yang baru pulang dari rumah, dan ada juga yang mungkin ada sebab-sebab tersendiri yang menghalang mereka menyertai kami.
Satu persatu bilik diserang dengan angkatan seramai kira-kira 23 orang yang memenuhi seluruh bilik.

Selepas selesai Solat Maghrib, bacaan As-Sajdah & Solat 'Isya secara berjemaah. kami semua berkumpul di bilik akademik untuk Tayangan Perdana Mega Movie APIDS : Charlie & The Chocolate Factory.

Willy Wonka :)
Walaupun cerita ini telah terlalu lama wujud, kami menayangkannya bukan untuk tujuan suka-suka semata-mata. mungkin semasa kita melihatnya dulu, kita tidak menghayati setiap pengajaran yang ada di dalamnya. maka, kali ini, kami tayangkan semula cerita ini dengan tujuan agar kami dapat menonoton movie bukan dengan nafsu, tetapi menonton dengan akal fikiran yang hidup dan bercambah.

Mega Movie diserikan dengan hidangan popcorn versi jejari ubi, coklat Yoss, dan Burger Abe Bob. :P

Charlie Bucket
Ternyata pelbagai pengajaran yang kami dapati daripda cerita tersebut, antaranya;
Sentiasa berkongsi dalam keadaan susah dan senang,
bersyukur atas apa yang kita miliki,
mendidik anak --> menjaga anak daripada melakukan atau mendengar benda-benda yang tidak elok, tidak memanjakannya dengan harta kekayaan, tidak membiarkan mereka terdedah kepada teknologi secara melampau,
sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan orang lain,
jangan sombong dan bercakap besar,
jangan berlebih-lebihan dalam harta,
jangan mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri,
berfikiran kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru,
mempersiapkan diri dengan kematian,

dan yang PALING PENTING,

MENYAYANGI & MENGHARGAI KELUARGA LEBIH DARIPADA SEGALA-GALANYA termasuklah keinginan sendiri. :')

walaupun miskin, tetap hidup bahagia ^^
dengan berakhirnya tayangan mega movie tersebut, maka berakhirlah program Ohana APIDS.

#harap dapat buat Ohana APIDS 2.0 kalau ade kesempatan ^^

Rehlah APIDS - Seeru Fil Ardh @ Bumi Terengganu

Final Exam untuk subjek Pengajian Islam berakhir dengan jayanya pada 9 Oktober lepas. Hari terakhir peperiksaan, ramai pelajar APIDS yang keluar awal dari dewan mengalahkan pelajar-pelajar Program Khas SST (Sabah, Sarawak & Thailand) yang sering mendahului pada setiap kali peperiksaan. orang pertama keluar selepas 15 minit pertama, rekod hebat, TERBAIK !!

Pada keesokan harinya, 10 Oktober bersamaan hari Rabu, APIDS telah mengadakan rehlah ke Terengganu dengan penyertaan seramai 8 orang ikhwah dan 23 orang akhowat.

Pagi itu kami bersiap seawal jam 8.00 pagi sepertimana yang dijanjikan. masing-masing tersenyum riang, terasa bebas sedikit daripada beban memikirkan peperiksaan walaupun masih ada dua kertas yang perlu dihadapi --> Calculus serta Algebra & Geometri.


Selepas beberapa ketika menunggu, kami dimaklumkan bahawa bas yang akan kami naiki rosak dan memerlukan sedikit masa untuk dibaiki. ada segelintir yang mula merungut, namun diingatkan oleh sahabat-sahabat agar bersabar. itulah fungsi sahabat. saling mengingatkan.

Alhamdulillah, selepas sekian lama menunggu, kami dikejutkan dengan kehadiran sebuah bas persiaran. masing-masing memandang dengan penuh tanda tanya. rupa-rupanya itulaah bas yang akan kami naiki ke Terengganu, bukan seperti perancangan asal. tetapi, di situlah terlihatnya hikmah dan berkat kesabaran, kami mendapat sesuatu yang lebih baik :)

menuju Checkpoint Pertama :)
Checkpoint I : Teratak Che Mohammad Fakhri Aimi bin Che Ludin

kami bertandang ke rumah salah seorang sahabat APIDS yang sudi menjamu kami hidangan makan tengahari. selepas makan, diadakan sedikit pengisian yang disampaikan oleh Pengarah Rehlah mengenai adab bertamu antaranya; memilih waktu yang sesuai, cepat beredar, dan mendoakan kebaikan, keberkatan, keampunan serta rezeki untuk tuan rumah.
Pengisian di Checkpoint pertama ini diakhiri dengan bacaan doa untuk tuan rumah yang diketuai oleh Ketua Exco Kerohanian.


Checkpoint II : Muzium Terengganu

Kami berjalan-jalan di sekitar Muzium sambil melihat peninggalan zaman-zaman terdahulu seperti Zaman Prasejarah dan Sejarah Budaya Melayu - kesenian, pakaian, pembuatan, dan sebagainya. sejam yang diperuntukkan terasa singkat, akan tetapi kami akur dengan kepantasan masa. selesai menerawang di muzium, kami berkumpul di luar untuk pengisian seterusnya daripada Ketua Exco Multimedia @ Skuad Keselamatan Rehlah.



Selepas itu kami menyambung perjalanan untuk menunaikan Solat Jama' Zohor & Asar serta Maghrib & 'Isya' di Masjid Putih.

Checkpoint III : Pulau Warisan @ I-City


Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Warisan yang juga dikenali sebagai I-City. kami berjalan-jalan seketika sebelum meneruskan agenda pengisian seperti biasa. kali ini pengisian disampaikan oleh Mantan Mas'ul Majmu'ah 8. Pengisian yang diberikan diambil daripada Kalam-Nya, Surah Ali 'Imran.



 190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,


 191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.


 192. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, Maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.


 193. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", Maka Kamipun beriman. Ya Tuhan Kami, ampunilah bagi Kami dosa-dosa Kami dan hapuskanlah dari Kami kesalahan-kesalahan Kami, dan wafatkanlah Kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.


. . Ya 194Tuhan Kami, berilah Kami apa yang telah Engkau janjikan kepada Kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau. dan janganlah Engkau hinakan Kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."  



Setelah seharian berjalan, kami pun menuju ke Homestay untuk sesi BBQ. macam-macam menu dihidangkan, daripada bihun goreng tomyam, ayam BBQ, sosej, bebola, filamen ketam sehinggalah keropok lekor. Selepas itu, kami pun melaksanakan bacaan Al-Mulk beramai-ramai di ruang tamu, khidmat diri dan seterusnya bersiap-siap untuk tidur.

Keesokan paginya, kami check-out daripada homestay dan menuju ke checkpoint seterusnya.


Checkpoint IV : Taman Tamadun Islam

Taman Monumen TTI memaparkan 21 buah replika monumen Islam yang hebat dan penuh kesenian sambil mengimbas kembali zaman kegemilangan Islam. kami melawat sekitar Taman Monumen dengan menaiki tren yang disediakan. Antara monumen yang ada di situ ialah Masjid Negara, Malaysia; Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei; Taj Mahal, Agra, India; Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi; Masjid Nabawi, Madinah; Istana Al-Hambra, Granada, Sepanyol; Masjid Kul Syarif, Kazan, Russia; serta Masjid Xian, China. kami juga diberi peluang untuk singgah sebentar di Monumen Interaktif Kubah As-Sakhra untuk menonton sedikit tayangan Mutimedia, melawat sekitar monumen yang menempatkan replika barang-barang bersejarah umat Islam serta menyaksikan replika batu terapung yang terdapat di situ.

antara monumen yang terdapat di Taman Monumen TTI.



Kubah As-Sakhrah

Masjidil Haram

Great Mosque of Agadez
Masjid Kul Sharif
Masjid Xian
Kincir Air TTI
Selepas itu, kami bersiap sedia untuk menaiki River Cruise. Sementara menanti, kami mendengar sedikit pengisian daripada Presiden APIDS. selepas itu, kami diberi taklimat dan seterusnya menikmati River Cruise sambil mendengar penerangan daripada staf TTI. pelbagai pulau yang kami lihat antaranya, Pulau Duyung dan Pulau Mayat. kami juga dapat melihat beberapa buah kampung nelayan di tebing-tebing sungai tersebut. Selain itu, kami juga dikenalkan dengan jenis-jenis kapal yang terdapat di situ.


Masjid Kristal --> pandangan dari dalam River Cruise
Selesai menjelajah TTI, kami bergerak menuju ke Masjid Putih sekali lagi untuk menunaikan Solat Jama' Zohor dan Asar. kemudian, kami diberi peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Pasar Payang.

Kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Pantai.
Kami berkelah di tepi pantai sambil menikmati hidangan bihun goreng yang disediakan oleh keluarga Timbalan Pengarah Rehlah.


Seterusnya, kami singgah di salah sebuah masjid untuk Solat Jama' Maghrib & Isya' pula.

Perjalanan diteruskan hingga tiba semula ke Bumi Nilam Puri. :)

Tamat.

Lebih cerita, klik sini --> Seeru Fil 'Ardh