Monday 26 November 2012

Pengisian 5.0



Tarikh / Hari : 18 Oktober 2012/ Khamis

TASAWWUR (تصوّر)
Oleh : Ustaz Shukeri bin Mohamad



Definisi Tasawwur Islam.

Tasawwur = suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. 

Perkataan ini berasal daripada perkataan Arab:

1. Dari segi bahasa = sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri. 
2. Dari segi istilah = patuh, tunduk, dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Tasawwur ialah gambaran kehidupan bagi setiap insan. Uniknya, hanya umat Islam sahaja yang mempunyai tasawwur yang jelas dan sempurna tentang hidup. Manakala, orang bukan Islam pula tiada gambaran yang jelas tentang istilah ‘hidup’. Hal ini kerana, mereka menafsirkan istilah ini berdasarkan pemikiran sahaja.

Kelebihan mempunyai ilmu Tasawwur:

1. Membuatkan kita berfikir tentang kehidupan dunia & akhirat.
Contoh: Apabila kita melakukan sesuatu keburukan / maksiat kita akan teringat akan balasan Allah di akhirat kelak sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran.



Maksudnya: Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (Surah Al-Kahfi: 53)

2. Mengelakkan manusia daripada tergelincir atau terleka dengan kehidupan dunia. Khususnya golongan remaja, yang keinginannya sentiasa membuak-buak.

3. Ilmu Tasawwur merupakan benteng / penghalang kepada kita untuk melakukan perkara mungkar kerana ia memberi gambaran tentang balasan/akibat daripada perbuatan kita.

Cara menilai tahap tasawwur:-

LANGKAH 1:

 * Ambil sedikit masa untuk berfikir tentang diri anda.
-  Bagaimana tahap tasawwur dalam diri anda?

*  Cuba beri markah pada diri anda


LANGKAH 2 :

*  Perhatikan 7 pancaindera yang Allah berikan kepada anda.
-   Tangan
-   Kaki
-   Mata
-   Telinga
-   Mulut
-    Perut
-   Hati

*  Berikan nilai markah pada 7 anggota ini.

LANGKAH 3:

*  Cuba tanya pada diri anda, “Adakah aku ikhlas dalam memberi markah pada diri aku sebelum ni?”.

# Adakah hasil penilaian anda itu BAIK?  Kalau ya, tahniah diucapkan kepada anda! Semoga Allah memberkati & merahmati hidup anda. Dan jangan lupa untuk terus mendalami ilmu tasawwur!


#Jikalau hasil penilaian yang kita lakukan sebentar tadi TIDAK BERAPA BAIK, maka adakan perancangan atau  planning untuk melakukan perubahan. Jangan mudah menyerah kalah!


# Mungkin ada di antara kita yang TIDAK  DAPAT MEMBERIKAN MARKAH pada diri sendiri sebentar tadi. Tak apa, jangan risau! Masih ada ruang lagi untuk kita memperbaiki kekurangan diri.  Jadi marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan ‘top-up’ ilmu Tasawwur daripada para ilmuwan agar hidup kita lebih teratur dan bermakna.

Kesimpulannya, ilmu tasawwur ini amat penting dalam kehidupan kita kerana ia merupakan ‘Jalan Islam’ yang bakal membawa kita keluar daripada kegelapan dunia. Sekiranya kita sukar untuk melalui ‘jalan’ ini secara berseorangan, maka marilah kita menghayati kehidupan ini dalam suasana berjemaah dan berkelompok. Hal ini kerana


"Pertolongan Allah ke atas JEMAAH" 
- Hadith Bukhari-