Thursday 24 January 2013

AHLAN 2.0


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum ..
Kai fa ha lukum ??

Alhamdulillah masih di beri peluang untuk meng’update blog entri pada kali ini..

Entri ohana APIDS kali ini berkenaan dengan AHLAN 2.0 yang baru sahaja diadakan baru-baru ini pada 12 Januari 2013. Seramai 18 orang kakak2 dan abang2 APIDS yang hadir dalam AHLAN pada kali ini. Di sini ana nak cerita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh senior2 APIDS ’93. Aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:
-Halaqah Futsal (Ikhwah)/ Senyumrobik (Akhowat)
-Kenali Orientasi
- Slot halalan toyyiban
- Slot Pengurusan Organisasi
- Game
- Sharing moments

Senyumrobik

Aktiviti pertama kitaorang yang akhowat nih adalah senyumrobik. Sweetkn nama slot pertama kami ini? Sepanjang senyumrobik nih, memang kami senyum sepanjang aktiviti dengan kakak2 APIDS 93. First, kitaorg bersenyumrobik dengan lagu GENERASIKU sebagai lagu tema. Best sgt. Segala rentak dan pergerakan yang akak2 APIDS reka sangat seronok dan sesuai dengan jiwa kami semua..Hehehe. Release tension kitaorg. Then, kitaorang main music chair. Yang uniknya, music chair ini, kitaorang tak disediakan kerusi, kitaorng disediakan dengan akak2 APIDS yang comel untuk di peluk. Syarat permainan nih mcm biasalah ye, bila music berhenti kene cari tempat kosong untuk di duduk, TAPI music chair kitaorg, bila music stop kitaorg kene cari sorang akak untuk dipeluk dan mesti time kita peluk akak tu belum ada orng yg peluk. Kiranya, seorang akak untuk seorang sahaja. Sweet kan?? Hehe.. Dan dalam game ini ada 4 orang yang bertahan hingga ke akhirnya.


Kenali orientasi.

Dalam slot nih, kitaorang semua didedahkan dengan course yang akan kitaorang akan ambil di PASUM nanti.Kira-kira dalam beberapa bulan sahaja lagi . Huhu.. Jurusan pertama adalah Asasi Sains Hayat yang diterang kan oleh ukhti Syazwani Bohari. Input yang kami dapat dalam pengenalan course ni adalah jenis2 subjek yang akan dipelajari bagi dua semester. Bagi semester pertama Basic Physics 1 and 2, Basic Chemistry 1 and 2, Biology Cell, Reproduction Ecology and Development of Organism, Bahasa Arab dan
Usul Tasyri. Untuk semester 2 pula Basic Chemistry 3 and 4, Basic Physics 3 and 4, Physiology of organisms, Genetic and DNA Technology, Bahasa Arab dan Praktikal Ibadah. Seterusnya, kami didedahkan juga dengan course Asasi Sains Fizikal yang diterangkan oleh akh Syahmi. Dalam penerangan dari akh Syahmi, kami dapat mengetahui tentang peluang-peluang untuk kami meneruskan pelajaran jika memilih course ini pada masa hadapan. Subjek yang bakal di ambil oleh pelajar jika memngambil course ni sama dengan Asasi Sains Hayat Cuma yang membezakan adalah semasa semester 1, pelajar Sains Fizikal tidak akan ambil subjek Biology Cell, Reproduction Ecology and Development of Organism , dorang akan ambil subjek Vector dan Science Computer 1. Untuk semester 2 pulak, dorang tidak akan ambil subjek Physiology of organisms, Genetic and DNA Technology, dorang akan ambil subjek Science Computer 2 dan Engineering Mathematics.

Slot Halalan Toyyiban

Selepas di dedahkan dengan jurusan2 yang akan diambil di PASUM, slot seterusnya halalan toyyiban. Mula2 dengar slot nih, pelbagai andaian yang bermain di fikiran. Ada yang kata “belajar pasal makanan halal , makanan haram kot” ada juga yang kata “makan kot”. Namun akhirnya, aktiviti yang sebenar adalah kami semua ditugaskan untuk menyiapkan dua jenis hidangan dalam masa 1 jam 30 minit untuk makan tengahari. Hidangan tersebut adalah sushi dan rumpai laut. Hehe. Gurau2.. Ayam masak merah dan sayur air. Setelah diberi tugasan kami pun bahagikan setiap orang dengan tugasan yang berbeza supaya ianya sistematik. Ada yang basuh ayam, ada yang kupas bawang, ada yang siang sayur dan ada yang menggoreng ayam. Namun segala perancangan milik Allah, kami semua dapat makan tengahari kira2 3.30 petang. Gagal menepati masa yang telah ditetapkan. Kesian pada senior2 APIDS yang menanti waktu untuk makan tengahari.

MAAFKAN KAMI..(versi P.RAMLEE).Huhu.


Slot Pengurusan Organisasi

Berikutan dengan slot halalan toyyiban tadi, slot pengurusan organisasi ni adalah untuk membuat past-morterm pasal slot halalan toyyiban. Akh Syahmi mengajukan soalan apa yang silap, apay perlu kami perbaiki dalam slot tadi supaya menepati waktu yang telah dijanjikan. Dalam slot nih di “brainwash” oleh senior2. Dush3!..Huhu. Segala nasihat akan kami jadikan tauladan.


Slot Game

Slot game diadakan selepas solat asar. Slot nih sangat best. Kitaorang diarahkan untuk membawa kain pelekat bagi ikhwah dan kain batik bagi akhowat. Pelik kan? Tertanya2 jugak fungsi dan tujuan. Akhirnya tujuannya adalah menutup mulut kami semuar sepanjang game dilaksanakan. Maklumlah, budak APIDS memang petah berkata2..hehe..Inisiatif yang berkesan. Game pertama, setiap dari kami diberikan sekeping kertas kecil dan dalam kertas tu ada perkataan yang kita perlu describe untuk kita jumpa orang lain yang sama perkataan dengan kita. Permainan ini mengajar kita untuk berusaha sedaya mungkin untuk memahamkan orang lain tentang apa yang sedang diperkatakan tanpa mengeluarkan sebarang
suara. Ibrah dari aktiviti ini, kita perlu kreatif dalam menyampaikan dakwah kepada mad’u dan berusaha sedaya mungkin dalam memberi kefahaman kepada masyarakat.

Permainan yang kedua pulak benar atau bohong. Dalam permainan ini setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil yang perlu mengajukan statement untuk diteka sama ada benar atau bohong. Setiap kumpulan perlu memberi jawapan sama ada benar atau bohong. Jika jawapan salah akan di denda membuat gaya yang diarahkan oleh senior APIDS 93. Permainan ini membuka mata semua ohana APIDS 94 yang tanpa sedar tidak mengenali sahabat yang siang malam bersama kita. Walaupun dia sentiasa dengan kita, kita belum mengenali dia sepenuhnya.


Slot sharing moments

Selepas solat maghrib, slot sharing moments dengan akh APIDS 93 bg ikhwah dan ukhti APIDS 93 bg akhowat. Sangat santai dan menyeronokkan. Sebab sambil sharing moments sambil makan. Hehe. Akak2 yang masak. Sedap. Menu pun menarik. Hotdog bakar, ayam bakar, fish ball bakar dan nasi goreng.


Majlis penutup

Dalam majlis penutup, beberapa pensyarah APIUM dijemput antaranya ustaz Nor Hazrul bin Salleh, Ustaz Sufillah dan Teacher Aida. Pengerusi majlis pula Atif Aiman yang pemurah dengan pantun2nya. Sekejap sangat waktu berlalu. Sedar2 dah penutup. Ucapan pertama diberikan oleh Amir Syauqi (Presiden APIDS 94), seterusnya Akh Syahmi (Presiden APIDS 93) dan akhir sekali ucapan dari Ustaz Hazrul sekali dengan perasmian penutupan. Setelah berakhir ucapan dan perasmian penutupan AHLAN 2.0, kami disajikan dengan video2 dari senior APIDS 93 dan juga video dari Exco Multimedia APIDS 94 (Qum YA Fulaan).

Tamatnya tayangan video, berakhir jugalah AHLAN 2.0.


Sejuta penghargaan kami tujukan kepada APIDS 93 yang sudi datang melawat kami yang kejauhan senior,hehe. Serta sudi berkongsi pengalaman2 kepada kami semua. Segala kekasaran dan keterlanjuran kata mahupun tingkah laku mohon dimaafkan..

Sekian...

MUTAQ


MUTAQ ( Mukhayyam taqwiyyah qiyadiyyah)

Bismillahirrahmanirrahim…. Wah,,,dh lme x mnulis sbnrnye nie…hehe..
So, skrg saya (ohana shalyana) akn cerita la sikit about kem yg dianjurkn olh mpp/jtk utk semua pelajr sem 2…so,kami x trkecuali la ye..hehe..
Before kem 2,actually ad la bbrapa konflik yg berlaku tp,Alhamdulillah dpt dslesaikn..huhu…

Hari first 2, ktorang brtolak asing2 dsbbkn ke’busy’an la ktekn….
Majornye bdk2 API yg lain brtolak pkl 2… M7 pun pkl 2 jgk memandgkn xde klas… bdk2 M8 brtolak pkl 7.30 dsbbkn ad kls ptg 2…
Alhamdulillah akhirnye lps isyak semua peserta dh tiba kt kem 2…

Maka bermulalah kehidupan kami di kem tersebut..eh, lpa plak,kitorang menginap di ‘Seri Pantai Resort’(kalau x clap la..hehe)….

Mlm 2, ad sdkit pgnlan tntang kem nie..lagu tema dye, ‘SATU HATI’..
Ustaz Shukri trut bg pengisian kpd kitorang…byk la yg dikongsikn ustaz…
Tentang ciri2 kepimpinan mengikut acuan Rasulullah (s.a.w)…..dh nme pun kem kpimpinan kn….

Ok,,,boleh dikatakan pelbagai aktiviti menarik yg tlg disediakn oleh mpp/jtk kpd kami semua….sblm terlupa,kami mkn makanan yg dimasak olh para fasi…’bersederhana’.. itulah yg diajar kpd kami spnjang berada di sana..

Antara aktiviti-aktiviti yg menarik adalah riadhah,kembara daie,master chef dan byk lagi la…kalau untuk ceritakan semua aktiviti nie mmg x smpat la kn…

Aktiviti yg agak menarik bg kami adlh ‘kembara daie’ krn aktiviti nie byk mengajar kami tentang macam mana kehidupan seorang daie dan bagaimana utk berhadapan dengan ‘mad’u’ yg pelbagai ragam…Alhamdulillah byk yg kami dpt drpd aktivit ini…kami juga diberi kesempatan menunaikan solat asar scr berjemaah di tepi pantai.. Alhamdulillah..
Kami juga didedahkn dgn sakhsiah pelajar di alam kampus olh ‘Pak Uda’…
Selain itu,bekas barisan kepimpinan UM turut memberi sedikit perkongsian kpd kami…

Alhamdulillah, pd hari Sabtu jam 12 tgh hari, Ustaz Nor Hazrul @ pengetua kknp tlh merasmikan mjlis penutup program…

Kami mula bertolak pulang jam 3 dan mengikut giliran kump masing2…

Sayonara ‘Seri Pantai Resort’…

Maka berakhirlah kisah mgenai MUTAQ ini…

Sebenarnya byk lg, tp hanya setakat ini je la yg mampu ditaip…
Kepada semua OHANA, diharap kita semua dpt menghadapi semua dugaan yg diberi dgn hati yg terbuka n semoga Allah merahmati kita dlm apa jua yg kita lakukan.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (سورة البقرة , Al-Baqarah, 214)

Friday 18 January 2013

Minggu Bahasa Arab


17 DISEMBER 2012

Malam ini merupakan malam majlis penutup minggu bahasa arabyg diadakan pd minggu lepas.. sebelum terlupa,,pelbagai aktiviti yg tlh diadakn olh lajnah bahasa Arab sepanjang minggu lepas.. ramai dlm kalangan kami yg menyertai pertandingan yg diadakn… antara pertandingan yg diadakn ialah terjemah teks,regu,srt berantai, nasyid , sketsa dan byk lagi….

Penyertaan dalam kalangan warga OHANA agak memberangsangkan…

Antara kejayaan2 yg disandang oleh OHANA yg comel2 sekalian


JOHAN surat berantai, regu
NAIB JOHAN sketsa, Nasyid m8
KETIGA regu, nasyid m7

Tahniah kepada yg berjaya dan kpd yg tidak berjaya itu, mungkin ada rezeki kalian di lain hari.. teruskan usaha lg dlm apa jua yg dilakukan.. bittaufiq wannajah.. majulah OHANA utk ‘brillaint khairu ummah’ ... sekian, wallahualam.. J

Tuesday 15 January 2013

PENGISIAN BERSAMA USTAZ SHUKERI (II)


Assalamu'alaikum semua~~ :)
Apa khabar iman anda semua? Ok? Baik? Sihat?
*didoakan agar semuanya sihat-sihat belaka* ^_^

Mengambil kata-kata Ustaz Shukeri, kemanisan iman ini sangat abstrak. Untuk mengetahui manisnya sesuatu perkara tu, kita mestilah merasai yang pahitnya dahulu. Kalau tak, macam mana kita nak bezakan yang manis dan yang pahit kan? 

Jadi, Ustaz Shukeri pun telah membawakan contoh benda-benda yang pahit. Antaranya ialah daun, akar kayu dan beberapa contoh lagi yang kebanyakannya bersangkut-paut dengan pokok @ tumbuhan.



Kalau kita rujuk pada ayat Qur'an di atas, pada Surah Ibrahim ayat 24, terdapat perkataan كشجرة طيبة (pohon yang baik) . Akar pokok/pohon kayu yang baik amat dalam & kukuh. Sama juga halnya ketika belajar ilmu tauhid. Kita perlu mendalami ilmu ini untuk mengukuhkan akidah kita.

Jika diperhatikan, akar kayu selalunya sangat kukuh dan tidak kelihatan daripada bahagian atas. Bak kata Ustaz Shukeri, "Itulah asas imam yang sebenar. Kukuh dan tak nampak. Tapi pegangannya amat kuat dan tak mudah tumbang". 

Orang islam yang kuat iman tidak mudah terpedaya / diganggu oleh syaitan dan manusia. Jadi kita kenalah berusaha memantapkan iman kita supaya tidak mudah dijerat oleh mereka.

Gambar di atas berdasarkan Surah Ibrahim ayat 24.

Manakala dalam Surah Ibrahim ayat 26 pula diceritakan keadaan pokok yang buruk yang mudah tercabut akarnya dari muka bumi dan tidak ada tapak yang tetap baginya untuk terus hidup. 

Mahukah anda menjadi seperti pohon yang disebutkan dalam ayat 26? Atau anda lebih memilih untuk menjadi seperti pohon di dalam Surah Ibrahim ayat 24. Pilihan terletak di tangan anda :)

Think wise, act wise and be wise.

Tuesday 8 January 2013

PENGISIAN BERSAMA USTAZ SHUKERI (I)

Assalamualaikum w.b.t.. Kaif hal?
Harap-harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah.. InsyaAllah :)

Pengisian bersama Ustaz Shukeri baru-baru ni menyentuh tentang براهن الإيمان . Apa tu براهن الإيمان ???

براهن الإيمان bermaksud bukti-bukti iman atau dalam erti kata lain, bukti keesaan Allah yang dapat menambahkan keimanan kita kepadaNya. Mudah kan. Untuk pengetahuan semua, penemuan saintifik dapat memberi kekuatan atau mencambahkan iman kepada sesiapa sahaja termasuk yang yang bukan Islam.

Terdapat banyak hadith & ayat Qur'an yang membuka penemuan saians kepada manusia. Contohnya:-

1. Ayat Qur'an : Proses kejadian manusia



 2. Ayat Qur'an:  Nisbah air dan daratan


3. Hadith : Tentang lalat


4. Hadith : Khasiat Zaitun


Selain itu, Ustaz Shukeri turut 'menyajikan' kami dengan sebuah video yang sarat dengan persoalan2 yang menguji minda.

Antaranya:-

* Dimanakah kita sebelum 100 tahun yang lalu?
* Dimanakah kita selepas 100 tahun?
* Kenapa kita datang ke dunia?
* Mengapa kita diciptakan ke dunia?
* Apa yang berlaku pada kita di akhirat kelak?

-Jawapan kepada semua soalan di atas hanya dapat dirungkai menggunakan ادوات العلم (alat menuntut ilmu)

Alat menuntut ilmu terbahagi kepada 3 bahagian seperti yang terdapat dalam Surah An-Nahl ayat 78 :-
# Telinga- Pendengaran (سمع)
# Mata - Penglihatan (بصر)
# Hati (قلب)


Semasa kita dilahirkan ke dunia, kita berada dalam keadaan yang sangat jahil. Tidak tahu apa-apa. Tapi, Allah mengurniakan 3 nikmat diatas supaya kita mensyukuri segala ciptaanNya. Allahu akbar!

Soalan:  Bolehkah kita menggunakan akal untuk mentafsir alam?
Jawapan : Tak salah untuk kita menggunakan akal bagi mendapatkan 'clue' sebab Allah mewujudkan alam-alam sebagai bukti kebesaranNya.

Jadi marilah kita bersama2 mentadabbur alam dalam usaha memantapkan iman kita. Mudah2an kita semua meraih redhaNya. Aamiin~~  ^_^