Thursday 7 February 2013

Minggu Bahasa APIUM Nilam Puri

Assalamu'alaikum.
sunyi sepi blog APIDS sejak kebelakangan ni. maklumlah, masing-2 sedang sibuk dengan persiapan COSMIC yang akan berlangsung pada 8 & 9 Februari 2013 bersamaan 27 & 28 Rabi'ul Awwal 1434H.
eh, sekejap. COSMIC tu esok lah ! patut lah semua orang busy je.

jadi saya sebagai warga Multimedia yang prihatin, mengambil alih tugas bos yang sepatutnya mengupdate blog pada minggu ini kerana beliau sangat sibuk menyiapkan video-2 yang diperlukan untuk COSMIC.

tapi, dalam busy-2 OHANA APIDS 94, masih sempat lagi mereka nak sertai Minggu Bahasa yang berlangsung sepanjang minggu lepas. hebat-2 semuanya sehingga berjaya melepasi saringan dan akhirnya menjejakkan kaki ke peringkat FINAL !

persaingan yang sangat sengit berlaku sewaktu sesi FINAL untuk acara DEBAT & PANTUN. bersemangat para Ohana memberi semangat kepada wakil-wakil yang bertanding.

dan Alhamdulillah, keputusan keseluruhan penyertaan APIDS sepanjang Minggu Bahasa adalah seperti berikut:

Pidato Bahasa Inggeris : JOHAN (diwakili oleh Presiden APIDS - Muhammad Amir Syauqi)
Pantun : JOHAN (diwakili oleh Nur Fatin Nabilah bersama dengan dua orang pelajar SST)
Debat Bahasa Melayu : NAIB JOHAN (diwakili oleh Nurul Nabihah, Siti Nor Aisyah & Nor Aishah)

semoga APIDS terus maju dalam memacu organisasi ini dalam mencapai taraf Brilliant Khairu Ummah ! Aamiin..

1 comment: