Friday, 10 April 2015

Jalinan Masyarakat 1: Bersama PKPIM

Pada 20 Mac 2015 yang lalu, para pelajar Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah mengadakan aktiviti Jalinan Masyarakat yang pertama iaitu Perkampungan Menara Gading dengan kerjasama PKPIM.

Pada jam 11 pagi, kami menyambut kunjungan dari peserta Perkampungan Menara Gading di Akademi Pengajian Islam dan membawa mereka ke Cube (Balai Ilmu) untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis dan Timbalan Pengarah Ijazah Dasar, Prof Madya Dr Ruzman bin Md Nor. Kemudian, acara diteruskan dengan penerangan dan sesi soal jawab mengenai program Pengajian Islam dan Sains/Tekmologi Maklumat yang disampaikan oleh Dr Wan Adli bin Wan Ramli selaku pemangku penyelaras program kami.

Ucapan Timbalan Pengarah Ijazah Dasar
Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi perkongsian mengenai pengalaman dari pelajar program kami, bertujuan untuk memberi gambaran dan mengeratkan lagi hubungan interaksi dua hala antara pelajar program dan peserta.

Seusai perkongsian dan sembang santai, pelajar dan peserta dijemput untuk makan tengahari dan menunaikan solat Zohor. memandangkan program diadakan pada hari Jumaat, maka warga muslimin menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam, manakala warga muslimat menunaikan solat Zohor secara berjemaah di BS26.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti Jalinan Masyarakat kami:

Ketibaan peserta

Penerangan oleh Dr Wan Adli
Aktiviti Perkongsian
Pelajar Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat bergambar bersama peserta Program Perkampungan Menara Gading


Friday, 3 April 2015

2015: A New Chapter

Subhanallaah.. mana vacuum cleaner? gi amek penyapu tu.. berhabuk sangat dah blog ni.. almaklumlah.. kami sekarang ni dah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, memasing bajet-bajet busy la kan? Hahaa,

Kami semua dah berpecah mengikut pengkhususan masing-masing, tapi berpisah kelas je lah, hati InshaAllah masih bersatu <3 p="">
Ecehh.

Seramai empat orang (lelaki kesemuanya) menyambung pengajian dalam pengkhususan Teknologi Maklumat, dan seramai 30 orang dalam bidang Sains, iaitu seramai 9 orang mengambil pengkhususan Fizik, 8 orang Biokesihatan, 6 orang Bioteknologi, 4 orang Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) dan 3 orang Genetik & Biologi Molekul.

Seramai 4 orang lagi menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, iaitu 3 orang dalam bidang Siyasah Syar'iyyah dan seorang lagi dalam bidang Akidah & Pemikiran Islam.

Wahh.. hebat-hebat semuanya! Tahniah, tahniah! :D

So, mulai 2015 ni. kami dah masuk semester dua, bagi sesi pengajian 2014/2015.

Ade la kene buat laporan untuk subjek Jalinan Masyarakat sikit.. kami tak bercadang nak buat blog baru untuk laporan ni.. jadi.. kami sambung je lah di blog sedia ada ni ye :)

Nantikan susulan kisah Road Tour ASIS kami sempena subjek Jalinan Masyarakat!

Jap ye.. nak sambung bersihkan habuk kat blog ni.. :P