Thursday, 14 March 2013

YAATIM (Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan)

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, setelah tamatnya program mega APIDS pada 8 dan 9 Februari 2013, pada tanggal 11 Feb 2013 OHANA 7 telah dijemput oleh organisasi PTD untuk bekerjasama dengan mereka menjadi sukarelawan dalam program CSR(Community Social Responsibilities) di Rumah Anak Yatim Pengkalan Chepa, Kelantan.
OHANA  7 dengan diiringi Ustaz Sufillah, trip pertama mula bertolak ke rumah anak yatim pada jam 8 pagi dan tiba pada jam 8.30 pg dan trip kedua pada 8.30 pg dan tiba pada jam 9 pagi. Perasaan kami saat tiba di rumah anak yatim tersebut sangat teruja dan tidak sabar rasanya ingin bermesra dengan anak-anak yatim tersebut. 
Program sukarelawan ini dimulakan dengan ucapan pengetua rumah anak yatim iaitu Encik Mohd Faisal. Dalam ucapannya, perkara yang terngiang-ngiang di minda kami semua ialah “di dalam Al-Quran Allah menyebut tentang anak yatim sebanyak 23 kali”. Betapa Allah menyayangi anak yatim dan seperti kita semua tahu,  Rasulullah saw juga merupakan seorang yang yatim sejak dari kecil hinggakan meminta kepada Allah agar tatkala dibangkitkan di akhirat kelak, baginda meminta agar di panggil “Muhammad yang yatim dan miskin”. SubhanAllah. Sungguh rendah dirinya nabi kita. Sekadar selingan. ;)
Selesai ucapan, OHANA 7 telah diberi tugasan untuk memberi modul “Tahsin Wudhu’ dan Solat” kepada anak-anak yatim tersebut. Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan . Bagi Putera mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan satu fasilitator dari kerabat OHANA 7 juga manakala bagi adik-adik Putri dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diuruskan oleh 2 fasilitator. Sejurus selepas pembahagian kumpulan, fasilitator OHANA 7 yang comel pun menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Segala aktiviti dan pengisian semuanya terserah kepada kami OHANA 7 yang agak blur disebabkan tidak debriefing sebelum pengisian. Tapi Alhamdulillah segalany dipermudahkan olehNYA. Sesuatu yang baik pasti akan berjalan dengan baik dengan izinNYA.
Usai modul tahsin wudhu’ dan solat, kami teruskan dengan sukaneka rakyat yang di kelolakan oleh abang-abang dan kakak-kakak PTD dari pelbagai kementerian. Kami Ohana 7 sekadar membantu mereka bagi mengawal keadaan. Maklumlah, budak-budak bila dah dapat bermain, segalanya indah.:) Macam kami semua juga pada zaman kanak-kanak. Bak kata Prof. J “pop yeh yeh” ataupun “nostalgia”.

Sukaneka yang diadakan antaranya ialah musical chair, bawa ping pong dalam sudu, straw terpanjang, gula dalam tepung dan gegelung bergerak. Pelbagai aksi-aksi yang menarik dan ibrah yg boleh di jadikan iktibar. Kata abang al-Arif tujuan sukaneka ini adalah untuk memupuk ukhwah antara mereka dan bagaimana mereka mengatur strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah.
Sejurus selepas itu, majlis penutupan di langsungkan. Yang paling menarik, gimik dilakukan kepada anak-anak yatim tersebut dengan mengumumkan nama-nama adik-adik yang’ kononnya’ melanggar tatacara disiplin program. Rupa-rupanya nama-nama yang diumumkan seramai 11 orang itu adalah insan-insan yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Februari. Dua biji kek di sediakan untuk mereka.Tersentap hati ini tatkala terdengar suara seakan merayu , “Akak, nak jugak makan kek, nak jugak…”. Bagaikan satu tamparan. Bersyukurlah wahai sahabat-sahabat. Apa yang kita punya hari ini hargailah. Jangan pernah meminta-minta hingga hilang rasa syukur. Sedangkan ada lagi insan yang tidak bernasib baik yang diuji oleh Allah. Terserlah kegembiran adik-adik di rumah anak yatim tersebut. Seronok mendapat pelbagai saguhati dan hamper dari pihak penganjur. Tamat majlis penyampaian hadiah maka berakhirlah program kami.

Hati ini terasa berat malah kaki ini berat untuk melangkah meninggalkan adik-adik di rumah anak yatim Pengkalan Chepa. Sebak hati ini. Walaupun sebentar bersama mereka, iktan yang terjalin seakan sudah lama bertaut. Tatkala melihat  sepasang mata yang sangat jernih, pandangan matanya sangat memberi makna dan mengharapkan sesuatu daripada kami. Saat berkongsi cerita, terserlah senyuman di setiap bibir-bibir anak-anak yatim tersebut. Kami terasa akan kasih sayang mereka walaupun sebentar. Mereka sangat memerlukan perhatian dan bimbingan. Syukur kepada ilahi kerana memberikan kami peluang untuk meluangkan masa cuti kami dengan anak-anak yatim yang sangat KAU kasihi. Terima kasih ya Allah.

-------------------------------------------------------------------------
Slot Pembahagian Kumpulan



Slot Sukaneka Rakyat


Wednesday, 13 March 2013

Trip to Melawi

Assalamualaikum kepada Ohana sekalian....
Selamat hari hari dan selamat study...Disebabkan kesibukan yang memanjang dengan preparation untuk MUET + FINAL ,So terbengkalai lah seketika entry yang ini...


OK,setelah sekian lama ditugaskan untuk buat entry ni,saya mengambil keputusan untuk berkongsi sedikit tentang trip Majmuah 8 ke Melawi bersama Madam Norma...


Alhamdulillah,segala Plan dan Objektif yang dirangka dapat dicapai dengan jayanya di bawah pimpinan penasihat program [Che Muhamad Fakhri Aimi Bin Che Ludin] dan penolong penasihat [Siti Maisarah Binti Tarmizi]. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi oleh kami,dengan kesungguhan,pengorbanan dan kerjasama dari Ohana 8 sekalian serta Pertolongan daripadaNya segala dugaan dan kesulitan dapat dihadapi dengan tabah...*cayalah korang...*

Ehem...
Perjalanan kami bermula selepas Zohor dan kami telah singgah beraya ke rumah Mr. Lim (raya china) bersama beberapa akhowat Ohana 7 dan President Apids sebelum pergi ke rumah Madam Norma di Melawi.Setelah selesai solat Asar di rumah Madam,Ohana 8 bersama 5 ش (anak madam)bergerak ke pantai.Ada beberapa game kat pantai tu,bina istana pasir,passing getah gne straw dan main baling belon...meme sronok main petang tu sebab ada anak madam skali yang memang aktif dari AKTIF...*gurau jak*


Usai solat isyak,sedikit tahlil kecil-kecilan sesame ohana untuk arwah ayah madam.Settle je tahlil,ikhwah meneruskan misi untuk BBQ dan tukar2 syif dengan akhowat + sharing moment.Kenyang sangat malam tu...Erkkk...Alhamdulillah...


Then,Esok paginya,tibalah saat yang ditunggu-tunggu.......


SUNRISE!


Fuhhhhh...SubhanAllah...Betape indahnya ciptaanNya...*speechlesssss*


Dah puas tengok sunrise,apa lagi???
Em....slot speaking bersama Madam.Pada rancangan awalnya kelas bersama Madam akan diadakan selama 3 jam,tapi,disebakan ke-excited-an Ohana apabila nampak air depan mata menyebabkan kelas dipendekkan.Tak sampai sejam pon rasenye kelas tu!Habis je speaking dengan group masing2,kami sarapan....and then????????

ENJOY!!!!    


Belum puas main air....kene balik????Kami bertolak pulang usai solat Asar walaupun berat hati meninggalkan rumah Madam,tapi,tayar kereta tetap bergolek menuju ke UM...


Fuhhh...
Penat tu memanglah penat,tapi apa yang kami dapat dari trip ni menyebabkan penat tu tak dirasai.Alhamdulillah,dengan adanya program macam ni dirasakan seperti terjalinnya ukhuwah yang lebih kukuh antara Ohana 8.Walaupun sebelum ni mungkin ada salah faham ataupun masalah diantara satu sama lain,program ni adalah salah satu cara untuk memperbaiki dan mengeratkan lagi ukhwah kami.
Tak lupa juga kepada Madam Norma dan family. Thanx to Madam Norma and family for spend a lot of their time with us.We have such a wonderfull memory there.*jangan lupa kek pisang Madam!*


Kepada sahabat sekalian....


"When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.”




“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.” 

Last but not least...
I Wish that this sweet memory will keep in our mine for our ukhwah till Jannah...
That's all for this entry...


By the way Saranghaeyo Ohana Apids...
Good luck for MUET + FINAL EXAM.....
MAY ALLAH BLEESS US 

COSMIC

COLLOQUIUM OF STARGAZING & MAGNIFICENT CELESTIAL
(SEMINAR ASTRONOMI & KEHEBATAN CAKERAWALA)

7 FEBRUARI 2013

kami berkumpul di Dewan Johor untuk membuat persiapan bagi COSMIC yang akan bermula beberapa jam lagi. sedikit taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas diberikan oleh Timbalan Pengarah COSMIC, Aisyah binti Shamsuddin. masing-masing bergerak mengikut tugas masing-masing, menguruskan persiapan tempat untuk forum, setting open lab & testing eksperimen, menyediakan pameran, persiapan liga dan yang sewaktu dengannya.

8 FEBRUARI 2013

sedikit kekelam-kabutan berlaku pada pagi itu memandangkan ramai yang sampai lewat ke dewan memandangkan masing-masing menjadi kelawar, burung hantu dan zombie pada malam sebelumnya. tetapi, segalanya dapat diatasi dengan baik. Forum dimulakan dengan menyaksikan Timbalan Presiden, Nurul Nabihah selaku pengerusi majlis, Presiden, Muhammad Amir Syauqi bin Mad Sukri sebagai moderator serta dua ahli panel forum iaitu PM Dr Jusoh Yacob dari UiTM Machang (merangkap Pensyarah Algebra & Calculus APIDS) dan Dr Ahmad Najib bin Abdullah dari APIUM Nilam Puri sendiri.


Forum yang disampaikan bertajuk "Konsep Sains Menurut Islam Keseluruhannya" di mana ia banyak berkisarkan mengenai Sistem Cakerawala, Ilmu Falak & alatan-alatannya, serta pandangan ulama' mengenai perkaitan antara Sains dengan Islam.


Pada masa yang sama, gerai-gerai jualan COSMIC sudah mula beroperasi. berbagai barang yang dijual antaranya pakaian seperti baju muslimah dan jubah serta makanan dan minuman yang pelbagai seperti Char Kuey Teow, Laksa, Nugget, Makaroni, Murtabak Maggi, Float, Dadih dan bla3. sebagainya.


Tidak ketinggalan juga, aktiviti Open Lab dan pameran yang diadakan di sudut belakang dewan. Pelbagai eksperimen sains yang mudah didemonstrasikan oleh pengendali Open Lab yang terdiri daripada ahli-ahli KerTaS. Berikut antara aktiviti Open Lab yang diadakan.


Pada sebelah petang pula, selepas selesai Solat Jumaat, akhowat telah memulakan Liga Super COSMIC melalui acara Kembara Halangan yang meliputi seluruh kawasan APIUM sehinggalah ke kawasan luar APIUM. Para ikhwah pula memulakan Liga Super COSMIC (Futsal) selepas Solat Asar.

Pada awalnya, hanya tiga kumpulan sahaja yang mendaftar untuk perlawanan futsal iaitu kumpulan APIDS, Suka Hati (API) dan Habibat (SST). Tetapi, Alhamdulillah futsal mendapat sambutan yang hangat apabila mendapat tiga penyertaan dari luar saat hampirnya waktu pendaftaran ditutup. Satu kumpulan daripada pelajar KIAS iaitu kumpulan Pasti dan dua kumpulan lagi daripada penduduk sekitar Nilam Puri iaitu kumpulan Sri Mulong dan Sri Pelangi.

Perlawan dimulai dengan kumpulan Suka Hati bertemu Habibat. Habibat telah menunjukkan taringnya apabila berjaya menumpaskan kumpulan Suka Hati dgn keputusan  10-1.

Habibat vs Suka Hati 10-1
Sri Mulong vs Sri Pelangi 2-6
Pasti vs Habibat 2-3
Sri Pelangi vs APIDS 10-0
Suka Hati vs Pasti 2-2
Sri Mulong vs APIDS 2-3

APIDS berjaya ke peringkat semi final dan bertemu dgn Habibat. Perlawanan APIDS dengan HABIBAT menjadi hangat kerana ramai penonton bersorak untuk APIDS. Nasib tidak menyebelahi APIDS apabila berjaya dikalahkan oleh HABIBAT dengan keputusan perlawanan 0-10.

Peringkat akhir menyaksikan perlawanan antara Pasti dengan HABIBAT. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang cukup sengit. Kedua-duanya tak nak mengaku kalah, menunjukkan belang dan taring masing-masing. Perlawanan berakhir dgn keputusan seri . Penalti diadakan bagi menentukan siapakah juara bagi perlawan futsal ini. Masing-masing gelisah, dan mata tertumpu ke arah bola, melihat sama ada bola itu dapat membusi gol pihak lawan. Akhirnya, rezeki kejuaraan jatuh pada pasukan PASTI daripada KIAS. Tahniah diucapkan kepada pasukan PASTI. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Liga Super Cosmic ini.


Seterusnya, kami mengadakan Solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasiin di Dewan Johor. selepas itu, diadakan "BBQ: Knowledge of Science Mentioned in Koran" [Bedah-Bedah Qur'an - Surah Yaasiin] yang disampaikan oleh Ketua Exco Kerohanian, Tarbiyyah & Spiritual (KerTaS), Muhammad Ridzuan bin Dolah. beliau mengupas beberapa ayat daripada Surah Yaasiin yang membicarakan mengenai Sains.

Antaranya ialah ayat 38-40 yang berkisar mengenai matahari dan bulan yg bergerak mengikut orbit masing-masing. sebelum ayat tuu disebutkan juga tentang penciptaan semua benda secara berpasangan termasuk pokok-pokok, bende-benda tak hidup dan sifat.

Kemudian, kami menunaikan Solat Isya' berjemaah.
Program diteruskan dengan "Slot Ilmuan Islam" yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah APIUM: PM Dr Muhiden bin Abdul Rahman.

Dr Muhideen mengisahkan tentang bagaimana para tokoh-tokoh ilmuan islam boleh menjadi seorang TOKOH, ini berikutan keIKHLASan mereka dalam menuntut ilmu serta ilmu yang BERKAT. banyak lagi yang dikupas oleh Dr Muhideen mengenai ilmu.


9 FEBRUARI 2013

Pendaftaran bermula kira-kira jam 8.00 pagi. Peserta yang hadir adalah dari berbagai tempat antaranya dari APIUM sendiri, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), IPG dan beberapa sekolah serta institusi lain. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang seminar dijalankan.







Majlis Penutup COSMIC diadakan pada jam 5.30 petang dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Akademi Pengajian Islam UMKL iaitu Prof Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah APIUM, Prof Madya Dr Mohd Muhideen bin Abdul Rahman, para pensyarah, MPP/JTK, serta para peserta seminar.

Dengan berakhirnya majlis penutup tersebut, maka berakhirlah program COSMIC ini. Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa masalah, Allah telah membantu memudahkan dan menyelesaikan segalanya. :)