Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,dengan limpah dan rahmat kurniaNya,akhirnya selesai sudah program kami bersama adik2 APIDS95 yang disayangi...
5 Julai 2013
Kami mula bertolak dr KK12 pada jam 6.30 petang menuju ke stesen universiti. Selepas itu,kami menaiki lrt menuju ke PWTC dan menunaikan solat maghrib dan isyak. Pihak ikhwah menaiki bas pd jam 9.30 manakala akhawat pd jam 10 mlm.
6 Julai 2013
Alhamdulillah,akhawat tiba dengan selamatnya di bumi UM Nilam Puri pd jam 5.30 pg,ikhwah tiba pd jam 6.30 pg.Setelah berehat beberapa ketika dan selesai menunaikan solat subuh,kami mula besiap-siap untuk aktiviti sepanjang hari... :)
Aktiviti2 kami sepanjang hari itu adalah :
- Riadhah
- Pengenalan organisasi APIDS & ASIS
- Penerangan gerak kerja exco2
- Game organisasi
- Sharing moment
Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan adik2 APIDS 95 telah memberikan kerjasama yang sangat baik serta memberangsangkan....
Majlis penutup program diadakan setelah selesai sesi sharing moment...
Ustaz Akhbar selaku mentor majmuah 7 telah menyampaikan sedikit ucapan dan amanat yang sangat berharga buat kami semua...
7 Julai 2013
Kami mula bersiap-siap untuk kembali semula ke UMKL dengan menaiki bas pada jam 10 pg..
Sebelum kami menaiki bas,kami sempat bertemu dengan pensyarah sbjek Calculus kami di NP dhulu,Prof Wan...tidak ketinggalan juga,kami sempat bersua dengan Dr Nasir,pnsyarah bg sbjek asas k0mp & multimedia dan juga TP, Dr Muhiden yang sangat sporting dan baik hati...
Alhamdulillah setelah lebih kurang 7-8 jam,kami selamat tiba di UMKL....
Semoga kedatangan kami ke sana bersama adik2 dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama Islam dan terus berjuang di jalanNya,,in shaa Allah...
Tuesday, 9 July 2013
Saturday, 15 June 2013
PASUM :)
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum kepada semua...semoga sentiasa dalam redha dan rahmatNya... :)
Alhamdulillah,setelah lama blog ini 'agak' bersawang (kerana kami bercuti yer,,hehe,,, (jgn mrh ye bos..hihi),in shaa Allah akan cuba diaktifkan lagi selepas ini..
26 Mei 2013... Bermulalah perjalanan kami semua di tempat baru yang agak jauh dari yang sebelum ini..
Alhamdulillah,semua Ohana APIDS telah selamat mendaftar di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah @ KK12 Universiti Malaya Kuala Lumpur...
Warga Ohana ditempatkan bersama-sama di dalam setiap bilik..Memandangkan warga Ohana seramai 38 orang,maka 15 bilik untuk akhawat dan 4 bilik untuk ikhwah disediakan istimewa buat semua Ohana..(special x?hihi :) Ikhwah ditempatkan di floor 4, manakala akhawat floor 9,semestinya yang paling tinggi dan best di KK12 la kan...segala pemandangan dan keindahan alamNya boleh dilihat..alhamdulillah.. :)
Maka,bermulalah kehidupan kami sebagai pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) @ Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad....
Sepanjang minggu pertama,yakni Minggu Haluan Siswa (MHS),kami tidak terlibat sepenuhnya bersama aktiviti2 pelajar PASUM yg lain kerana kami bersama senior2 APIDS93&ASIS/SGPI yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua berkaitan kehidupan di PASUM dan akademik.. Syukran jazilan kepada senior2 yang sentiasa membantu dan beri tunjuk ajar kepada kami..arigato :)
Akhirnya bermulalah kuliah kami pada minggu pertama dan kedua,hanya kuliah subjek sains sahaja kerana bahasa Arab,usul tasyri',tutorial dan paktikal bermula pada minggu ke-3...Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan(hayat n fizikal) di mana pelajar APIDS fizikal hanyalah 10 orang....huhu
Kami semua mengikuti kuliah bersama pelajar PASUM kump fizikal 2..
Alhamdulillah sepanjang 2 minggu itu kami berjaya tempuhi walaupun jadual agak padat (tp x sepadat jadual baru...hihi)
Last but not least,sepanjang 2 minggu kami berada di sini,pelbagai aktiviti telah kami hadiri dan sertai,antaranya iftor jam'ie,slot motivasi,usrah Wonderpet dan banyak lagi di mana kebanyakannya diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang memakan masa lebih kurang 10-15 minit perjalanan brjalan kaki dari KK12..hihi..exercise tuh...
Akhir kalam,setakat ini saja dulu khidupan kami di sini...semoga kami semua dapat menempuhi segalanya dengan mudah,diberi kemudahan olehNya dan sentiasa dalam rahmatNya... Teruskan berjuang wahai Ohana APIDS sekalian dan jangan sesekali lupakan untuk terus sebarkan dan tegakkan Islam walau di mana jua kita berada... Rise for Ummah,BRILLIANT KHAIRU UMMAH, IN SHAA ALLAH,AAMIIN.. :)
sekian dari kami APIDS94 :) assalamualaikum

Thursday, 14 March 2013
YAATIM (Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan)
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, setelah tamatnya program mega APIDS pada 8
dan 9 Februari 2013, pada tanggal 11 Feb 2013 OHANA 7 telah dijemput oleh
organisasi PTD untuk bekerjasama dengan mereka menjadi sukarelawan dalam program
CSR(Community Social Responsibilities) di Rumah Anak Yatim Pengkalan Chepa, Kelantan.
OHANA 7 dengan
diiringi Ustaz Sufillah, trip pertama mula bertolak ke rumah anak yatim pada
jam 8 pagi dan tiba pada jam 8.30 pg dan trip kedua pada 8.30 pg dan tiba pada
jam 9 pagi. Perasaan kami saat tiba di rumah anak yatim tersebut sangat teruja
dan tidak sabar rasanya ingin bermesra dengan anak-anak yatim tersebut.
Program sukarelawan ini dimulakan dengan ucapan pengetua
rumah anak yatim iaitu Encik Mohd Faisal. Dalam ucapannya, perkara yang
terngiang-ngiang di minda kami semua ialah “di dalam Al-Quran Allah menyebut
tentang anak yatim sebanyak 23 kali”. Betapa Allah menyayangi anak yatim dan
seperti kita semua tahu, Rasulullah saw
juga merupakan seorang yang yatim sejak dari kecil hinggakan meminta kepada
Allah agar tatkala dibangkitkan di akhirat kelak, baginda meminta agar di
panggil “Muhammad yang yatim dan miskin”. SubhanAllah. Sungguh rendah dirinya
nabi kita. Sekadar selingan. ;)
Selesai ucapan, OHANA 7 telah diberi tugasan untuk memberi
modul “Tahsin Wudhu’ dan Solat” kepada anak-anak yatim tersebut. Mereka di
bahagikan kepada beberapa kumpulan . Bagi Putera mereka dibahagikan kepada 4
kumpulan dan setiap kumpulan satu fasilitator dari kerabat OHANA 7 juga
manakala bagi adik-adik Putri dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan
diuruskan oleh 2 fasilitator. Sejurus selepas pembahagian kumpulan, fasilitator
OHANA 7 yang comel pun menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.
Segala aktiviti dan pengisian semuanya terserah kepada kami OHANA 7 yang agak
blur disebabkan tidak debriefing sebelum pengisian. Tapi Alhamdulillah segalany
dipermudahkan olehNYA. Sesuatu yang baik pasti akan berjalan dengan baik dengan
izinNYA.
Usai modul tahsin wudhu’ dan solat, kami teruskan dengan
sukaneka rakyat yang di kelolakan oleh abang-abang dan kakak-kakak PTD dari
pelbagai kementerian. Kami Ohana 7 sekadar membantu mereka bagi mengawal
keadaan. Maklumlah, budak-budak bila dah dapat bermain, segalanya indah.:)
Macam kami semua juga pada zaman kanak-kanak. Bak kata Prof. J “pop yeh yeh”
ataupun “nostalgia”.
Sukaneka yang diadakan antaranya ialah musical chair, bawa
ping pong dalam sudu, straw terpanjang, gula dalam tepung dan gegelung
bergerak. Pelbagai aksi-aksi yang menarik dan ibrah yg boleh di jadikan
iktibar. Kata abang al-Arif tujuan sukaneka ini adalah untuk memupuk ukhwah
antara mereka dan bagaimana mereka mengatur strategi-strategi dalam
menyelesaikan masalah.
Sejurus selepas itu, majlis penutupan di langsungkan.
Yang paling menarik, gimik dilakukan kepada anak-anak yatim tersebut dengan
mengumumkan nama-nama adik-adik yang’ kononnya’ melanggar tatacara disiplin
program. Rupa-rupanya nama-nama yang diumumkan seramai 11 orang itu adalah
insan-insan yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Februari. Dua biji kek di
sediakan untuk mereka.Tersentap hati ini tatkala terdengar suara seakan merayu
, “Akak, nak jugak makan kek, nak jugak…”. Bagaikan satu tamparan. Bersyukurlah
wahai sahabat-sahabat. Apa yang kita punya hari ini hargailah. Jangan pernah
meminta-minta hingga hilang rasa syukur. Sedangkan ada lagi insan yang tidak
bernasib baik yang diuji oleh Allah. Terserlah kegembiran adik-adik di rumah
anak yatim tersebut. Seronok mendapat pelbagai saguhati dan hamper dari pihak
penganjur. Tamat majlis penyampaian hadiah maka berakhirlah program kami.
Hati ini terasa berat malah kaki ini berat untuk melangkah
meninggalkan adik-adik di rumah anak yatim Pengkalan Chepa. Sebak hati ini.
Walaupun sebentar bersama mereka, iktan yang terjalin seakan sudah lama
bertaut. Tatkala melihat sepasang mata
yang sangat jernih, pandangan matanya sangat memberi makna dan mengharapkan
sesuatu daripada kami. Saat berkongsi cerita, terserlah senyuman di setiap
bibir-bibir anak-anak yatim tersebut. Kami terasa akan kasih sayang mereka
walaupun sebentar. Mereka sangat memerlukan perhatian dan bimbingan. Syukur
kepada ilahi kerana memberikan kami peluang untuk meluangkan masa cuti kami
dengan anak-anak yatim yang sangat KAU kasihi. Terima kasih ya Allah.
-------------------------------------------------------------------------
Slot Pembahagian Kumpulan
Slot Sukaneka Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)