Wednesday, 3 June 2015

Jalinan Masyarakat 3: Xplorasi Ibadah di Masjid Al-Islahiah, Kuang

Pada 31 Mei 2015 yang lalu, para pelajar Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah mengadakan aktiviti Jalinan Masyarakat yang ketiga iaitu Eksplorasi Ibadah dengan kerjasama Masjid Al-Islahiah bertempat di Kuang, Selangor.


Program Eksplorasi Ibadah ini dibuka untuk peserta berumur 11-17. Tujuan Eksplorasi Ibadah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta dalam memastikan ibadah yang berkaitan dengan solat, puasa, kesucian (thaharah) dan pengurusan jenazah dapat difahami dengan baik.

Dua minggu sebelum program berlangsung, kami telah membuka pendaftaran kepada pada peserta secara atas talian melalui Google forms bagi memudahkan masyarakat di sekitar Masjid Al-Islahiah untuk mendaftar awal. Kami juga menyiapkan poster program untuk mempromosikan program ini. Seramai 30 orang peserta telah mendaftar melalui pendaftaran online.

Pada jam 7.00 pagi 31 Mei 2015, kami bergerak menuju ke Masjid Al-Islahiah, Kuang dengan menaiki tujuh buah kereta. Tepat jam 7.50 pagi, kami tiba di Masjid dan mula membuka pendaftaran peserta seawal 8.00 pagi. Kami menyediakan pendaftaran baru bagi peserta yang tidak berkesempatan untuk mendaftar awal melalui borang online. Penyertaan peserta di luar jangkaan kerana pada awal pendaftaran online dibuka, hanya sekitar 30 orang peserta telah mendaftar. Namun begitu, jumlah peserta yang mendaftar pada hari kejadian setelah kaunter pendaftaran dibuka mencecah seramai 58 orang.

Aktiviti dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis dan Nazir Masjid Al-Islahiah, iaitu Haji Supandi Samin, Kemudian, acara diteruskan dengan membahagikan kumpulan peserta dan sesi taaruf ringkas yang dilakukan dengan bantuan fasilitator.

Seterusnya, program Eksplorasi Ibadah pun bermula. Aktiviti ini adalah merupakan pertandingan eksplorasi. Sebanyak tujuh checkpoint disediakan merangkumi ibadah solat, puasa, tajhiz jenazah, dan bersuci untuk menguji kefahaman peserta terhadap ibadah-ibadah tersebut. Para peserta juga diberikan modul mengenai ibadah terbabit supaya modul tersebut menjadi panduan kepada para peserta untuk memahami dan melaksanakan amal ibadah dengan sempurna.

Permainan Dam Ular di checkpoint PUASA
Perbincangan mengenai modul oleh fasilitator
Aktiviti di checkpoint WUDHU'
Aktiviti Puzzle di Checkpoint SOLAT BERJEMAAH
Penerangan oleh fasilitator
Praktikal solat jemaah
Checkpoint PENGURUSAN JENAZAH: Mandi
Checkpoint PENGURUSAN JENAZAH: Kafan & Solat
Menyusun bacaan Doa Qunut di checkpoint BACAAN SOLAT
Menyusun bacaan Doa Qunut di checkpoint BACAAN SOLAT


Penerangan fasilitator di checkpoint SOLAT
Di setiap checkpoint, peserta akan diuji dengan kefahaman sedia ada berupa aktiviti menjawab soalan/kuiz/permainan mengenai solat, praktikal ibadah dan sebagainya. Seusai melakukan aktiviti tersebut, para fasilitator yang menjaga checkpoint tersebut akan memberi penerangan yang jelas tentang ibadah tersebut dan membuat penilaian terhadap prestasi peserta semasa di checkpoint tersebut.. Bermacam-macacm aktiviti menarik disediakan di setiap checkpoint. Ada yang diajar cara rukuk yang betul, cara memandikan jenazah, cara bersuci dengan betul, dan banyak lagi. Setiap checkpoint diberi masa 20 minit untuk aktiviti dan pengisian ringkas oleh fasilitator.

Tepat jam 11.45 pagi, majlis penutup bermula. Haji Supandi Samin selaku Nazir Masjid Al-Islahiah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian kami mengimarahkan aktiviti masjid dengan melaksanakan eksplorasi ibadah ini. Katanya, aktiviti sebegini sangat bermanfaat untuk masyarakat di sekitar khususnya kanak-kanak dan remaja supaya dapat mengenal, memahami dan mengamalkan ibadah dengan baik dan sempurna rukunnya. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan kepada para peserta. Seterusnya majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pihak kami kepada pihak masjid kerana sudi memberi peluang untuk kami melaksanakan aktiviti eksplorasi ibadah di masjid tersebut.

Pemberian cenderahati kepada pihak Masjid Al-Islahiah, Kuang
Peserta & Fasilitator Eksplorasi Ibadah: Lelaki
Peserta & Fasilitator Eksplorasi Ibadah: Perempuan

Seusai program tamat, semua pelajar dan fasilitator dihidangkan dengan makan tengahari yang disediakan oleh pihak masjid. Selepas waktu zohor, kami berkumpul di perkarangan masjid untuk melakukan post-moterm bagi aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Tepat jam 3.45 petang, program selesai dan kami pulang ke kampus bersama-sama.

---


Berdasarkan aktiviti Eksplorasi Ibadah yang dijalankan di Masjid Islahiyah, Kuang ini, apa yang kami dapat adalah cara berinteraksi dengan masyarakat. Masyarakat sekarang sangat dahagakan pengisian atau aktiviti yang berunsurkan kerohanian dan pembentukan jati diri. Sambutan yang sangat menggalakkan oleh masyarakat sekitar masjid dan penduduk kampung di sana memberi gambaran bahawa masyarakat memerlukan dan menyokong aktiviti yang membentuk diri anak-anak mereka agar mentaati Allah dan dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan sempurna. Harapan pihak Nazir masjid sendiri supaya aktiviti ini berterusan dalam membentuk masyarakat khususnya kanak-kanak dan remaja untuk belajar dan mengamalkan ibadah seharian dengan baik dan sempurna.

Saturday, 16 May 2015

Jalinan Masyarakat 2: Road Tour ASIS ke SMK Tun Mamat

Pada 9 Mei 2015, kami (para pelajar Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat) telah meneruskan lagi jalinan masyarakat kami. Kali ini kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Johor pula.

Perjalanan kami bermula dari petang Jumaat, 8 Mei 2015. Kami selamat tiba di SMK Tun Mamat pada waktu maghrib. Kami berehat seketika sebelum mengadakan sedikit sesi berkenalan antara fasilitator dan pelajar asrama SMK Tun Mamat selepas solat Isya'.

Selepas itu kami bersembang secara santai dengan mereka untuk membina jalinan yang lebih erat. Kami mengadakan sedikit permainan untuk merancakkan lagi suasana supaya para pelajar dan fasilitator tidak merasa kekok walaupun kali pertama berjumpa.



Selepas makan malam, kami semua bergerak ke asrama untuk merehatkan diri dan membuat persiapan untuk aktiviti pada keesokan harinya.

Aktiviti pada pagi 9 Mei dimulakan dengan senaman pagi di dataran berhadapan dewan makan asrama. Selepas sesi memanaskan badan, kami mengadakan sedikit senamrobik yang dikendalikan oleh para fasilitator sendiri. Aktiviti senam pagi ini berjalan dari jam 7.00 pagi sehingga jam 7.30 pagi.


Selepas sarapan pagi dan persiapan diri, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi ice-breaking menerusi beberapa siri permainan.

Permainan 1: Nilai Diri

Dalam permainan ini, kami memberikan setiap seorang peserta replika wang yang diperbuat dari kertas. Nilai yang diberikan adalah berbeza-beza. Kemudian kami menetapkan jumlah nilai yang kami mahukan dan para peserta perlu bekerjasama dengan rakan-rakan mereka bagi mendapatkan jumlah yang diingini.

Daripada permainan 'Nilai Diri' ini, dapat disimpulkan bahawa setiap manusia mempunyai nilai tersendiri dan masing-masing ada sesuatu yang boleh disumbang apabila khidmatnya diperlukan. Nilai diri yang kecil bukanlah menandakan bahawa seseorang itu 'tidak berguna', dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat dilihat apabila kami meminta jumlah wang yang kecil, sebagai contoh, RM9.75, sudah pasti pemegang nilai RM10 mahupun RM50 pun tidak dapat berbuat apa-apa walaupun mereka mempunyai nilai yang tinggi.

Aktiviti ini diadakan bagi mendidik para pelajar mengenai nilai yang ada dalam diri masing-masing supaya mereka tidak terlalu merendah diri apabila merasakan diri mereka tidak bernilai dan tidak juga meninggi diri apabila mereka mempunyai kelebihan yang pelbagai.

The Chosen One: Insan-insan terpilih
Permainan 2: The Chosen One

Cara permainan The Chosen One ini dijalankan adalah dengan meminta setiap kumpulan menghantar wakil yang memenuhi kriteria yang kami sebutkan. Sebagai contoh, kami meminta mereka untuk menghantar ahli kumpulan yang paling 'comel', kemudian diadakan penilaian melalui tepukan untuk siapa yang paling gemuruh. Kemudian, kami meminta mereka menghantar ahli kumpulan yang memakai cermin mata. Ada juga yang kami minta untuk menghantar ahli yang paling tinggi dalam kumpulan.

Aktiviti ini lebih kurang sama dengan objektif aktiviti nilai diri iaitu menghargai baik dan buruk yang ada pada diri sendiri. Objektif ini lebih tertumpu kepada sifat seperti 'memakai cermin mata' yang dianggap merupakan sebuah kekurangan yang ada pada diri seseorang kerana mereka memerlukan cermin mata sebagai satu alat untuk mebantu penglihatan.

Jadi, apabila kami meminta mereka tampil ke hadapan, mereka akan merasakan diri mereka, walaupun mempunyai kecacatan/kekurangan, tetapi ada kesannya pada kumpulan mereka. Dan bagi kumpulan yang tidak ada seorang pun yang memakai cermin mata, mereka dikira kalah dan ini bagi mendidik mereka supaya menghargai setiap orang di sekeliling mereka tanpa mengira fizikal atau kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap individu.

Saudari Liyana Syamimi mengendalikan game 'The Chosen One'
Permainan 3: Masam-masam Manis

'Masam Manis Kehidupan'
Permainan 'Masam-masam Manis' ini adalah pertandingan makan di mana setiap kumpulan diberi sepinggan makanan yang mempunyai rasa manis (wafer coklat), masam (tomato, buah oren serta asam) dan tawar (timun). Mereka juga diberi sebotol air sebagai satu langkah keselamatan sekiranya ada yang tersedak atau tercekik. Sepanjang permainan ini berjalan, para peserta tidak boleh menggunakan tangan masing-masing, sebaliknya mereka perlu bersuap-suapan antara satu sama lain.

Objektif permainan ini adalah sebagai sebuah analogi kepada hubungan sesama manusia, atau lebih tepat lagi - persahabatan. Permainan ini juga ingin menunjukkan bahawa kehidupan yang kita lalui ada pasang surutnya, ada masam manisnya. Jika dilihat dari aspek persahabatan, kami ingin menyampaikan kepada mereka bahawa dalam bersahabat, di samping kegembiraan bersama, pasti ada saat yang terluka, akan timbul salah faham. Maka hadapilah perkara tersebut dengan berlapang dada.


Adegan suap-menyuap pula menggambarkan apa yang kita beri pada rakan kita. Adakah kita mengharap kawan kita menyuapkan kita makanan yang sedap sahaja (perkara baik), namun pada masa yang sama kita membalas dengan makanan yang masam atau tawar? (perkara yang buruk)

Fikir-fikirkan..



Permainan 4: Wehdatul Amal (Kesatuan Kerja)

Aktiviti yang terakhir ini lebih berfokus kepada aspek kempimpinan dan kerjasama antara satu sama lain. dalam permainan ini, kesemua peserta dibahagikan kepada dua kelompok yang besar, dan setiap kelompok mempunyai empat pasukan. setiap pasukan akan memegang tali dari satu sudut, dan mereka harus memegang tali tersebut menggunakan mulut! Ketua setiap pasukan akan berada di hadapan bagi memberi panduan kepada kumpulan masing-masing. Keempat-empat pasukan dalam setiap kelompok itu perlu bekerjasama memasukkan sebatang marker ke dalam sebuah botol.

Selain membina kepercayaan dan patuh kepada arahan ketua, permainan ini juga diharapkan dapat membantu mereka memahami kepentingan kerjasama antara pasukan yang berbeza.

Walaupun pada mulanya, aktiviti ini hampir tidak dapat dijalankan kerana tali telah bersimpul, akan tetapi, masalah tersebut dapat diselesaikan dan permainan ini pun dapat diadakan dengan jayanya. :)




[Antara permainan yang kami adakan ini, sebahagiannya (permainan 'Masam-masam Manis' dan 'Wehdatul Amal') sebenarnya diilhamkan daripada permainan yang pernah kami main dalam program "Hok Alohh" semasa peringkat asasi di Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri.]

Selepas minum pagi, program diteruskan lagi dengan acara dewan iaitu slot perkongsian bersama fasilitator. Slot pertama dikendalikan oleh saudara Amir Syauqi, berkisar mengenai sejarah kejayaan Islam serta tips-tips pembelajaran dan perkongsian pengalaman.

Bercerita mengenai kisah kejayaan umat Islam terdahulu
Saudara Amir Syauqi sedang berkongsi pengalamannya yang pernah gagal ketika zaman sekolah dan bagaimana tips belajar yang berkesan.
Slot seterusnya dikendalikan oleh dua orang fasilitator, iaitu saudari Siti Rohani dan saudari Hamizah. Mereka berdua berkongsi kisah antara kaitan Islam dan Sains, dan bagaimanakah kedua-dua ini saling berkait.


Kemudian, tibalah giliran Dr Wan Adli Wan Ramli bagi sesi penerangan mengenai Universiti Malaya, serta kursus-kursus yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam.
Kemudian, kami berehat seketika sebelum menyambung semula ke acara penutupan majlis.

Penerangan ringkas mengenai UM dan APIUM oleh Dr Wan Adli
Program ini mendapat komen yang positif daripada pihak sekolah dan para peserta sendiri. Kami juga sangat gembira kerana dapat menjalin hubungan mesra dengan para pelajar SMK Tun Mamat. Pihak sekolah juga berharap agar keterikatan sekolah dan Universiti Malaya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program berakhir dengan lancar dan kami bersiap-siap untuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur sekitar jam 3.00 petang, Sebelum pulang, kami sempat singgah di Air Terjun Gunung Ledang dan melawat rumah salah seorang pelajar program kami. Kami tiba di Kuala Lumpur dengan selamat kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Kami sangat menghargai dan menikmati peluang yang dapat kami ambil untuk melibatkan diri bersama masyarakat seperti pelajar sekolah, dan guru-guru. Di samping dapat menjalin hubungan baik dengan pihak sekolah dan pelajar, kami juga banyak belajar selok belok dalam menguruskan program dan memahami protokol-protokol majlis melalui program-program yang kami adakan di bawah subjek Jalinan Masyarakat ini.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang kami dapati ini akan diberkati dan berguna sepanjang hayat.

:)

Friday, 10 April 2015

Jalinan Masyarakat 1: Bersama PKPIM

Pada 20 Mac 2015 yang lalu, para pelajar Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah mengadakan aktiviti Jalinan Masyarakat yang pertama iaitu Perkampungan Menara Gading dengan kerjasama PKPIM.

Pada jam 11 pagi, kami menyambut kunjungan dari peserta Perkampungan Menara Gading di Akademi Pengajian Islam dan membawa mereka ke Cube (Balai Ilmu) untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis dan Timbalan Pengarah Ijazah Dasar, Prof Madya Dr Ruzman bin Md Nor. Kemudian, acara diteruskan dengan penerangan dan sesi soal jawab mengenai program Pengajian Islam dan Sains/Tekmologi Maklumat yang disampaikan oleh Dr Wan Adli bin Wan Ramli selaku pemangku penyelaras program kami.

Ucapan Timbalan Pengarah Ijazah Dasar
Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi perkongsian mengenai pengalaman dari pelajar program kami, bertujuan untuk memberi gambaran dan mengeratkan lagi hubungan interaksi dua hala antara pelajar program dan peserta.

Seusai perkongsian dan sembang santai, pelajar dan peserta dijemput untuk makan tengahari dan menunaikan solat Zohor. memandangkan program diadakan pada hari Jumaat, maka warga muslimin menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam, manakala warga muslimat menunaikan solat Zohor secara berjemaah di BS26.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti Jalinan Masyarakat kami:

Ketibaan peserta

Penerangan oleh Dr Wan Adli
Aktiviti Perkongsian
Pelajar Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat bergambar bersama peserta Program Perkampungan Menara Gading


Friday, 3 April 2015

2015: A New Chapter

Subhanallaah.. mana vacuum cleaner? gi amek penyapu tu.. berhabuk sangat dah blog ni.. almaklumlah.. kami sekarang ni dah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, memasing bajet-bajet busy la kan? Hahaa,

Kami semua dah berpecah mengikut pengkhususan masing-masing, tapi berpisah kelas je lah, hati InshaAllah masih bersatu <3 p="">
Ecehh.

Seramai empat orang (lelaki kesemuanya) menyambung pengajian dalam pengkhususan Teknologi Maklumat, dan seramai 30 orang dalam bidang Sains, iaitu seramai 9 orang mengambil pengkhususan Fizik, 8 orang Biokesihatan, 6 orang Bioteknologi, 4 orang Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) dan 3 orang Genetik & Biologi Molekul.

Seramai 4 orang lagi menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, iaitu 3 orang dalam bidang Siyasah Syar'iyyah dan seorang lagi dalam bidang Akidah & Pemikiran Islam.

Wahh.. hebat-hebat semuanya! Tahniah, tahniah! :D

So, mulai 2015 ni. kami dah masuk semester dua, bagi sesi pengajian 2014/2015.

Ade la kene buat laporan untuk subjek Jalinan Masyarakat sikit.. kami tak bercadang nak buat blog baru untuk laporan ni.. jadi.. kami sambung je lah di blog sedia ada ni ye :)

Nantikan susulan kisah Road Tour ASIS kami sempena subjek Jalinan Masyarakat!

Jap ye.. nak sambung bersihkan habuk kat blog ni.. :P

Tuesday, 9 July 2013

AHLAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah,dengan limpah dan rahmat kurniaNya,akhirnya selesai sudah program kami bersama adik2 APIDS95 yang disayangi...

5 Julai 2013
Kami mula bertolak dr KK12 pada jam 6.30 petang menuju ke stesen universiti. Selepas itu,kami menaiki lrt menuju ke PWTC dan menunaikan solat maghrib dan isyak. Pihak ikhwah menaiki bas pd jam 9.30 manakala akhawat pd jam 10 mlm.

6 Julai 2013
Alhamdulillah,akhawat tiba dengan selamatnya di bumi UM Nilam Puri pd jam 5.30 pg,ikhwah tiba pd jam 6.30 pg.Setelah berehat beberapa ketika dan selesai menunaikan solat subuh,kami mula besiap-siap untuk aktiviti sepanjang hari... :)

Aktiviti2 kami sepanjang hari itu adalah :
- Riadhah
- Pengenalan organisasi APIDS & ASIS
- Penerangan gerak kerja exco2
- Game organisasi
- Sharing moment

Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan adik2 APIDS 95 telah memberikan kerjasama yang sangat baik serta memberangsangkan....

Majlis penutup program diadakan setelah selesai sesi sharing moment...
Ustaz Akhbar selaku mentor majmuah 7 telah menyampaikan sedikit ucapan dan amanat yang sangat berharga buat kami semua...

7 Julai 2013
Kami mula bersiap-siap untuk kembali semula ke UMKL dengan menaiki bas pada jam 10 pg..
Sebelum kami menaiki bas,kami sempat bertemu dengan pensyarah sbjek Calculus kami di NP dhulu,Prof Wan...tidak ketinggalan juga,kami sempat bersua dengan Dr Nasir,pnsyarah bg sbjek asas k0mp &  multimedia dan juga TP, Dr Muhiden yang sangat sporting dan baik hati...

Alhamdulillah setelah lebih kurang 7-8 jam,kami selamat tiba di UMKL....

Semoga kedatangan kami ke sana bersama adik2 dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama Islam dan terus berjuang di jalanNya,,in shaa Allah...




Saturday, 15 June 2013

PASUM :)

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum kepada semua...semoga sentiasa dalam redha dan rahmatNya... :)

Alhamdulillah,setelah lama blog ini 'agak' bersawang (kerana kami bercuti yer,,hehe,,, (jgn mrh ye bos..hihi),in shaa Allah akan cuba diaktifkan lagi selepas ini..

26 Mei 2013... Bermulalah perjalanan kami semua di tempat baru yang agak jauh dari yang sebelum ini..
Alhamdulillah,semua Ohana APIDS telah selamat mendaftar di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah @ KK12 Universiti Malaya Kuala Lumpur...
Warga Ohana ditempatkan bersama-sama di dalam setiap bilik..Memandangkan warga Ohana seramai 38 orang,maka 15 bilik untuk akhawat dan 4 bilik untuk ikhwah disediakan istimewa buat semua Ohana..(special x?hihi  :) Ikhwah ditempatkan di floor 4, manakala akhawat floor 9,semestinya yang paling tinggi dan best di KK12 la kan...segala pemandangan dan keindahan alamNya boleh dilihat..alhamdulillah.. :)





Maka,bermulalah kehidupan kami sebagai pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) @ Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad....
Sepanjang minggu pertama,yakni Minggu Haluan Siswa (MHS),kami tidak terlibat sepenuhnya bersama aktiviti2 pelajar PASUM yg lain kerana kami bersama senior2 APIDS93&ASIS/SGPI yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua berkaitan kehidupan di PASUM dan akademik.. Syukran jazilan kepada senior2 yang sentiasa membantu dan beri tunjuk ajar kepada kami..arigato :)

Akhirnya bermulalah kuliah kami pada minggu pertama dan kedua,hanya kuliah subjek sains sahaja kerana bahasa Arab,usul tasyri',tutorial dan paktikal bermula pada minggu ke-3...Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan(hayat n fizikal) di mana pelajar APIDS fizikal hanyalah 10 orang....huhu
Kami semua mengikuti kuliah bersama pelajar PASUM kump fizikal 2..
Alhamdulillah sepanjang 2 minggu itu kami berjaya tempuhi walaupun jadual agak padat (tp x sepadat jadual baru...hihi)

Last but not least,sepanjang 2 minggu kami berada di sini,pelbagai aktiviti telah kami hadiri dan sertai,antaranya iftor jam'ie,slot motivasi,usrah Wonderpet dan banyak lagi di mana kebanyakannya diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang memakan masa lebih kurang 10-15 minit perjalanan brjalan kaki dari KK12..hihi..exercise tuh...

Akhir kalam,setakat ini saja dulu khidupan kami di sini...semoga kami semua dapat menempuhi segalanya dengan mudah,diberi kemudahan olehNya dan sentiasa dalam rahmatNya... Teruskan berjuang wahai Ohana APIDS sekalian dan jangan sesekali lupakan untuk terus sebarkan dan tegakkan Islam walau di mana jua kita berada... Rise for Ummah,BRILLIANT KHAIRU UMMAH, IN SHAA ALLAH,AAMIIN.. :)
sekian dari kami APIDS94  :) assalamualaikum

Thursday, 14 March 2013

YAATIM (Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan)

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, setelah tamatnya program mega APIDS pada 8 dan 9 Februari 2013, pada tanggal 11 Feb 2013 OHANA 7 telah dijemput oleh organisasi PTD untuk bekerjasama dengan mereka menjadi sukarelawan dalam program CSR(Community Social Responsibilities) di Rumah Anak Yatim Pengkalan Chepa, Kelantan.
OHANA  7 dengan diiringi Ustaz Sufillah, trip pertama mula bertolak ke rumah anak yatim pada jam 8 pagi dan tiba pada jam 8.30 pg dan trip kedua pada 8.30 pg dan tiba pada jam 9 pagi. Perasaan kami saat tiba di rumah anak yatim tersebut sangat teruja dan tidak sabar rasanya ingin bermesra dengan anak-anak yatim tersebut. 
Program sukarelawan ini dimulakan dengan ucapan pengetua rumah anak yatim iaitu Encik Mohd Faisal. Dalam ucapannya, perkara yang terngiang-ngiang di minda kami semua ialah “di dalam Al-Quran Allah menyebut tentang anak yatim sebanyak 23 kali”. Betapa Allah menyayangi anak yatim dan seperti kita semua tahu,  Rasulullah saw juga merupakan seorang yang yatim sejak dari kecil hinggakan meminta kepada Allah agar tatkala dibangkitkan di akhirat kelak, baginda meminta agar di panggil “Muhammad yang yatim dan miskin”. SubhanAllah. Sungguh rendah dirinya nabi kita. Sekadar selingan. ;)
Selesai ucapan, OHANA 7 telah diberi tugasan untuk memberi modul “Tahsin Wudhu’ dan Solat” kepada anak-anak yatim tersebut. Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan . Bagi Putera mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan satu fasilitator dari kerabat OHANA 7 juga manakala bagi adik-adik Putri dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diuruskan oleh 2 fasilitator. Sejurus selepas pembahagian kumpulan, fasilitator OHANA 7 yang comel pun menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Segala aktiviti dan pengisian semuanya terserah kepada kami OHANA 7 yang agak blur disebabkan tidak debriefing sebelum pengisian. Tapi Alhamdulillah segalany dipermudahkan olehNYA. Sesuatu yang baik pasti akan berjalan dengan baik dengan izinNYA.
Usai modul tahsin wudhu’ dan solat, kami teruskan dengan sukaneka rakyat yang di kelolakan oleh abang-abang dan kakak-kakak PTD dari pelbagai kementerian. Kami Ohana 7 sekadar membantu mereka bagi mengawal keadaan. Maklumlah, budak-budak bila dah dapat bermain, segalanya indah.:) Macam kami semua juga pada zaman kanak-kanak. Bak kata Prof. J “pop yeh yeh” ataupun “nostalgia”.

Sukaneka yang diadakan antaranya ialah musical chair, bawa ping pong dalam sudu, straw terpanjang, gula dalam tepung dan gegelung bergerak. Pelbagai aksi-aksi yang menarik dan ibrah yg boleh di jadikan iktibar. Kata abang al-Arif tujuan sukaneka ini adalah untuk memupuk ukhwah antara mereka dan bagaimana mereka mengatur strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah.
Sejurus selepas itu, majlis penutupan di langsungkan. Yang paling menarik, gimik dilakukan kepada anak-anak yatim tersebut dengan mengumumkan nama-nama adik-adik yang’ kononnya’ melanggar tatacara disiplin program. Rupa-rupanya nama-nama yang diumumkan seramai 11 orang itu adalah insan-insan yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Februari. Dua biji kek di sediakan untuk mereka.Tersentap hati ini tatkala terdengar suara seakan merayu , “Akak, nak jugak makan kek, nak jugak…”. Bagaikan satu tamparan. Bersyukurlah wahai sahabat-sahabat. Apa yang kita punya hari ini hargailah. Jangan pernah meminta-minta hingga hilang rasa syukur. Sedangkan ada lagi insan yang tidak bernasib baik yang diuji oleh Allah. Terserlah kegembiran adik-adik di rumah anak yatim tersebut. Seronok mendapat pelbagai saguhati dan hamper dari pihak penganjur. Tamat majlis penyampaian hadiah maka berakhirlah program kami.

Hati ini terasa berat malah kaki ini berat untuk melangkah meninggalkan adik-adik di rumah anak yatim Pengkalan Chepa. Sebak hati ini. Walaupun sebentar bersama mereka, iktan yang terjalin seakan sudah lama bertaut. Tatkala melihat  sepasang mata yang sangat jernih, pandangan matanya sangat memberi makna dan mengharapkan sesuatu daripada kami. Saat berkongsi cerita, terserlah senyuman di setiap bibir-bibir anak-anak yatim tersebut. Kami terasa akan kasih sayang mereka walaupun sebentar. Mereka sangat memerlukan perhatian dan bimbingan. Syukur kepada ilahi kerana memberikan kami peluang untuk meluangkan masa cuti kami dengan anak-anak yatim yang sangat KAU kasihi. Terima kasih ya Allah.

-------------------------------------------------------------------------
Slot Pembahagian Kumpulan



Slot Sukaneka Rakyat