Sunday 10 March 2013

Hok Alohh

Program 'Hok Alohh' merupakan sebuah program anjuran MT APIDS yang bertujuan untuk menambahkan lagi keeratan ukhuwwah sesama akhowat Ohana APIDS.


Program ini diadakan pada 18 Januari 2013 bersamaan 6 Rabi'ul Awwal 1434H.
Program dimulakan dengan sedikit sembang-sembang santai. kemudian, kami sama-sama mendengar lagu tema iaitu lagu 'Sahabat' nyanyian Najwa Latif.

'SOUR SOUR SWEET'
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Slot ini dikendalikan oleh Ohana Nuna dan Ohana Dekna. setiap kumpulan diberikan satu talam yang berisi pelbagai jenis makanan seperti tomato, timun, epal, asam, dan Cloud 9. kami diberi masa untuk menghabiskan semua makanan yang ada dalam talam tersebut dengan syarat - tidak boleh memegang makanan tersebut dengan tangan. atau dengan makna lainnya, makan dengan menggunakan mulut.


Game ni berjalan dengan sangat ceria. antara pengajaran yang didapati daripada ativiti ni --> kite kene sanggup berkorban demi kawan-kawan kita dan tidak pentingkan diri sendiri. sebab dalam kawan-kawan kite tuu, mungkin ade yg tak makan asam, tak makan coklat, atau boleh muntah kalau makan tomato. jadi kite kene tolong makan utk dy. utk kes tidak mementingkan diri sendiri, kalau ikut luahan perasaan yg diorang buat, ade je antara diorang yang tak suke makan asam. tapi sebab nak tolong jugak habiskan makanan tuu. memang dy buat-buat tak tahu je laah dan cube korbankan rasa 'tak suke' dy tuu sebab nak membantu kumpulan. lagi satu ! game ni gak ajar supaya tak membazir makanan. memang licin lah talam tuu ! *mungkin sebab sume tengah lapar kott. ngee~* dan lagi. ajar supaya bersyukur dengan nikmat tangan yg Allah bagi. susah kot nak makan tanpe gune tangan. lagi tang nak makan tomato. dah laah kulit dy licin, memang nak gigit tak dapat-dapat. hehee. haa. lagi satu ! *ehh, banyak pulak budak ni nak cakap =='* ia menambahkan keeratan antara Ohana sebab ___________________ *lu pikir laah sendiri* ^^

'STRAW GAME'
Game seterusnya dihandle oleh Ohana Aishi & Ohana Mia. Ohana dibahagikan mengikut majmuah dan diminta berbaris secara berhadapan antara majmu'ah 7 dan majmuah 8. mereka diminta menselang-selikan tangan masing-masing dan menggunakan belakang tangan untuk menampung straw yang disambung-sambung  membentuk satu rangkaian straw yang saaaaangat panjang. *huraian berjela*kemudian mereka diminta berdiri rapat-rapat dan cuba turunkan straw tersebut ke lantai. memang lenguh laah nak pegang gituu. dengan ketidakseimbangannya. tapi akhirnya berjaya jugak :)

Game ni sebenanrnye nak mengajar. bila kita berada dalam sesuatu keadaan yang sebegitu. ia memerlukan seorang ketua untuk mengetuai segala pergerakan kita. kalau tak memang terarabur laah. huhuu.

erm... dah taktahu nak cakap ape.

'WEHDATUL FIKR'
Next Game. dihandle oleh Ohana Dilen & Ohana Pe'ah. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi seutas tali raffia. tali raffia itu perlu dipegang oleh setiap ahli kumpulan menggunakan mulut. ketua bagi setiap kumpulan akan duduk di hadapan. tali bagi setiap kumpulan disambungkan kepada sebatang pen marker dan keempat-empat kumpulan tu kene bekerjasama untuk memasukkan marker tuu dalam botol. Alhamdulillah, task tersebut berjaya dengan masa yang singkat sampai game handler tak puas hati kitorang buat sekejap sangat. hehehee.


Game ni mengajar tentang kerjasama dan organisasi. sama laah macam organisasi apids. setiap exco kene bekerjasama dan patuh kepada ketua untuk menjayakan sesuatu. dan ketua-ketua juga perlu bekerjasama antara mereka. cube bayangkan kalau ketua kumpulan yang pertama tuu suruh buat yang bertentangan dengan ketua kumpulan yg kedua, padahal aimnye same. jadi ? rosak le organisasi. makanyee, jangan gaduh-gaduh antara satu sama lain *ehh, bukan gaduh, berlainan pandangan* cube berbincang dan satukan hati setiap kali nak wat pape. InShaaAllah akan berjaya dalam mengejar BrilliantKhairuUmmah :)

'KETUK JIRAN'
Oke. beralih ke game seterusnya yang dikendali sepenuhnya oleh Ohana Charm & Ohana M2
Setiap orang diberikan sehelai kertas dan menuliskan nama masing-masing di atasnya. kertas itu akan melalui pusingan yang mane setiap orang akan dapat kertas setiap orang yang lain dan diminta 'mengetuk' mereka dengan kata-kata nasihat. kirenyee, bila kita dapat kertas someone, kite tengok, dy ni ape yang silap kat dy, kite tegur. begitulaah. tapi setiap penulis takkan tinggalkan nama dan nasihat-nasihat tu ditulis secara rawak di atas kertas tuu.

Game ni nak ajar kita saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan. kemudian ajar kita MENERIMA nasihat dengan baik walaupun taktahu siapa pemberi nasihat tuu. tambahan pula, *ecehh penanda wacana gituu~* game ni menunjukkan sama ada kita kenal atau tak kawan kite. dan bla3. *dah penat sangat dah menaip nihh*

jadinyeee. setelah bla3 dan bla3. hok alohh pon berakhir. sepatutnye malam tu nak wat tayangan multimedia untuk aktiviti sepanjang program tapi tak jadi sebab timbalan multimedia ade kes kecemasan. hehee.

oke, sampai situ sajee. maaf lambat post :P

No comments:

Post a Comment