Thursday 24 January 2013

AHLAN 2.0


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum ..
Kai fa ha lukum ??

Alhamdulillah masih di beri peluang untuk meng’update blog entri pada kali ini..

Entri ohana APIDS kali ini berkenaan dengan AHLAN 2.0 yang baru sahaja diadakan baru-baru ini pada 12 Januari 2013. Seramai 18 orang kakak2 dan abang2 APIDS yang hadir dalam AHLAN pada kali ini. Di sini ana nak cerita tentang aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh senior2 APIDS ’93. Aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:
-Halaqah Futsal (Ikhwah)/ Senyumrobik (Akhowat)
-Kenali Orientasi
- Slot halalan toyyiban
- Slot Pengurusan Organisasi
- Game
- Sharing moments

Senyumrobik

Aktiviti pertama kitaorang yang akhowat nih adalah senyumrobik. Sweetkn nama slot pertama kami ini? Sepanjang senyumrobik nih, memang kami senyum sepanjang aktiviti dengan kakak2 APIDS 93. First, kitaorg bersenyumrobik dengan lagu GENERASIKU sebagai lagu tema. Best sgt. Segala rentak dan pergerakan yang akak2 APIDS reka sangat seronok dan sesuai dengan jiwa kami semua..Hehehe. Release tension kitaorg. Then, kitaorang main music chair. Yang uniknya, music chair ini, kitaorang tak disediakan kerusi, kitaorng disediakan dengan akak2 APIDS yang comel untuk di peluk. Syarat permainan nih mcm biasalah ye, bila music berhenti kene cari tempat kosong untuk di duduk, TAPI music chair kitaorg, bila music stop kitaorg kene cari sorang akak untuk dipeluk dan mesti time kita peluk akak tu belum ada orng yg peluk. Kiranya, seorang akak untuk seorang sahaja. Sweet kan?? Hehe.. Dan dalam game ini ada 4 orang yang bertahan hingga ke akhirnya.


Kenali orientasi.

Dalam slot nih, kitaorang semua didedahkan dengan course yang akan kitaorang akan ambil di PASUM nanti.Kira-kira dalam beberapa bulan sahaja lagi . Huhu.. Jurusan pertama adalah Asasi Sains Hayat yang diterang kan oleh ukhti Syazwani Bohari. Input yang kami dapat dalam pengenalan course ni adalah jenis2 subjek yang akan dipelajari bagi dua semester. Bagi semester pertama Basic Physics 1 and 2, Basic Chemistry 1 and 2, Biology Cell, Reproduction Ecology and Development of Organism, Bahasa Arab dan
Usul Tasyri. Untuk semester 2 pula Basic Chemistry 3 and 4, Basic Physics 3 and 4, Physiology of organisms, Genetic and DNA Technology, Bahasa Arab dan Praktikal Ibadah. Seterusnya, kami didedahkan juga dengan course Asasi Sains Fizikal yang diterangkan oleh akh Syahmi. Dalam penerangan dari akh Syahmi, kami dapat mengetahui tentang peluang-peluang untuk kami meneruskan pelajaran jika memilih course ini pada masa hadapan. Subjek yang bakal di ambil oleh pelajar jika memngambil course ni sama dengan Asasi Sains Hayat Cuma yang membezakan adalah semasa semester 1, pelajar Sains Fizikal tidak akan ambil subjek Biology Cell, Reproduction Ecology and Development of Organism , dorang akan ambil subjek Vector dan Science Computer 1. Untuk semester 2 pulak, dorang tidak akan ambil subjek Physiology of organisms, Genetic and DNA Technology, dorang akan ambil subjek Science Computer 2 dan Engineering Mathematics.

Slot Halalan Toyyiban

Selepas di dedahkan dengan jurusan2 yang akan diambil di PASUM, slot seterusnya halalan toyyiban. Mula2 dengar slot nih, pelbagai andaian yang bermain di fikiran. Ada yang kata “belajar pasal makanan halal , makanan haram kot” ada juga yang kata “makan kot”. Namun akhirnya, aktiviti yang sebenar adalah kami semua ditugaskan untuk menyiapkan dua jenis hidangan dalam masa 1 jam 30 minit untuk makan tengahari. Hidangan tersebut adalah sushi dan rumpai laut. Hehe. Gurau2.. Ayam masak merah dan sayur air. Setelah diberi tugasan kami pun bahagikan setiap orang dengan tugasan yang berbeza supaya ianya sistematik. Ada yang basuh ayam, ada yang kupas bawang, ada yang siang sayur dan ada yang menggoreng ayam. Namun segala perancangan milik Allah, kami semua dapat makan tengahari kira2 3.30 petang. Gagal menepati masa yang telah ditetapkan. Kesian pada senior2 APIDS yang menanti waktu untuk makan tengahari.

MAAFKAN KAMI..(versi P.RAMLEE).Huhu.


Slot Pengurusan Organisasi

Berikutan dengan slot halalan toyyiban tadi, slot pengurusan organisasi ni adalah untuk membuat past-morterm pasal slot halalan toyyiban. Akh Syahmi mengajukan soalan apa yang silap, apay perlu kami perbaiki dalam slot tadi supaya menepati waktu yang telah dijanjikan. Dalam slot nih di “brainwash” oleh senior2. Dush3!..Huhu. Segala nasihat akan kami jadikan tauladan.


Slot Game

Slot game diadakan selepas solat asar. Slot nih sangat best. Kitaorang diarahkan untuk membawa kain pelekat bagi ikhwah dan kain batik bagi akhowat. Pelik kan? Tertanya2 jugak fungsi dan tujuan. Akhirnya tujuannya adalah menutup mulut kami semuar sepanjang game dilaksanakan. Maklumlah, budak APIDS memang petah berkata2..hehe..Inisiatif yang berkesan. Game pertama, setiap dari kami diberikan sekeping kertas kecil dan dalam kertas tu ada perkataan yang kita perlu describe untuk kita jumpa orang lain yang sama perkataan dengan kita. Permainan ini mengajar kita untuk berusaha sedaya mungkin untuk memahamkan orang lain tentang apa yang sedang diperkatakan tanpa mengeluarkan sebarang
suara. Ibrah dari aktiviti ini, kita perlu kreatif dalam menyampaikan dakwah kepada mad’u dan berusaha sedaya mungkin dalam memberi kefahaman kepada masyarakat.

Permainan yang kedua pulak benar atau bohong. Dalam permainan ini setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil yang perlu mengajukan statement untuk diteka sama ada benar atau bohong. Setiap kumpulan perlu memberi jawapan sama ada benar atau bohong. Jika jawapan salah akan di denda membuat gaya yang diarahkan oleh senior APIDS 93. Permainan ini membuka mata semua ohana APIDS 94 yang tanpa sedar tidak mengenali sahabat yang siang malam bersama kita. Walaupun dia sentiasa dengan kita, kita belum mengenali dia sepenuhnya.


Slot sharing moments

Selepas solat maghrib, slot sharing moments dengan akh APIDS 93 bg ikhwah dan ukhti APIDS 93 bg akhowat. Sangat santai dan menyeronokkan. Sebab sambil sharing moments sambil makan. Hehe. Akak2 yang masak. Sedap. Menu pun menarik. Hotdog bakar, ayam bakar, fish ball bakar dan nasi goreng.


Majlis penutup

Dalam majlis penutup, beberapa pensyarah APIUM dijemput antaranya ustaz Nor Hazrul bin Salleh, Ustaz Sufillah dan Teacher Aida. Pengerusi majlis pula Atif Aiman yang pemurah dengan pantun2nya. Sekejap sangat waktu berlalu. Sedar2 dah penutup. Ucapan pertama diberikan oleh Amir Syauqi (Presiden APIDS 94), seterusnya Akh Syahmi (Presiden APIDS 93) dan akhir sekali ucapan dari Ustaz Hazrul sekali dengan perasmian penutupan. Setelah berakhir ucapan dan perasmian penutupan AHLAN 2.0, kami disajikan dengan video2 dari senior APIDS 93 dan juga video dari Exco Multimedia APIDS 94 (Qum YA Fulaan).

Tamatnya tayangan video, berakhir jugalah AHLAN 2.0.


Sejuta penghargaan kami tujukan kepada APIDS 93 yang sudi datang melawat kami yang kejauhan senior,hehe. Serta sudi berkongsi pengalaman2 kepada kami semua. Segala kekasaran dan keterlanjuran kata mahupun tingkah laku mohon dimaafkan..

Sekian...

No comments:

Post a Comment