Friday 6 July 2012

افطار جماعي

Alhamdulillah , (: 

Pada 28 Jun 2012 yang lalu, bersamaan 1 Syaaban 1433H, APIDS telah mengadakan iftar jama'ie di Court Yard , Istana Nilam .

Iftar Jama'ie ini telah disertai oleh semua ahli APIDS , dan dihadiri oleh Pengetua KKNP , Encik Nor Hazrul bin Mohd Salleh, serta para mentor iaitu Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif dan Puan Aida Husna. Walau bagaimanapun, Ustazah Thurayya tidak dapat menghadiri iftar tersebut kerana mempunyai sedikit urusan. 

Alhamdulillah Iftar ini berjalan dengan lancar (:

Selepas berakhirnya Iftar, para Akhowat APIDS telah mengadakan persediaan Qasidah yang diadakan pada setiap Jumaat malam sebagai langkah mengeratkan ukhuwah antara APIDS dengan warga Kolej Al-Malik Khalid. Qasidah yang diadakan pada minggu tersebut adalah Qasidah Ya Badratim.

Itu saje ceritera APIDS setakat ini .
Terima kasih kepada semua yang menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung kepada program ini,

شكرا جزيلا !

No comments:

Post a Comment