Sunday, 22 July 2012

Kempen Cakna Akademik

Alhamdulillah, Kempen Cakna Akademik telah berjalan dengan lancar beberape minggu yg lepas (:

APIDS masing-masing bergabung dgn pelajar Borneo - K7 [majmuah 8 + majmuah 9] ; K8 [majmuah 7 + majmuah 10] .

gabungan ini telah melahirkan semangat yg tinggi dalam kalangan pelajar Borneo dan pelajar APIDS sendiri yg turut serta dalam menjayakan kempen ini yg dianjurkan oleh JKP Akademik & Intelektual JTK bersama Exco Akademik MPP .


walaupon kempen ini diadakan di tengah-tengah minggu yg penuh dgn kesibukan, tapi kami semua maseh lagi berusaha bertungkus-lumus untuk menunujukkan kesungguhan kami dalam menjayakan kempen ini.

berikut adelah KOMITMEN dan pencapaian pelajar APIDS + Borneo ;
Pidato Bahasa Melayu - Nabihah Ahmad (Pertama) ; Syazwana Mahussin
Pidato Bahasa Arab - Siti Rohani Abd Rahman (Pertama)
Public Speaking - Siti Nor Aisyah Mohd Bati ; Syarifah Nur Mazleen (Pertama)
Debat Bahasa Melayu - Nur Liyana Syamimi Mohd Azman, Syarifah Nur Alya Husna Syed Alsagaf Jamil, Siti Maisarah Mohd Tarmizi ; (K8 - ada penyertaan tapi tiada maklumat peserta)
Debat Bahasa Arab - Fahmid , Aisyah Abu Hassan, Nurul Ain Abdullah ; Zakiyyah Ahmad Bahari, Aisyah Syamsuddin, Norazuna Zabidi (Pertama)
Sketsa - K7 (tempat Kedua - tiada maklumat peserta)
walaupun pada hujung minggu tersebut kami mempunyai program bersama senior APIDS - AHLAN , tetapi kami sedaya usaha memberikan komitmen kepada kedua-dua program .

sepanjang program ini, banyak bende yg kami pelajari .......

kami mengerahkan ahli-ahli APIDS yg tak terlibat dgn apa-apa acara untuk memberi sokongan dan merakam video pertandingan, walaupun ramai yg tengah pening fikir calculus waktu tu, mereka tetap korbankan masa dan tenaga mereka demi Ukhuwwah Fillah ini (':

kami juga belajar mengenai mengawasi kata-kata. walaupun semua bende berlaku di luar jangkaan, dan kata-kata itu keluar di luar kawalan dan kesedaran kita, kita tetap harus berfikir sebenarnye, dan dari ini, kami belajar erti berlapang dada dengan rakan-rakan, serta berterus-terang adalah jalan penyelesaian yg terbaik walaupun tak ramai mampu lakukannya.

#Thanks a lot to kak Syahira Hozami yg mem'brainwash' kami malam itu (': *terharu*

kami juga belajar erti menerima qada' dan qadar, belajar bersabar menghadapi perang psikologi yg dilancarkan oleh pihak lawan, walaupon kami sendiri tak mahu perkara ini berlaku, tapi, sebenarnya ada hikmah bila berlakunya perang ini, kerana kami belajar banyak perkara darinya .

kami juga belajar erti ukhuwah fillah apabila kami bukan sahaja bergelak tawa bersama, belajar bersama, buat preparation untuk pertandingan same-same, tapi kami turut menangis bersame-same .. itulah indahnye ukhuwwah, sentiasa ada yg menemani saat kita menangis .

kami juga belajar mengenai erti melakukan sesuatu kerana Allah, kami tak perlu fikir tentang nak menang, hanya fikir bahawa penyertaan ini hanya kerana Allah - untuk menambah ilmu pengetahuan, menimba pengalaman, merapatkan ukhuwah dan lain-lain. dan dari niat yg suci itu laah , Allah beri hadiah yg lebih berharga kepada kami .

Sahabat Selamanya ...

terima kasih diucapkan buat semua yg memberi komitmen secara langsung mahupun tak langsung, pelajar Borneo yg berjuang bersama-sama kami, semua Ahli APIDS yg turut setia turun padang memberi semangat kepada peserta, senior-senior yg setia menemani ke saat akhir - penutup program , juga kepada rakan-rakan yg berkorban masa dan tenaga, serta kualiti tidur *ehem* , ..... kami ucapkan ......


#minta maaf sebab tak dapat nyatakan penyertaan untuk beberape acara - lack of information - sape-sape yg tau boleh laah inform (:

1 comment: