Wednesday 15 August 2012

Pengisian 2.0

Pada 9 Ogos 2012 yang lalu, kami telah mengikuti pengisian kali kedua bersama Ustaz Shukeri bin Mohamad. Berikut antara input-input yang dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama:

MUQADDIMAH:
Sebagai Muqaddimah, Ustaz memilih untuk membincangkan mengenai manusia.
Seperti mana mesin memerlukan bahan-bahan seperti motor dan tenaga elektrik untuk berfungsi dengan baik, begitu juga dengan manusia. Manusia juga memerlukan bahan-bahan untuk menggerakkannya dari segi fizikal, mental dan rohani.

Kadar bahan yang diperlukan pula mestilah sederhana, tidak boleh kurang dan tidak boleh berlebihan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada sebuah mesin yang hanya boleh menampung 200-220V tetapi disalurkan kepadanya punca elektrik 300-340V kononnya dengan alasan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisyen berbanding kebiasaannya? Sebagai akibat daripada penyaliran tenaga elektrik yang berlebihan, rosaklah mesin itu. Tidak seperti sangkaan si pengguna untuk menjadikannya lebih baik, malah ia menjadi bertambah buruk – rosak dan tidak dapat berfungsi lagi.

Dari sudut fizikal, manusia memerlukan makanan dan minuman untuk mengoptimumkan fungsi tubuh. Sebagaimana bahan-bahan yang lain, makanan dan minuman ini juga tidak boleh diambil dalam kadar yang sangat sedikit mahupun berlebihan. Makan dan minum terlalu sedikit boleh membawa kepada mudharat seperti keletihan, penyakit gastrik atau ulser perut. Tidak terlepas juga sekiranya makanan/minuman diambil berlebihan, ia dapat menyebabkan perut senak. Selain itu, ia juga boleh membawa kepada obesiti yang seterusnya meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung dan sebagainya.


Balanced Diet according to Food Pyramid
Jadi, bagaimana pula ceritanya dengan makanan kerohanian ? Sekiranya kekurangan, kita sendiri boleh fikirkan akibatnya. tetapi sekiranya berlebihan, adakah ia akan membawa mudharat ?

Baiklah, sebagai contoh, Ustaz kemukakan mengenai Zikir yg mana berperanan untuk mendekatkan diri kepada Allah (تقرّب إلى الله) – mengingatkan mereka terhadapNya.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa jika terlalu-lalu-lalu banyak berzikir, seseorang itu akan jadi Panas. Panas ? Apakah ? O_o’ Sememangnya kata-kata ini ada buktinya yang tersendiri, tetapi ketahuilah bahawa ‘Zikir yang menyebabkan seseorang itu kePANASan jika diamalkan secara berlebihan’ adalah Zikir yang diamalkan tidak mengikut cara dan menyalahi undang-undang Allah.

------------------------------

SYUKUR / KUFUR ?

Tanda Syukur: menggunakan nikmat yang diberikan mengikut fungsinya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Tanda Kufur (memandangkan ia merupakan inverse kepada Syukur) : tidak menggunakan nikmat yang diberikan mengikut fungsinya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Contohnya, menggunakan nikmat pancaindera untuk benda yang salah. --> KUFUR.

Dan jika kita kufur nikmatNya, layakkah kita serta tidakkah kita merasa malu untuk meminta syurgaNya ?
-Lu Pikir Lah Sendiri-

Surah Ibrahim (14:7) – m/s 256



“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

> Akibat kekufuran manusia terhadap nikmat Allah, maka akan timbullah kerosakan di bumi - الفساد

Sebagai contoh, nikmat Allah berupa 'Pengaruh Kuasa'.
Untuk mensyukuri nikmat ini, seseorang yg diberikan pengaruh kuasa hendaklah:
1)    Melaksanakan perintah Allah
2)    Menjunjung Hukum Allah (Undang-undang Syari’ah)

Maka, jika berlakunya kekufuran terhadap nikmat ini – tidak melaksanakannya mengikut fungsi yg Allah tetapkan. Akan timbullah الفساد sepertimana yang kita dapat lihat dalam dunia masa kini.

------------------------------


Selain itu, Ustaz juga mengajar kami method untuk mengkaji isi Al-Qur’an supaya kami mendapat ilmu yang telah diproses dan dianalisa.

Hal ini kerana,
          Maklumat mentah – susah nak hayati dan tak boleh bagi tindak balas.
[Same macam Makan Nasi – kunyah & digest sampai halus – baru boleh bagi Energy]

Begitulah keadaannya dengan Ilmu-ilmu yang terdapat dalam Al-Qur’an. Ia perlu diproses supaya menjadi molekul kecil supaya ia mudah meresap ke dalam hati untuk dihayati dan difahami. Al-Qur’an itu bukanlah seperti membaca tulisan-tulisan yang biasa kerana Al-Qur’an itu sebuah Mukjizat yang luar biasa. Maka kita kenelah merujuk tafsiran untuk memahami erti tersirat di sebalik setiap ayat yang terdapat di dalamnya.

Bercakap mengenai ilmu, suka ingin saya ulang kembali mengenai pengisian tubuh manusia. Tetapi kali ini berkisar mengenai mental manusia yang mana memerlukan ilmu sebagai bahan pengisiannya. Sepertimana yang kita tahu, bahan pengisian manusia secara generalnya tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih. Tetapi ada pengecualian untuk kes-kes tertentu sebagaimana pengisian rohani. (sila scroll up kalau tak ingat)

------------------------------



Jadi bagaimana ceritanya dengan ilmu yang berperanan sebagai pengisian mental manusia ?

Teringat lirik lagu Alif Ba Ta yang dinyanyikan sewaktu penulis bersekolah rendah sepuluh tahun yang lalu:

          ILMU ITU CAHAYA,
          JAHIL ITU MERBAHAYA,
          INGATLAH INGAT SEMUA,
JADILAH INSAN BERGUNA

Baris pertama rangkap yang dipetik – ILMU ITU CAHAYA

Baiklah, sebagai pelajar APIDS yang bersifat ingin tahu dan suke bereksperimentasi, mari kita buat satu kajian untuk membuktikan pernyataan ini;

‘Ilmu sebagai makanan minda tidak akan membawa sebarang kemudharatan sekiranya diambil secara berlebihan’.

------------------------------

Sediakan dua buah balang kaca (sama saiz, bahan, kapasiti, serta segala ciri yang ada padanya), tiga liter air serta tiga lampu picit.

Tuangkan air ke dalam balang tersebut sehingga kesemua 3 liter air digunakan.

Hasil Situasi 1:
Ketika kita baru sahaja menuang kira-kira 1.7 liter air, balang sudahpun hampir penuh. Walau bagaimanapun, sebagai memenuhi syarat eksperimen, kita menuruti prosedur yg disediakan di mana kesemua 3 liter air harus dituang ke dalam balang tersebut. Akibatnya, air di dalam balang melimpah keluar dan menimbulkan masyaqqah di mana para eksperimentor perlu mengelap semula air yang melimpah.

Langkah seterusnya, suluhkan lampu picit ke dalam balang yg kedua. Gunakan kesemua lampu picit untuk menyuluh bahagian dalam balang.

Hasil Situasi 2:
Ketika menyuluh menggunakan sebuah lampu picit, keseluruhan bahagian dalam balang diterangi dengan cahaya daripada lampu tersebut seolah-olah satu lampu picit sahaja sudah cukup untuk menerangi balang tersebut. Dan apabila kesemua tiga lampu picit disuluhkan ke dalam balang, adakah cahaya yang berlebihan itu melimpah keluar dari balang ? adakah jumlah cahaya yang memenuhi balang menyebabkan balang itu pecah ? sudah tentu tidak. Dan ia juga tidak LANGSUNG memberi sebarang kesan kepada para eksperimentor.

Di sini dapat disimpulkan bahawa sifat ilmu yang merupakan cahaya itu tidak akan memudharatkan manusia yang menjadikannya sebagai makanan mindanya walaupun diambil secara berlebihan.

Tahniah kepada para eksperimentor kerana telah berjaya membuktikan teori ini ^^



“ISLAM itu hebat dari segi penyelidikan dan kajian. Di mana aspek tersebut merupakan asas kepada Islam”
-Ustaz Shukeri-

------------------------------

APLIKASI METODE MENGKAJI AL-QURAN

Berdasarkan ayat daripada surah An-Nahl (16:78) – m/s 275


newborn baby
Point 1:
“dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu ..”

Dari sudut zahiriahnya, kita lahir dari perut ibu. Akan tetapi, hakikatnya Allah yang mentadbir segalanya.
Apabila sampai masanya, maka Allah mengeluarkan kita dari perut si ibu.

Point 2:
“.. dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun ..”

Keadaan kita ketika itu – bodoh, jahil, tidak tahu apa-apa, tidak ada pakaian, tidak ada ilmu.

Point 3:
“.. dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani ..”

Disediakan untuk kita tiga alat yang membawa kepada ilmu – pendengaran, penglihatan dan hati. Tanpa ketiga-tiga alat ini, kamu tidak akan tahu apa-apa.
Maka, kita perlulah FOKUS dalam mendapatkan ilmu supaya kita dapat keluar daripada kejahilan.
Ibu segala Ilmu – Mengenal Allah (معرفة الله) kerana Dia yang menciptakan kita.

Point 4:
“.. agar kamu bersyukur ..”

Wajib ke atas kita bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan – menggunakannya mengikut fungsi yang telah Allah tetapkan.

Overall:
Eksperimen (علمُ التَّجرِبَة) bergantung kepada ketiga-tiga alat yang diberikan oleh Allah untuk mendalami ilmu.
Penemuan Sains > bagaimana kita menemuinya ? > لعلّكم تشكرون
Ia datang dari Allah. Manusia takkan mampu buat. Sebab itu dinamakan ‘penemuan’. Manusia hanya menemui Sains, mereka tidak ‘membuat dan merekacipta’ Sains.

Buktinya: siapa yang reka bahawa 2+2=4 ?

Maka hendaklah kita semua bersyukur atas segala ilmu yang Allah pertemukan dengan kita. Jangan KUFUR, jangan SOMBONG, dan jangan BERLAGAK !


------------------------------

SCIENCE & ISLAM

Example 1:
Al-Anbiya’ (21:30) – m/s 324


“dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman ?”

“Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one Unit of Creation), before We clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?”

Science do agree with above statement where Science states that;
          Water is the main component of living things.

Pertanyaan di akhir ayat : “maka mengapa mereka tidak beriman ?” – bukti keimanan.



Example 2:
Al-‘Alaq (96:15-16) – m/s 597




“Sekali-kali tidak ! Sungguh, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka) [15] (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan durhaka. [16]”

Hud (11:56) - m/s 228


"Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu, tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus (adil)"

mengapa Allah menyebut tentang ubun-ubun ? apa istimewanya ubun-ubun ini sehinggakan orang yang menderhaka akan kehilangannya ? 

berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh orang bukan Islam, bahagian ubun-ubun amat penting bagi mengawal fungsi manusia. ancaman Allah untuk mencabut ubun-ubun orang yang menderhaka adalah supaya mereka hilang arah dan pedoman.



Example 3:
Ar-Rum (30:48) – m/s 409 


"Allah-lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira."

ayat di atas menerangkan step-by-step kejadian hujan.


dikirim angin > digerakkan awan > dibentang di langit > digumpalkan > diturunkan hujan

wap-wap air yang membentuk awan ditiup oleh angin sehingga awan itu digerakkan ke suatu tempat dan dibentangkan. awan yang dibentang di langit digumpalkan sehingga menjadi berat dan turunlah hujan dari celah-celah awan.

"tiba-tiba mereka bergembira" ..

hujan yang diceritakan dalam ayat ini adalah hujan yang tidak disertai oleh petir, guruh dan kilat di mana ia merupakan jenis hujan yang paling disukai oleh manusia. kerana itulah mereka bergembira.

------------------------------

di sini kita dapat lihat bahawa penemuan-penemuan sains yang ditemukan beberapa ratus tahun yang lepas sebenarnya telah disebut terlebih dahulu oleh Allah 1400 tahun yang lalu.


Jadi, masihkah kita meragui kebenaran AL-Quran ?

No comments:

Post a Comment