Saturday 8 September 2012

Pengisian 3.0


Peranan Mahasiswa Sebagai Pendakwah
Oleh: Dr. Syed Khalid

Tugas dakwah merupakan tugas yang sangat besar. Tugas ini juga bukan sahaja tugas asatizah tetapi ia merupakan tugas bagi semua umat Islam.
#Perlu diingatkan bahawa KERJAYA UTAMA  kita di dunia ini ialah DAKWAH.

1. Dakwah ini perlu kepada ILMU.
- Orang yang berilmu, perwatakannya berbeza dengan orang yang tidak berilmu.
- Islam ini memerlukan kepada kefahaman. Oleh itu, seorang pendakwah memerlukan ilmu untuk menyampaikan dakwahnya kepada orang lain dengan lebih baik
Firman Allah s.w.t. di dalam  Al-Quran : [Surah Az-zumar :9]

بسم الله الرّحمن الرحيم
}قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَاب{

Maksudnya: Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”, Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima pelajaran.

#Suasana universiti merupakan suasana yang amat kondusif dan ideal untuk menjamin pembelajaran yang terbaik kepada mahasiswa kerana mereka dikelilingi oleh golongan intelek atau golongan yang mempunyai tahap IQ yang tinggi dan stabil. Suasana ini mampu mengajar kita untuk terjun ke dunia yang sebenar.

#Hal ini kerana, sistem pembelajaran di universiti menggalakkan kita agar mencari sesuatu ilmu itu dengan sendiri. Suasana ini juga mengajar kita supaya mengaplikasikan ilmu kita kepada masyarakat yang berada di dunia luar. Hasilnya, mahasiswa itu akan menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu yang dikajinya.

#Samalah halnya dalam bidang dakwah. Kegigihan mereka dalam mendapatkan pencerahan bagi sesuatu cabang ilmu secara tidak langsung, dapat menjadikan seseorang itu pakar dalam bidang agama.

2. Dakwah untuk menegakkan kalimah Allah.
- Setiap manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi ini. Setiap kerja yang kita lakukan haruslah disertai dengan niat kerana Allah. Hal ini kerana, tujuan utama kita hidup di dunia ini ialah beribadah kepada Allah.
Firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56:


Mafhumnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah  kepada-Ku.

- Sijil Degree, Master mahupun PhD merupakan nilai tambah atau ‘added value’ dalam dunia dakwah.
- Begitu juga halnya dengan isteri dan anak-anak. Mereka juga merupakan ‘added value’ untuk misi dakwah kerana mereka mampu memberi sokongan kepada seorang daie.

3. Pelaburan yang paling berharga.
Firman Allah dalam surah As-Saff  ayat 10-11:

}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ{(11)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? {10} (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jka kamu mengetahui.
-         ‘Bisnes’ ini merupakan ‘bisnes’ yang paling menguntungkan bagi setiap manusia kerana ganjarannya ialah bebas daripada azab api neraka.
Syarat untuk mendapat keuntungan ini amat mudah:
1.  Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan iman yang sebenarnya.
2.  Berjihad pada jalan Allah dengan menggunakan pelaburan harta dan jiwa (tenaga).
Oleh itu, kita semua digalakkan agar bersama-sama merebut peluang ini untuk memastikan kesejahteraan kita di akhirat kelak.
# INGATLAH  jikalau jalan dakwah ini merupakan jalan yang MUDAH, pasti ramai yang akan melalui jalan ini dengan SAMBIL LEWA. Akan tetapi, jikalau jalan ini dipenuhi duri dan HALANGAN (perjuangan yang sangat susah) pastilah jalan ini dilalui oleh orang yang berani dan penuh TELITI.
{SKUAD MULTIMEDIA APIDS}

No comments:

Post a Comment