Thursday 20 September 2012

Pengisian 4.0

Masa : 15 September 2012 / 28 Syawal 1433H
Tempat : Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Penceramah : Ustaz Syahru Ramadhan bin Satirin
Tajuk : Dakwah

DEFINISI DAKWAH

Dari segi bahasa, dakwah berasal dari perkataan

دعى , يدعو \ نادى , ينادي \ طلب
yang bermaksud; menyeru, mengajak, meminta

Dari segi istilah, dakwah ialah

 تبليغ الإسلام للناس ، وتعليمه إياهم ، وتطبيقه في واقع الحياة
Menyampaikan Islam kepada manusia, dan mengajarkannya kepada mereka, serta mengamalkannya/mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Takrif di atas adalah takrif yang dipersetujui secara umum. takrif mengikut pandangan tokoh-tokoh Islam boleh rujuk sini --> *click me for more ILMU ! :)*

HUKUM DAKWAH

اتّفق العلماء في وجوب الدعوة , واختلف في نوع وجوبه (وجوب العين \ وجوب الكفائي)
Ulama’ bersepakat dalam hukum WAJIB berdakwah, tetapi berlaku khilaf dalam menentukan jenis WAJIB (Fardhu ‘Ain / Fardhu Kifayah)

[Processing --> Penjelasan dalil wajib berdakwah]

CIRI-CIRI DAKWAH

# Ciri I : ربّانيّة  – bersumberkan daripada Allah.

Pengisian dakwah hendaklah dengan merujuk kepada Al-Quran, Hadith serta apa yang telah disepakati oleh para Ulama’.

Mengapa kita perlu merujuk kepada ‘Panduan’ ini ?
Baiklah, kita lihat di sekeliling kita. Melihat kepada sebuah kilang yang menghasilkan sesuatu produk. Bukankah produk itu didatangkan bersama MANUAL pengguna yang WAJIB ada bersama setiap produk yang dihasilkan ?

Jika anda masih kabur, kita bercerita pula tentang kereta.
Encik Imran baru sahaja membeli sebuah Mercedes pada tempoh hari. Dia membelek-belek manual pengguna Mercedes tersebut. ‘Haishh, susah betul nak faham manual ni !’ dia bermonolog sendiri. Sebagai jalan mudah, Encik Imran membaca manual Proton Prevѐ milik isterinya yang baginya lebih mudah untuk difahami.

Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi kepada Mercedes Encik Imran jika dia menggunakannya dengan stail penggunaan sepertimana yang dia baca di dalam manual Proton Prevѐ ?

Tak perlu saya jelaskan, anda sendiri pasti tahu apa yang akan berlaku. Begitulah juga manusia, Allah memprodukkan manusia dengan menyertakan bersama kita ‘manual’ sebagai panduan hidup kita, dan ‘manual’ kita sudah tentu adalah – Al-Quran dan sumber-sumber lain yang datang dariNya seperti Hadith dan Ijtihad para Ulama’. Jadi jika kita rasa payah menggunakan ‘manual’ yang sedia ada dan mengambil keputusan untuk menggunakan ‘manual kehidupan’ yang dicipta oleh manusia, pasti kita akan jadi seperti Mercedes yang menggunakan stail Proton Prevѐ tadi. Bukan sekadar ‘Tidak Menjadi’ , tetapi kita juga akan Rosak !

# Ciri II : شموليّة  - sempurna.

Islam yang disampaikan menerusi proses dakwah merupakan suatu 'benda' yang syumul. sangat sempurna ! jika kita melihat Islam, Islam memenuhi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial, aqidah, akhlak, syariah, politik, dan lain-lain. segala aspek dalam Islam juga dikira dari segenap sudut secara lengkap. dari peribadi/individu, keluarga sehinggalah ke peringkat masyarakat dan ke atas.

#Ciri III : عالميّة – global.




Islam. adakah ia hanya untuk bangsa Arab sahaja ?
inilah perbezaan antara Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain yang diutuskan sebelum baginda. Nabi-nabi sebelum baginda diutuskan kepada kaum tertentu dan masa tertentu, tetapi, Nabi Muhammad SAW tidak begitu. Baginda diutuskan untuk sekalian manusia, sepanjang zaman. walau apa pun bangsa seseorang tu;
"SELAGI MANA DIA ADALAH MANUSIA, MAKA KITA KENA SAMPAIKAN DAKWAH ISLAM KEPADANYA"

 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH

Peribadi seorang Da'ie merupakan perkara penting yang mempengaruhi keberjayaan sesebuah dakwah itu sendiri. Peribadi yang terbaik untuk dicontohi adalah peribadi nabi kesayangan kita yang dicintai dan dirindui, Nabi Muhammad SAW.

Berpatah balik kepada peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman dahulu di Tanah Melayu, tentang bagaimana permulaan tersebarnya Islam di tanah air kita. 
Islam di Tanah Melayu datang daripada para pedagang. dan yang uniknya, Islam itu tersebar di Tanah Melayu kerana masyarakat tertarik kepada peribadi para pedagang Islam.
Di sini, dapat disimpulkan bahawa PERIBADI pedagang-pedagang Islam telah menarik perhatian para penduduk di Tanah Melayu untuk lebih mendekati dan mendalami ISLAM.
  
10 MUWASSAFAT TARBIYYAH

1)      Aqidah yang Sejahtera / سليم العقيدة

      Aqidah berasal daripada perkataan Arab عقد yang bermaksud ikatan (ikatan yang kemas). jika digunakan dalam konteks haiwan, ia bermaksud tali yang mengikat mereka (binatang) daripada terlepas. kenapa kita perlu kepada aqidah ?

      saya datangkan satu contoh bagi memudahkan penghadaman anda. 
      Pak Abu membela seekor kambing. jirannya, Pak Dolah mempunyai kebun sayuran yang sangat besar. setiap hari, Pak Abu akan memastikan kambingnya yang hiperaktif itu diikat kerana dikhuatiri kambingnya akan memasuki kebun Pak Dolah dan merosakkan tanamannya. bayangkan jika suatu hari Pak Abu lupa untuk menambat kambingnya ? sudah tentu tanaman Pak Dolah akan rosak dan mereka berdua akan bergaduh.
   
      dapat disimpulkan di sini, 'IKATAN' yang mengikat kambing Pak Abu itu menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup berjiran antara Pak Abu dan Pak Dolah.
      begitulah juga keadaannya dengan AQIDAH. Aqidah merupakan sesuatu 'ikatan' yang memastikan kehidupan kita aman dan damai jika kita berpegang teguh dengannya.

kambing yang kami jumpa sewaktu beraya di Besut XD
2)      Ibadah yang Sahih / صحيح العقيدة

      Ibadah yang Sahih dan diterima oleh Allah merupakan salah satu peribadi seorang Da'ie. Syarat diterima Ibadah ada dua - Ikhlas dan Bertepatan dengan Syarak (merujuk Sunnah Nabi dan para sahabat)
      jika hilang salah satu, ibadah itu tidak lengkap dan tidak diterima.

3)      Akhlak yang baik / متين الخلوق

      akhlak yang baik, terpuji dan 'comel' merupakan satu aset dan tarikan yang paling besar bagi seorang Da'ie. ia menghadirkan rasa hormat masyarakat kepada golongan Da'ie dan memudahkan masyarakat untuk menerima apa yang disampaikan olehnya.

4)      Pengetahuan yang luas / مثقّف الفكر

      Da'ie juga perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan peka terhadap isu semasa. dan 'Thaqafah' itu bukan hanya di dalam bilik kuliah, malah ia harus dikuliahkan di dalam medan masyarakat. 

5)      Tubuh badan yang sihat dan kuat / قوّة الجسم

      teringat sebuah pepatah Arab - العقل السليم في الجسم السليم (Akal yang cerdas itu terletak pada tubuh yang sihat) sebagai seorang muslim, kita hendaklah menjaga kesihatan agar dapat memastikan kelangsungan dan kelancaran ibadah kita. tubuh badan yang kuat amat penting bagi seorang Da'ie dalam memikul amanahnya menyampaikan tugasan Islam. Tubuh yang sihat dan kuat juga membolehkan kita untuk bekerja dan memajukan diri ke arah yang lebih baik.

      suatu persoalan yang datang tiba-tiba. Mundurkah orang yang belajar agama ? kalau betul mundur, dan tidak mampu mencapai kemajuan, cuba kira, berapa ramai para Da'ie yang kebulur ?


sukan !!
6)      Bersungguh-sungguh melawan nafsu / مجاهد لنفسه

      المؤمن بين خمس شدائد ، مسلم يحسده ، ومنافق يبغضه ، وكافر يقاتله، و شيطان يضله ، ونفس تنازعه
      The believer is between five hardships, Muslim who envy him, and a hypocrite who hates him, and an unbeliever who fights him, and the demon leads him astray, and Nafs disputed him. *betul ke tak ni ...*

      Nafsu merupakan musuh dalaman dalam diri kita. dia juga sering membawa kita lari jauh dari landasan. oleh itu sebagai seorang Da'ie, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu kita supaya kita tetap berada di landasan yang betul.

7)      Berdikari / قدير على الكسب

      BERDIKARI = BERdiri DI atas KAki sendiRI.
      ini .... anda boleh jelaskan sendiri .. *semakin kehilangan idea*

8)      Menepati masa / حريص على الوقت

      seorang mu'min perlulah bijak menyusun masa, menjaga dan menepatinya. 
      saya tak ingatlah ini sebuah hadis atau pun hanya sekadar kata-kata. yang saya ingat ia dikongsikan oleh ayah saya sewaktu sekolah rendah dahulu. katanya;
      "bodohlah orang yang tidak dapat membahagikan masanya kepada 4 perkara --> [1] bermunajat kepada Allah. [2] melihat ciptaan Allah (tadabbur alam) [3] mencari rezeki [4] muhasabah diri.



9)      Tersusun dalam urusannya / مناظم في شؤونه

      sebagai Da'ie yang juga seorang pelajar, kita hendaklah pandai menyusun dan membahagikan antara dua urusan iaitu antara Akademik dan Aktiviti-aktivit lain seperti aktiviti dakwah itu sendiri.
      Jika seseorang itu gagal dalam pelajaran dan dia menyalahkan aktivit-aktiviti nya yang memenuhi jadual kehidupannya, sebenarnya, dia ada masalah dengan penyusunan urusan dia. bukan bende-bende tu yang buat dia gagal, tetapi kegagalan dia menyusun dan merancang itu yang menggagalkan dia. *mcm berbelit pulakk ayat*

10)   Bermanfaat kepada orang lain / نافع لغيره

       bermanfaat kepada orang lain ada bermacam cara. ikutlah kemampuan kita. jika kita dapat meluangkan masa untuk memberi manfaat kepada orang lain, korbankanlah masa. jika tidak mampu korbankan masa, mungkin juga boleh korbankan harta. semata-mata untuk memberi manfaat kepada sekalian manusia. boleh juga memberi manfaat daripada sumbangan tenaga atau mungkin juga hanya sekadar memberi perkongsian ilmu. InsyaAllah, manfaat yang berterusan itu juga akan diberi ganjaran yang berterusan.

PERINGKAT / MARHALAH DAKWAH

1)      Taaruf - adakan hubungan silaturrahim dengan mad'u. bina jambatan hati. cuba mengenali dan memahaminya dengan mendalam.

2)      Ta’lif qabla taklif - melembutkan hati dan membangunkan iman yang luntur dalam jiwa. menjinak-jinakkan dahulu mad'u dengan Islam yang sebenar. tunjukkan peribadi/sahsiah yang baik. kemudian, baru ke proses memberi didikan Islam kepadanya. (didikan ringan dulu sebelum bergerak ke didikan yang berat)

3)      Targhib wattarhib - galakan dan ancaman. menggalakkannya untuk berbuat kebaikan dan mengancamnya supaya tidak berbuat kejahatan. juga [Basyira wa Nadzira] - memberi berita gembira tentang ganjaran yang akan diberi oleh Allah dan memberi peringatan tentang azab yang akan diberi oleh Allah atas setiap apa yang dilakukan.

الحق بلا نظام = الباطل بالنظام
*sekadar renungan*

"Jika bukan sekarang, bila lagi ? Jika bukan di sini, di mana lagi ? dan Jika bukan KITA, siapa lagi ?" 

No comments:

Post a Comment