Sunday 14 October 2012

Rehlah APIDS - Seeru Fil Ardh @ Bumi Terengganu

Final Exam untuk subjek Pengajian Islam berakhir dengan jayanya pada 9 Oktober lepas. Hari terakhir peperiksaan, ramai pelajar APIDS yang keluar awal dari dewan mengalahkan pelajar-pelajar Program Khas SST (Sabah, Sarawak & Thailand) yang sering mendahului pada setiap kali peperiksaan. orang pertama keluar selepas 15 minit pertama, rekod hebat, TERBAIK !!

Pada keesokan harinya, 10 Oktober bersamaan hari Rabu, APIDS telah mengadakan rehlah ke Terengganu dengan penyertaan seramai 8 orang ikhwah dan 23 orang akhowat.

Pagi itu kami bersiap seawal jam 8.00 pagi sepertimana yang dijanjikan. masing-masing tersenyum riang, terasa bebas sedikit daripada beban memikirkan peperiksaan walaupun masih ada dua kertas yang perlu dihadapi --> Calculus serta Algebra & Geometri.


Selepas beberapa ketika menunggu, kami dimaklumkan bahawa bas yang akan kami naiki rosak dan memerlukan sedikit masa untuk dibaiki. ada segelintir yang mula merungut, namun diingatkan oleh sahabat-sahabat agar bersabar. itulah fungsi sahabat. saling mengingatkan.

Alhamdulillah, selepas sekian lama menunggu, kami dikejutkan dengan kehadiran sebuah bas persiaran. masing-masing memandang dengan penuh tanda tanya. rupa-rupanya itulaah bas yang akan kami naiki ke Terengganu, bukan seperti perancangan asal. tetapi, di situlah terlihatnya hikmah dan berkat kesabaran, kami mendapat sesuatu yang lebih baik :)

menuju Checkpoint Pertama :)
Checkpoint I : Teratak Che Mohammad Fakhri Aimi bin Che Ludin

kami bertandang ke rumah salah seorang sahabat APIDS yang sudi menjamu kami hidangan makan tengahari. selepas makan, diadakan sedikit pengisian yang disampaikan oleh Pengarah Rehlah mengenai adab bertamu antaranya; memilih waktu yang sesuai, cepat beredar, dan mendoakan kebaikan, keberkatan, keampunan serta rezeki untuk tuan rumah.
Pengisian di Checkpoint pertama ini diakhiri dengan bacaan doa untuk tuan rumah yang diketuai oleh Ketua Exco Kerohanian.


Checkpoint II : Muzium Terengganu

Kami berjalan-jalan di sekitar Muzium sambil melihat peninggalan zaman-zaman terdahulu seperti Zaman Prasejarah dan Sejarah Budaya Melayu - kesenian, pakaian, pembuatan, dan sebagainya. sejam yang diperuntukkan terasa singkat, akan tetapi kami akur dengan kepantasan masa. selesai menerawang di muzium, kami berkumpul di luar untuk pengisian seterusnya daripada Ketua Exco Multimedia @ Skuad Keselamatan Rehlah.



Selepas itu kami menyambung perjalanan untuk menunaikan Solat Jama' Zohor & Asar serta Maghrib & 'Isya' di Masjid Putih.

Checkpoint III : Pulau Warisan @ I-City


Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Warisan yang juga dikenali sebagai I-City. kami berjalan-jalan seketika sebelum meneruskan agenda pengisian seperti biasa. kali ini pengisian disampaikan oleh Mantan Mas'ul Majmu'ah 8. Pengisian yang diberikan diambil daripada Kalam-Nya, Surah Ali 'Imran.



 190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,


 191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.


 192. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, Maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.


 193. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", Maka Kamipun beriman. Ya Tuhan Kami, ampunilah bagi Kami dosa-dosa Kami dan hapuskanlah dari Kami kesalahan-kesalahan Kami, dan wafatkanlah Kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.


. . Ya 194Tuhan Kami, berilah Kami apa yang telah Engkau janjikan kepada Kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau. dan janganlah Engkau hinakan Kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."  



Setelah seharian berjalan, kami pun menuju ke Homestay untuk sesi BBQ. macam-macam menu dihidangkan, daripada bihun goreng tomyam, ayam BBQ, sosej, bebola, filamen ketam sehinggalah keropok lekor. Selepas itu, kami pun melaksanakan bacaan Al-Mulk beramai-ramai di ruang tamu, khidmat diri dan seterusnya bersiap-siap untuk tidur.

Keesokan paginya, kami check-out daripada homestay dan menuju ke checkpoint seterusnya.


Checkpoint IV : Taman Tamadun Islam

Taman Monumen TTI memaparkan 21 buah replika monumen Islam yang hebat dan penuh kesenian sambil mengimbas kembali zaman kegemilangan Islam. kami melawat sekitar Taman Monumen dengan menaiki tren yang disediakan. Antara monumen yang ada di situ ialah Masjid Negara, Malaysia; Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei; Taj Mahal, Agra, India; Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi; Masjid Nabawi, Madinah; Istana Al-Hambra, Granada, Sepanyol; Masjid Kul Syarif, Kazan, Russia; serta Masjid Xian, China. kami juga diberi peluang untuk singgah sebentar di Monumen Interaktif Kubah As-Sakhra untuk menonton sedikit tayangan Mutimedia, melawat sekitar monumen yang menempatkan replika barang-barang bersejarah umat Islam serta menyaksikan replika batu terapung yang terdapat di situ.

antara monumen yang terdapat di Taman Monumen TTI.



Kubah As-Sakhrah

Masjidil Haram

Great Mosque of Agadez
Masjid Kul Sharif
Masjid Xian
Kincir Air TTI
Selepas itu, kami bersiap sedia untuk menaiki River Cruise. Sementara menanti, kami mendengar sedikit pengisian daripada Presiden APIDS. selepas itu, kami diberi taklimat dan seterusnya menikmati River Cruise sambil mendengar penerangan daripada staf TTI. pelbagai pulau yang kami lihat antaranya, Pulau Duyung dan Pulau Mayat. kami juga dapat melihat beberapa buah kampung nelayan di tebing-tebing sungai tersebut. Selain itu, kami juga dikenalkan dengan jenis-jenis kapal yang terdapat di situ.


Masjid Kristal --> pandangan dari dalam River Cruise
Selesai menjelajah TTI, kami bergerak menuju ke Masjid Putih sekali lagi untuk menunaikan Solat Jama' Zohor dan Asar. kemudian, kami diberi peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Pasar Payang.

Kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Pantai.
Kami berkelah di tepi pantai sambil menikmati hidangan bihun goreng yang disediakan oleh keluarga Timbalan Pengarah Rehlah.


Seterusnya, kami singgah di salah sebuah masjid untuk Solat Jama' Maghrib & Isya' pula.

Perjalanan diteruskan hingga tiba semula ke Bumi Nilam Puri. :)

Tamat.

Lebih cerita, klik sini --> Seeru Fil 'Ardh

No comments:

Post a Comment