Monday 24 December 2012

TOBUR { Ohana 7 }


Assalamualaikum..
Eiypp...sape yang muke masam tu cpt senyum Sinarkan harimu dengan senyuman  ..Tak rugi tau senyum,hanya dengan senyum bley dapat pahala sedekah tau + rawatan untuk muka...Senyum semua Ohana Apids ku sekalian.. 
Em...kali ni saya (Ohana Haiz) dtugaskan utk buat entry pasal tobur Majmuah 7 Sem 2
(Director:Muhamad Akif) lepas setlekan Tobur Majmuah 8..(dibantu oleh Ohana Mia)
Tobur ini mengisahkan perjalanan hidup seorang saintis bernama Ammar (Mat Dew).Pada permulaan cerita, dikisahkan mengenai masa lampau Ammar yang ditinggalkan oleh ibunya kepada sepasang suami isteri (Amir Syauqi & Fatin Nadzirah) yang agak berada untuk dijaga.Ammar membesar sebagai seorang yang bijak dan mendapat anugerah pelajar terbaik sewaktu di universiti.Semasa dalam perjalanan pulang dari majlis konvokesyen, ibu dan bapa angkat Ammar telah meninggal dunia.
Babak seterusnya mengisahkan mengenai ciptaan Ammar, iaitu sebuah ciptaan (mahluk)(Amir jgk) yg boleh mengikut kata-kata.Pada mulanya, ciptaan tersebut gagal, dan menyebabkan Ammar merasa tertekan.Semasa keluar dari makmal, Ammar ditegur oleh dua orang wanita yang mengaku sebagai ibu(zakiyyah) dan kakaknya(Hamizah), Ammar tidak percaya lalu menghalau mereka pergi.
Ammar mencuba eksperimennya sekali lagi menggunakan formula yang berbeza,kali ini dia berjaya. Sewaktu ingin menguji ciptaan tersebut di luar makmal,Ammar sekali lagi ditegur oleh ibu dan kakaknya.Dia masih tidak percaya sehinggalah kakaknya menghulurkan sebuah dokumen sebagai bukti kebenaran yang dikatakan oleh mereka.Dia masih tidak dapat menerima hakikat dan menjadi semakin tertekan,lalu dia pun pergi ke masjid untuk solat.
Sementara itu, ciptaannya mula hendak mengganggu si ibu dan si kakak tetapi dihalang oleh pembantu makmal.Pembantu makmal menasihati mereka agar pergi dari kawasan tersebut tetapi si ibu berdegil tidak mahu pulang selagi Ammar tidak pulang bersama mereka.Semasa kakak mengajak ibu pulang, tiba-tiba ciptaan (makhluk) itu mengganas semula, dan akhirnya ibu pun dibunuh oleh ciptaan tersebut.
Ammar pada ketika itu sedang mengadu masalahnya untuk meminta pendapat dari Tok Imam.Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh kakaknya yang sempat lari menyelamatkan diri. Dia memberitahu Ammar bahawa ciptaan Ammar telah membunuh ibu mereka.
Ammar yang baru mula menerima kenyataan berasa amat terkejut dan terus berlari ke tempat kejadian.Dia menemui sekeping surat dari ibunya yang mengisahkan mengenai sebab-musabab dia ditinggalkan kepada keluarga angkatnya.Ammar merasa sangat menyesal dan menangis di sisi ibunya walaupun sudah terlambat untuk dia menyatakan maaf.
Kisah Tobur ini mengajar kita supaya berlapang dada dan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan orang lain walaupun sirious susah..
Sebagai manusia kite memang tak lepas dari buat salah ...dan memaafkan kesalahan orang lain itu memanglah susah...tapi memaafkan tu lah yang diajar oleh Rasulullah..yang seharusnya dijadikan amalan sunnah..untuk kemaslahatan ummah..
Last but not least,setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Tiada istilah kebetulan dalam hidup ni,semuanya telah dirancang oleh Allah sejak Azali lagi...Mungkin apa yang kita lihat pada mata kasar kita bukanlah yang terbaik untuk kita,tapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Jika kita selalu bergantung padanya,Allah akan beri yang terbaik pada kita...Kalau kita tak nampak hikmahnya sekarang,Allah akan tunjuk jugak suatu hari nanti..So,Sentiasalah bergantung pada Allah dalam apa jua keadaan,senang mahupun susah..
Ingat tau.."Allah datangkan Ujian tu sebab Allah rindukan kita..Rindukan tangisan kita yang memohon padaNya"
That's all from me for this entry..Syukran...
eiypp...jangan lpe senyum(senyum pon bley lpe ke??)(  suspicious)

No comments:

Post a Comment