Tarikh / Hari : 18 Oktober 2012/
Khamis
TASAWWUR (تصوّر)
Oleh : Ustaz Shukeri bin Mohamad
Definisi
Tasawwur Islam.
Tasawwur = suatu
gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu
perkara.
Perkataan ini
berasal daripada perkataan Arab:
1. Dari segi bahasa
= sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri.
2. Dari segi istilah
= patuh, tunduk, dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi
memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Berdasarkan
definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Tasawwur ialah gambaran kehidupan
bagi setiap insan. Uniknya, hanya umat Islam sahaja yang mempunyai tasawwur
yang jelas dan sempurna tentang hidup. Manakala, orang bukan Islam pula tiada
gambaran yang jelas tentang istilah ‘hidup’. Hal ini kerana, mereka menafsirkan
istilah ini berdasarkan pemikiran sahaja.
Kelebihan
mempunyai ilmu Tasawwur:
1. Membuatkan
kita berfikir tentang kehidupan dunia & akhirat.
Contoh: Apabila
kita melakukan sesuatu keburukan / maksiat kita akan teringat akan balasan
Allah di akhirat kelak sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran.
Maksudnya: Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,
maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak
akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (Surah Al-Kahfi: 53)
2. Mengelakkan
manusia daripada tergelincir atau terleka dengan kehidupan dunia. Khususnya
golongan remaja, yang keinginannya sentiasa membuak-buak.
3. Ilmu Tasawwur
merupakan benteng / penghalang kepada kita untuk melakukan perkara mungkar
kerana ia memberi gambaran tentang balasan/akibat daripada perbuatan kita.
Cara menilai
tahap tasawwur:-
LANGKAH 1:
* Ambil sedikit
masa untuk berfikir tentang diri anda.
- Bagaimana tahap
tasawwur dalam diri anda?
* Cuba beri markah
pada diri anda
LANGKAH 2 :
* Perhatikan 7
pancaindera yang Allah berikan kepada anda.
- Tangan
- Kaki
- Mata
- Telinga
- Mulut
- Perut
- Hati
* Berikan nilai
markah pada 7 anggota ini.
LANGKAH 3:
* Cuba tanya pada
diri anda, “Adakah aku ikhlas dalam memberi markah pada diri aku sebelum ni?”.
# Adakah hasil
penilaian anda itu BAIK? Kalau
ya, tahniah diucapkan kepada anda! Semoga Allah memberkati & merahmati
hidup anda. Dan jangan lupa untuk terus mendalami ilmu tasawwur!
#Jikalau hasil
penilaian yang kita lakukan sebentar tadi TIDAK BERAPA BAIK, maka adakan perancangan atau planning untuk melakukan perubahan. Jangan
mudah menyerah kalah!
# Mungkin ada di antara kita yang TIDAK
DAPAT MEMBERIKAN MARKAH pada diri
sendiri sebentar tadi. Tak apa, jangan risau! Masih ada ruang lagi untuk kita
memperbaiki kekurangan diri. Jadi
marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan ‘top-up’ ilmu Tasawwur daripada
para ilmuwan agar hidup kita lebih teratur dan bermakna.
Kesimpulannya, ilmu tasawwur
ini amat penting dalam kehidupan kita kerana ia merupakan ‘Jalan Islam’ yang
bakal membawa kita keluar daripada kegelapan dunia. Sekiranya kita sukar untuk
melalui ‘jalan’ ini secara berseorangan, maka marilah kita menghayati kehidupan ini dalam suasana berjemaah dan berkelompok. Hal ini kerana
"Pertolongan Allah ke atas JEMAAH"
- Hadith Bukhari-
No comments:
Post a Comment