Monday 24 December 2012

TOBUR { Ohana 8 }

Assalamualaikum Ohana Apids sekalian...
kali ni nak citer pasal Tobur Majmuah 8 Semester 2 plak...
Setelah pelbagai konflik yang telah berlaku antara ahli2 Ohana 8,akhirnya kami berjaya menyempurnakn Tobur kami walaupun tak la sempurna,tapi harap semua puas hati dan enjoy..At the same time,banyak yang kita boleh dapat dari apa yang berlaku..
“Kadang-kadang Allah timbulkan masalah dia antara kita untuk menarik semula kita,menyedarkan kita dengan kehadiranNya,supaya dengan timbulnya masalah dan konflik itu membuatkan kita lagi berusaha untuk mendekatkan diri kita padaNya,..Masalah yang kita hadapi sekarang ni lah yang akan menguatkan lagi ukhuwah antara kita..yang akan membantu kita untuk mengenal sahabat2 yang mungkin sebelum ni kita hanya kenal di luaran,tetapi bila Allah timbulkan masalah dan konflik ini mengajar kita untuk mengenal sahabat2 yang slama ini bersama kita,tapi kita tak tahu siapa dia..dengan timbulnya masalah ini jugaklah Allah beri peluang pada kita untuk membantu sahabat dalam melengkapi kelemahan masing2 dan merasa pahit manis dalam persahabatan..Barulah kita dapat menikmati manisnya persahabatn itu waktu susah dan senang.. [Inilah antara kata2 yang dipetik daripada sesi 'brain wash' Ohana 8(Akhowat je...)]
Ok..skarang balik pada main topik..Tobur...
Tobur majmuah 8 mengisahkan kejadian pembunuhan seorang wanita bernama Zafirah(import Mat Duang m7) yang juga merupakan teman wanita Qabil(Atif).Namun Cinta Qabil yang bekerja sebagai seorang penjual belon telah ditolak oleh Zafirah.Namun tiada siapa yang mengetahui dalang di sebalik pembunuhan itu.Walaubagaimanapun,kehadiran Adam(Hafiz),seorang detektif,Sharifah(Alia),seorang farmasis dan rakan-rakannya yang lain telah membantu merungkai misteri pembunuhan tersebut.Akhirnya,Qabil berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.Qabil mula sedar akan perbutannya terhadap Zafirah dan menyesal kerana terlampau mengikutkan perasaannya ketika itu.Aiman akhirnya kembali ke jalan yang benar dan bertaubat atas segla dosa2 yang dilakukannya selama ini...
Kisah ini telah memberi banyak pengajaran seperti, 'ajal maut,jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah..Hanya Allah yang layak menentukannya'.Sebagai manusia kita tidak boleh menyalahkan takdir Allah dan berserah ke atas kesemua ketentuanNya di samping berusaha untuk memajukan diri kerana Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum itu selain mereka sendiri yang mengubahnya...
Antara pengajaran lain yang kita boleh dapati daripada kesuluruhan aktiviti dalam perjalanan menjayakan tobur ini ialah nilai bekerjasama,toleransi dan saling tolong menolong.Mungkin kita semua lihat perkara ini sebagai sesuatu yang mudah,tetapi apabila kita terlepas pandang salah satu daripada nilai dia atas,ianya boleh memberi kesan yang besra kepada semua..Wujudnya perasaan tak puas hati,sesama sendiri yang padamulanya kecil tapi boleh merebak menjadi besar dan berkemungkinan besar boleh membawa kepada perasaan ...............................yang tak sepatutnyalah (paham2 sendiri la erk..)
Em...da macam nak bagi nasihat la plak.Ok lah,so...kpada Ohana Apids sekalian,kita mulakan hari kita yang baru dengan azam yang baru supaya hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam..Buang yang keruh,ambil yang jernih..Mulakan hidup barumu dengan senyuman...Senyum semua  Peace No War ...Majulah Apids untuk Ummah dan Agama..

No comments:

Post a Comment