Tuesday 8 January 2013

PENGISIAN BERSAMA USTAZ SHUKERI (I)

Assalamualaikum w.b.t.. Kaif hal?
Harap-harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah.. InsyaAllah :)

Pengisian bersama Ustaz Shukeri baru-baru ni menyentuh tentang براهن الإيمان . Apa tu براهن الإيمان ???

براهن الإيمان bermaksud bukti-bukti iman atau dalam erti kata lain, bukti keesaan Allah yang dapat menambahkan keimanan kita kepadaNya. Mudah kan. Untuk pengetahuan semua, penemuan saintifik dapat memberi kekuatan atau mencambahkan iman kepada sesiapa sahaja termasuk yang yang bukan Islam.

Terdapat banyak hadith & ayat Qur'an yang membuka penemuan saians kepada manusia. Contohnya:-

1. Ayat Qur'an : Proses kejadian manusia



 2. Ayat Qur'an:  Nisbah air dan daratan


3. Hadith : Tentang lalat


4. Hadith : Khasiat Zaitun


Selain itu, Ustaz Shukeri turut 'menyajikan' kami dengan sebuah video yang sarat dengan persoalan2 yang menguji minda.

Antaranya:-

* Dimanakah kita sebelum 100 tahun yang lalu?
* Dimanakah kita selepas 100 tahun?
* Kenapa kita datang ke dunia?
* Mengapa kita diciptakan ke dunia?
* Apa yang berlaku pada kita di akhirat kelak?

-Jawapan kepada semua soalan di atas hanya dapat dirungkai menggunakan ادوات العلم (alat menuntut ilmu)

Alat menuntut ilmu terbahagi kepada 3 bahagian seperti yang terdapat dalam Surah An-Nahl ayat 78 :-
# Telinga- Pendengaran (سمع)
# Mata - Penglihatan (بصر)
# Hati (قلب)


Semasa kita dilahirkan ke dunia, kita berada dalam keadaan yang sangat jahil. Tidak tahu apa-apa. Tapi, Allah mengurniakan 3 nikmat diatas supaya kita mensyukuri segala ciptaanNya. Allahu akbar!

Soalan:  Bolehkah kita menggunakan akal untuk mentafsir alam?
Jawapan : Tak salah untuk kita menggunakan akal bagi mendapatkan 'clue' sebab Allah mewujudkan alam-alam sebagai bukti kebesaranNya.

Jadi marilah kita bersama2 mentadabbur alam dalam usaha memantapkan iman kita. Mudah2an kita semua meraih redhaNya. Aamiin~~  ^_^

No comments:

Post a Comment