Tuesday, 15 January 2013

PENGISIAN BERSAMA USTAZ SHUKERI (II)


Assalamu'alaikum semua~~ :)
Apa khabar iman anda semua? Ok? Baik? Sihat?
*didoakan agar semuanya sihat-sihat belaka* ^_^

Mengambil kata-kata Ustaz Shukeri, kemanisan iman ini sangat abstrak. Untuk mengetahui manisnya sesuatu perkara tu, kita mestilah merasai yang pahitnya dahulu. Kalau tak, macam mana kita nak bezakan yang manis dan yang pahit kan? 

Jadi, Ustaz Shukeri pun telah membawakan contoh benda-benda yang pahit. Antaranya ialah daun, akar kayu dan beberapa contoh lagi yang kebanyakannya bersangkut-paut dengan pokok @ tumbuhan.



Kalau kita rujuk pada ayat Qur'an di atas, pada Surah Ibrahim ayat 24, terdapat perkataan كشجرة طيبة (pohon yang baik) . Akar pokok/pohon kayu yang baik amat dalam & kukuh. Sama juga halnya ketika belajar ilmu tauhid. Kita perlu mendalami ilmu ini untuk mengukuhkan akidah kita.

Jika diperhatikan, akar kayu selalunya sangat kukuh dan tidak kelihatan daripada bahagian atas. Bak kata Ustaz Shukeri, "Itulah asas imam yang sebenar. Kukuh dan tak nampak. Tapi pegangannya amat kuat dan tak mudah tumbang". 

Orang islam yang kuat iman tidak mudah terpedaya / diganggu oleh syaitan dan manusia. Jadi kita kenalah berusaha memantapkan iman kita supaya tidak mudah dijerat oleh mereka.

Gambar di atas berdasarkan Surah Ibrahim ayat 24.

Manakala dalam Surah Ibrahim ayat 26 pula diceritakan keadaan pokok yang buruk yang mudah tercabut akarnya dari muka bumi dan tidak ada tapak yang tetap baginya untuk terus hidup. 

Mahukah anda menjadi seperti pohon yang disebutkan dalam ayat 26? Atau anda lebih memilih untuk menjadi seperti pohon di dalam Surah Ibrahim ayat 24. Pilihan terletak di tangan anda :)

Think wise, act wise and be wise.

No comments:

Post a Comment