Thursday 14 March 2013

YAATIM (Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan)

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, setelah tamatnya program mega APIDS pada 8 dan 9 Februari 2013, pada tanggal 11 Feb 2013 OHANA 7 telah dijemput oleh organisasi PTD untuk bekerjasama dengan mereka menjadi sukarelawan dalam program CSR(Community Social Responsibilities) di Rumah Anak Yatim Pengkalan Chepa, Kelantan.
OHANA  7 dengan diiringi Ustaz Sufillah, trip pertama mula bertolak ke rumah anak yatim pada jam 8 pagi dan tiba pada jam 8.30 pg dan trip kedua pada 8.30 pg dan tiba pada jam 9 pagi. Perasaan kami saat tiba di rumah anak yatim tersebut sangat teruja dan tidak sabar rasanya ingin bermesra dengan anak-anak yatim tersebut. 
Program sukarelawan ini dimulakan dengan ucapan pengetua rumah anak yatim iaitu Encik Mohd Faisal. Dalam ucapannya, perkara yang terngiang-ngiang di minda kami semua ialah “di dalam Al-Quran Allah menyebut tentang anak yatim sebanyak 23 kali”. Betapa Allah menyayangi anak yatim dan seperti kita semua tahu,  Rasulullah saw juga merupakan seorang yang yatim sejak dari kecil hinggakan meminta kepada Allah agar tatkala dibangkitkan di akhirat kelak, baginda meminta agar di panggil “Muhammad yang yatim dan miskin”. SubhanAllah. Sungguh rendah dirinya nabi kita. Sekadar selingan. ;)
Selesai ucapan, OHANA 7 telah diberi tugasan untuk memberi modul “Tahsin Wudhu’ dan Solat” kepada anak-anak yatim tersebut. Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan . Bagi Putera mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan satu fasilitator dari kerabat OHANA 7 juga manakala bagi adik-adik Putri dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diuruskan oleh 2 fasilitator. Sejurus selepas pembahagian kumpulan, fasilitator OHANA 7 yang comel pun menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Segala aktiviti dan pengisian semuanya terserah kepada kami OHANA 7 yang agak blur disebabkan tidak debriefing sebelum pengisian. Tapi Alhamdulillah segalany dipermudahkan olehNYA. Sesuatu yang baik pasti akan berjalan dengan baik dengan izinNYA.
Usai modul tahsin wudhu’ dan solat, kami teruskan dengan sukaneka rakyat yang di kelolakan oleh abang-abang dan kakak-kakak PTD dari pelbagai kementerian. Kami Ohana 7 sekadar membantu mereka bagi mengawal keadaan. Maklumlah, budak-budak bila dah dapat bermain, segalanya indah.:) Macam kami semua juga pada zaman kanak-kanak. Bak kata Prof. J “pop yeh yeh” ataupun “nostalgia”.

Sukaneka yang diadakan antaranya ialah musical chair, bawa ping pong dalam sudu, straw terpanjang, gula dalam tepung dan gegelung bergerak. Pelbagai aksi-aksi yang menarik dan ibrah yg boleh di jadikan iktibar. Kata abang al-Arif tujuan sukaneka ini adalah untuk memupuk ukhwah antara mereka dan bagaimana mereka mengatur strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah.
Sejurus selepas itu, majlis penutupan di langsungkan. Yang paling menarik, gimik dilakukan kepada anak-anak yatim tersebut dengan mengumumkan nama-nama adik-adik yang’ kononnya’ melanggar tatacara disiplin program. Rupa-rupanya nama-nama yang diumumkan seramai 11 orang itu adalah insan-insan yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Februari. Dua biji kek di sediakan untuk mereka.Tersentap hati ini tatkala terdengar suara seakan merayu , “Akak, nak jugak makan kek, nak jugak…”. Bagaikan satu tamparan. Bersyukurlah wahai sahabat-sahabat. Apa yang kita punya hari ini hargailah. Jangan pernah meminta-minta hingga hilang rasa syukur. Sedangkan ada lagi insan yang tidak bernasib baik yang diuji oleh Allah. Terserlah kegembiran adik-adik di rumah anak yatim tersebut. Seronok mendapat pelbagai saguhati dan hamper dari pihak penganjur. Tamat majlis penyampaian hadiah maka berakhirlah program kami.

Hati ini terasa berat malah kaki ini berat untuk melangkah meninggalkan adik-adik di rumah anak yatim Pengkalan Chepa. Sebak hati ini. Walaupun sebentar bersama mereka, iktan yang terjalin seakan sudah lama bertaut. Tatkala melihat  sepasang mata yang sangat jernih, pandangan matanya sangat memberi makna dan mengharapkan sesuatu daripada kami. Saat berkongsi cerita, terserlah senyuman di setiap bibir-bibir anak-anak yatim tersebut. Kami terasa akan kasih sayang mereka walaupun sebentar. Mereka sangat memerlukan perhatian dan bimbingan. Syukur kepada ilahi kerana memberikan kami peluang untuk meluangkan masa cuti kami dengan anak-anak yatim yang sangat KAU kasihi. Terima kasih ya Allah.

-------------------------------------------------------------------------
Slot Pembahagian Kumpulan



Slot Sukaneka Rakyat


No comments:

Post a Comment