Wednesday 13 March 2013

COSMIC

COLLOQUIUM OF STARGAZING & MAGNIFICENT CELESTIAL
(SEMINAR ASTRONOMI & KEHEBATAN CAKERAWALA)

7 FEBRUARI 2013

kami berkumpul di Dewan Johor untuk membuat persiapan bagi COSMIC yang akan bermula beberapa jam lagi. sedikit taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas diberikan oleh Timbalan Pengarah COSMIC, Aisyah binti Shamsuddin. masing-masing bergerak mengikut tugas masing-masing, menguruskan persiapan tempat untuk forum, setting open lab & testing eksperimen, menyediakan pameran, persiapan liga dan yang sewaktu dengannya.

8 FEBRUARI 2013

sedikit kekelam-kabutan berlaku pada pagi itu memandangkan ramai yang sampai lewat ke dewan memandangkan masing-masing menjadi kelawar, burung hantu dan zombie pada malam sebelumnya. tetapi, segalanya dapat diatasi dengan baik. Forum dimulakan dengan menyaksikan Timbalan Presiden, Nurul Nabihah selaku pengerusi majlis, Presiden, Muhammad Amir Syauqi bin Mad Sukri sebagai moderator serta dua ahli panel forum iaitu PM Dr Jusoh Yacob dari UiTM Machang (merangkap Pensyarah Algebra & Calculus APIDS) dan Dr Ahmad Najib bin Abdullah dari APIUM Nilam Puri sendiri.


Forum yang disampaikan bertajuk "Konsep Sains Menurut Islam Keseluruhannya" di mana ia banyak berkisarkan mengenai Sistem Cakerawala, Ilmu Falak & alatan-alatannya, serta pandangan ulama' mengenai perkaitan antara Sains dengan Islam.


Pada masa yang sama, gerai-gerai jualan COSMIC sudah mula beroperasi. berbagai barang yang dijual antaranya pakaian seperti baju muslimah dan jubah serta makanan dan minuman yang pelbagai seperti Char Kuey Teow, Laksa, Nugget, Makaroni, Murtabak Maggi, Float, Dadih dan bla3. sebagainya.


Tidak ketinggalan juga, aktiviti Open Lab dan pameran yang diadakan di sudut belakang dewan. Pelbagai eksperimen sains yang mudah didemonstrasikan oleh pengendali Open Lab yang terdiri daripada ahli-ahli KerTaS. Berikut antara aktiviti Open Lab yang diadakan.


Pada sebelah petang pula, selepas selesai Solat Jumaat, akhowat telah memulakan Liga Super COSMIC melalui acara Kembara Halangan yang meliputi seluruh kawasan APIUM sehinggalah ke kawasan luar APIUM. Para ikhwah pula memulakan Liga Super COSMIC (Futsal) selepas Solat Asar.

Pada awalnya, hanya tiga kumpulan sahaja yang mendaftar untuk perlawanan futsal iaitu kumpulan APIDS, Suka Hati (API) dan Habibat (SST). Tetapi, Alhamdulillah futsal mendapat sambutan yang hangat apabila mendapat tiga penyertaan dari luar saat hampirnya waktu pendaftaran ditutup. Satu kumpulan daripada pelajar KIAS iaitu kumpulan Pasti dan dua kumpulan lagi daripada penduduk sekitar Nilam Puri iaitu kumpulan Sri Mulong dan Sri Pelangi.

Perlawan dimulai dengan kumpulan Suka Hati bertemu Habibat. Habibat telah menunjukkan taringnya apabila berjaya menumpaskan kumpulan Suka Hati dgn keputusan  10-1.

Habibat vs Suka Hati 10-1
Sri Mulong vs Sri Pelangi 2-6
Pasti vs Habibat 2-3
Sri Pelangi vs APIDS 10-0
Suka Hati vs Pasti 2-2
Sri Mulong vs APIDS 2-3

APIDS berjaya ke peringkat semi final dan bertemu dgn Habibat. Perlawanan APIDS dengan HABIBAT menjadi hangat kerana ramai penonton bersorak untuk APIDS. Nasib tidak menyebelahi APIDS apabila berjaya dikalahkan oleh HABIBAT dengan keputusan perlawanan 0-10.

Peringkat akhir menyaksikan perlawanan antara Pasti dengan HABIBAT. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang cukup sengit. Kedua-duanya tak nak mengaku kalah, menunjukkan belang dan taring masing-masing. Perlawanan berakhir dgn keputusan seri . Penalti diadakan bagi menentukan siapakah juara bagi perlawan futsal ini. Masing-masing gelisah, dan mata tertumpu ke arah bola, melihat sama ada bola itu dapat membusi gol pihak lawan. Akhirnya, rezeki kejuaraan jatuh pada pasukan PASTI daripada KIAS. Tahniah diucapkan kepada pasukan PASTI. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Liga Super Cosmic ini.


Seterusnya, kami mengadakan Solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasiin di Dewan Johor. selepas itu, diadakan "BBQ: Knowledge of Science Mentioned in Koran" [Bedah-Bedah Qur'an - Surah Yaasiin] yang disampaikan oleh Ketua Exco Kerohanian, Tarbiyyah & Spiritual (KerTaS), Muhammad Ridzuan bin Dolah. beliau mengupas beberapa ayat daripada Surah Yaasiin yang membicarakan mengenai Sains.

Antaranya ialah ayat 38-40 yang berkisar mengenai matahari dan bulan yg bergerak mengikut orbit masing-masing. sebelum ayat tuu disebutkan juga tentang penciptaan semua benda secara berpasangan termasuk pokok-pokok, bende-benda tak hidup dan sifat.

Kemudian, kami menunaikan Solat Isya' berjemaah.
Program diteruskan dengan "Slot Ilmuan Islam" yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah APIUM: PM Dr Muhiden bin Abdul Rahman.

Dr Muhideen mengisahkan tentang bagaimana para tokoh-tokoh ilmuan islam boleh menjadi seorang TOKOH, ini berikutan keIKHLASan mereka dalam menuntut ilmu serta ilmu yang BERKAT. banyak lagi yang dikupas oleh Dr Muhideen mengenai ilmu.


9 FEBRUARI 2013

Pendaftaran bermula kira-kira jam 8.00 pagi. Peserta yang hadir adalah dari berbagai tempat antaranya dari APIUM sendiri, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), IPG dan beberapa sekolah serta institusi lain. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang seminar dijalankan.







Majlis Penutup COSMIC diadakan pada jam 5.30 petang dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Akademi Pengajian Islam UMKL iaitu Prof Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah APIUM, Prof Madya Dr Mohd Muhideen bin Abdul Rahman, para pensyarah, MPP/JTK, serta para peserta seminar.

Dengan berakhirnya majlis penutup tersebut, maka berakhirlah program COSMIC ini. Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa masalah, Allah telah membantu memudahkan dan menyelesaikan segalanya. :)


No comments:

Post a Comment